Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 35 – 26-Dis-04
Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD
MP3
Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 35 – 26-Dis-04
Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD
MP3
KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN
1 – 00:08 – Terjemahan Hadis.
2 – 14:21 – Bab : Apa Yang Diucapkan Oleh Seseorang Apabila Dia Telah Selesai Berwudhu’.
3 – 46:44 – Bab : Seseorang Bersembahyang Beberapa Sembahyang Dengan Wudhu’ Yang Sama.
4 – 54:46 – Perbahasan Tentang Sanad.
5 – 01:06:37 – Bab : Memisahkan Wudhu’.
بَاب مَا يَقُولُ الرَّجُلُ إِذَا تَوَضَّأَ
Bab Apa Yang Diucapkan Seseorang Apabila Selesai Berwudhu’
169 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ سَعِيدٍ الْهَمْدَانِيُّ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ سَمِعْتُ مُعَاوِيَةَ يَعْنِي ابْنَ صَالِحٍ يُحَدِّثُ عَنْ أَبِي عُثْمَانَ عَنْ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُدَّامَ أَنْفُسِنَا نَتَنَاوَبُ الرِّعَايَةَ رِعَايَةَ إِبِلِنَا فَكَانَتْ عَلَيَّ رِعَايَةُ الْإِبِلِ فَرَوَّحْتُهَا بِالْعَشِيِّ فَأَدْرَكْتُ رَسُولَ اللَّهِ يَخْطُبُ النَّاسَ فَسَمِعْتُهُ يَقُولُ مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ الْوُضُوءَ ثُمَّ يَقُومُ فَيَرْكَعُ رَكْعَتَيْنِ يُقْبِلُ عَلَيْهِمَا بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ إِلَّا فقَدْ أَوْجَبَ فَقُلْتُ بَخ بَخ مَا أَجْوَدَ هَذِهِ فَقَالَ رَجُلٌ بَيْن يَدَيَّ الَّتِي قَبْلَهَا يَا عُقْبَةُ أَجْوَدُ مِنْهَا فَنَظَرْتُ فَإِذَا هُوَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ فَقُلْتُ مَا هِيَ يَا أَبَا حَفْصٍ قَالَ إِنَّهُ قَالَ آنِفًا قَبْلَ أَنْ تَجِيءَ مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ الْوُضُوءَ ثُمَّ يَقُولُ حِينَ يَفْرُغُ مِنْ وُضُوئِهِ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ و أَشْهَدُ َأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ قَالَ مُعَاوِيَةُ وَحَدَّثَنِي رَبِيعَةُ بْنُ يَزِيدَ عَنْ أَبِي إِدْرِيسَ عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ
169 – Ahmad bin Sa`id Al-Hamdani meriwayatkan kepda kami,katanya: Ibn wahb meriwayatkan kepad kami, katanya: Saya mendengar Mu`awiyah iaitu Ibn Shalih menceritakan daripada Abu `Utsman daripada Jubair bin Nufair daripada `Uqbah bin `Amir, katanya: Pernah kami bersama Rasulullah s.a.w bekerja sendiri, kami bergilir-gilir menjaga unta kami. Pada suatu hari sampailah giliran saya menjaga unta, saya membawa unta-unta tersebut ke kandang pada waktu petang setelah itu saya mendapati Rasulullah s.a.w sedang berucap di hadapan orang ramai, Aku mendengar Baginda bersabda: “Tiada seorangpun daripada kamu yang berwudhu’ lalu diperelokkan wudhu’nya kemudian dia bangkit mengerjakan dua raka`at dengan sepenuh jiwa raganya melainkan Dia sudah memestikan.” Aku pun berkata: Wah! Wah! Alangkah indahnya sabdaan ini. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang berada di hadapanku berkata: Hai `Uqbah, ucapan yang sebelumnya lebih indah daripada apa yang kau dengar sebentar tadi. Saya pun perhatikan orang itu rupa-rupanya dia `umar bin Al-Khatthab, saya pun bertanya: Apakah ucapan itu wahai Aba Hafsh? `Umar menjawab: “Sesungguhnya Baginda s.a.w telah bersabda sebelum engkau datang tadi: “Tiada siapapun daripada kamu yang berwudhu’ lalu diperelokkan wudhu’nya kemudian apabila selesai dia mengucapkan أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ و أَشْهَدُ َأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ melainkan dibukakan pintu-pintu syurga yang lapan itu untuknya, dia boleh masuk dari mana-mana pintu yang dikehendakinya. Mu`awiyah berkata: Rabi`ah bin yazid telah meriwayatkan hadits ini daripada Abi Idris daripada `Uqbah bin `Amir.
