Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 36 – Bab Bila Seseorang Ragu Tentang Hadats & Bab Wudhu’ Kerana Ciuman Atau Kerana Mencium.
Notice: Undefined index: tie_hide_meta in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3
Notice: Trying to access array offset on value of type null in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3
Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 36 – 02-Jan-05
Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD
MP3
Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 36 – 02-Jan-05
Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD
MP3
KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN
176 – Qutaibah bin Sa`id dan Muhammad bin Ahmad bin Ubai bin Khalaf meriwayatkan kepada kami, kata mereka: Sufyan meriwayatkan kepada kami daripada Az-Zuhri daripada Sa`id bin Al-Musayyab dan `Abbad bin Tamim daripada bapa saudaranya, katanya: Diadukan kepada Nabi s.a.w tentang seorang lelaki yang mengalami sesuatu di dalam sembahyangnya yang membuatkan dia berasa telah berlaku sesuatu, maka Baginda s.a.w pun berkata: “Janganlah dia berhenti sehingga dia mendengar bunyi ataupun mendapati bau.
177 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami, katanya: Suhail bin Abi Shalih meriwayatkan kepada kami daripada Abi Hurairah bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang kamu sedang berada di dalam sembahyangnya lalu didapatinya semacam pergerakan pada duburnya samada dia telah berhadats atau tidak?, dia berada dalam keadaan serba salah, maka janganlah dia berhenti sehingga dia mendengar bunyi ataupun mendapati bau.
178 – Muhammad bin Basysyar meriwayatkan kepada kami, katanya: yahya dan `Abdur Rahman meriwayatkan kepada kami, kata mereka: Sufyan meriwayatkan kepada kami daripada Abi Rauq daripada Ibrahim At-Taimi daripada `Aa’isyah bahawa Nabi s.a.w menciumnya, dan (setelah itu) Baginda tidak berwudhu’ (untuk bersembahyang).
Abu Daud berkata: Hadits ini mursal. Ibrahim At-Taimi tidak pernah mendengar apa-apa hadits daripada `Aa’isyah.
Abu Daud berkata: Demikianlah yang telah diriwayatkannya oleh Al-Firyabi dan orang lain.
179 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Waki` meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-A`masy meriwayatkan kepada kami daripada Habib daripada `Urwah daripada `Aa’isyah bahawa Nabi s.a.w telah mencium salah seorang daripada isterinya kemudian Baginda keluar untuk mengerjakan sembahyang dalam keadaan tidak berwudhu’. `Urwah berkata: Saya pun berkata kepada `Aa’isyah: Siapa lagi kalau bukan makcik, maka ketawalah `A’isyah.
Abu Daud berkata: Demikianlah Zaa’idah dan `Abdul Hamid Al-Himmani meriwayatkan hadits ini daripada Sulaiman Al-A`masy.
180 – Ibrahim bin Makhlad At-Thalaqani meriwayatkan kepad kami, katanya: `Abdur Rahman bin Maghra’ meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-A`masy meriwayatkan kepada kami, katanya: Beberapa orang sahabat kami telah menceritakan hadits ini kepada kami daripada `Urwah Al-Muzani daripada `A’isyah.
Abu Daud berkata: Yahya bin Sa`id Al-Qat-than berkata kepada seorang lelaki: Ceritakanlah daripadaku bahawa kedua-dua hadits ini ya`ni hadits Al-A`masy ini daripada habib dan haditsnya (Al-A`masy) dengan isnad ini dalam bab mustahadhah: Bahawa perempuan yang beristihadhah perlu berwudhu’ untuk setiap sembahyang. Yahya berkata: Ceritakanlah bagi pihakku bahawa kedua-dua hadits ini macam tidak ada apa-apa.
Abu Daud berkata: Diriwayatkan dariapda Ats-Tsauri bahawa di berkata: Habib tidak menceritakan kepada kami melainkan daripada `Urwah Al-Muzani bermaksud dia tidak menceritakan apa-apa kepada mereka daripada `Urwah bin Az-Zubair.
Abu Daud berkata: Hamzah Az-Zayyat telah meriwayatkan satu hadits yang shahih daripada Habib daripada `Urwah bin Az-Zubair daripada `Aa’isyah.