170 – حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ عِيسَى حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَزِيدَ الْمُقْرِئُ عَنْ حَيْوَةَ ابْن شُرَيْحٍ عَنْ أَبِي عَقِيلٍ عَنْ ابْنِ عَمِّهِ عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ الْجُهَنِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَهُ وَلَمْ يَذْكُرْ أَمْرَ الرِّعَايَةِ قَالَ عِنْدَ قَوْلِهِ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ رَفَعَ نظره إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ وَسَاقَ الْحَدِيثَ بِمَعْنَى حَدِيثِ مُعَاوِيَةَ
170 – Al-Husain bin `Isa meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdullah bin Yazid Al-Muqri meriwayatkan kepada kami daripada Haiwah bin Syuraih daripada Abi `Aqil daripada sepupunya daripada `Uqbah bin `Amir Al-Juhani daripada Nabi s.a.w, sama dari segi ma`nanya dengan hadits yang tersebut sebelum ini, cuma dia tidak ada menyebutkan tentang penjagaan unta. beliau menyebutkan: ketika Baginda mengucapkan فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ (Baginda bersabda) kemudian dia (orang yang berwudhu’) mengangkat pandangannya ke langit sambil membaca do`a tersebut, dan seterusnya perawi mengemukakan hadits yang sama seperti hadits Mu`awiyah dari segi maknanya.
بَاب الرَّجُلِ يُصَلِّ الصَّلَوَاتِ بِوُضُوءٍ وَاحِدٍ
Bab Seseorang Bersembahyang beberapa Sembahyang Dengan Satu Wudhu’
171 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى حَدَّثَنَا شَرِيكٌ عَنْ عَمْرِو بْنِ عَامِرٍ الْبَجَلِيِّ قَالَ مُحَمَّدٌ هُوَ أَبُو أَسَدِ بْنُ عَمْرٍو قَالَ سَأَلْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ عَنْ الْوُضُوءِ فَقَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ لِكُلِّ صَلَاةٍ وَكُنَّا نُصَلِّي الصَّلَوَاتِ بِوُضُوءٍ وَاحِدٍ
171- Muhammad bin `Isa meriwayatkan kepada kami, katanya: Syarik meriwayatkan kepada kami daripada `Amar bin `Amir Al-Bajali – Kata Muhammad beliau ialah Abu Asad bin `Amar -, katanya: Saya telah bertanya Anas bin Malik tentang wudhu’, dia berkata Nabi s.a.w berwudhu’ untuk setiap sembahyang dan kami pula bersembahyang beberapa sembahyang dengan wudhu’ yang sama.
172 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ سُفْيَانَ حَدَّثَنِي عَلْقَمَةُ بْنُ مَرْثَدٍ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْفَتْحِ خَمْسَ صَلَوَاتٍ بِوُضُوءٍ وَاحِدٍ وَمَسَحَ عَلَى خُفَّيْهِ فَقَالَ لَهُ عُمَرُ إِنِّي رَأَيْتُكَ صَنَعْتَ الْيَوْمَ شَيْئًا لَمْ تَكُنْ تَصْنَعُهُ قَالَ عَمْدًا صَنَعْتُهُ
172 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya meriwayatkan kepada kami daripada Sufyan, katanya: `Alqamah bin Martsad meriwayatkan kepada saya daripada Sulaiman bin Buraidah daripada ayahnya, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersembahyang pada Hari Pembukaan Makkah sebanyak lima (5) sembahyang dengan wudhu’ yang sama dan Baginda menyapu khufnya. `Umar berkata kepadanya: “Sesungguhnya, hari ini aku tengok engkau melakukan sesuatu yang tidak biasa engkau lakukan. Rasulullah s.a.w berkata: “Sengaja aku lakukan”.
بَاب فِى تَفْرِيقِ الْوُضُوءِ
Bab Memisah – misahkan Basuhan Dalam Wudhu’[1]