118 – `Abdullah bin Maslamah meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada `Amr bin yahya Al-Mazini daripada ayahnya bahawa dia berkata kepada `Abdillah bin Zaid bin `Ashim –dia ialah datuk kepada `Amr bin Yahya Al-Mazini: Bolehkah engkau menunjukkan kepadaku bagaimana Rasulullah s.a.w berwudhu’ maka `Abdullah bin Zaid berkata: Ya, boleh. Dia meminta air lalu dituangkannya ke atas tangannya, dibasuh kedua-dua tangannya kemudian berkumur-kumur dan menghembuskan air dari hidung tiga kali kemudian dia membasuh mukanya tiga kali kemudian membasuh kedua-dua tangannya dua-dua kali hingga ke siku kemudian menyapu kepalanya dengan tangannya dimulakannya dari hadapan dan dari belakang pula, dia memulakan dari bahagian depan kepalanya kemudian membawa kedua-dua tangannya hingga ke batang tengkuk kemudian mengembalikan kedua-dua tangannya itu hingga sampai ke tempat yang dimulainya kemudian dia membasuh kedua-dua kakinya.
119 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Khalid meriwayatkan (hadits ini) kepada kami daripada `Amr bin Yahya Al-Mazini daripada ayahnya daripada `Abdillah bin Zaid bin `Ashim, katanya: Dia berkumur dan menghisap air ke hidung menggunakan sebelah tangan, beliau melakukan begitu tiga kali kemudian dia menyebutkan hadits yang sema`na dengan hadits yang tersebut tadi.
120 – Ahmad bin `Amr bin as-Sarh meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Wahb meriwayatkan kepada kami daripada `Amr bin Al-Harits bahawa Habban bin Wasi` meriwayatkan kepadanya bahawa ayahnya menceritakan kepadanya bahawa dia mendengar `Abdallah bin Zaid bin `Ashim Al-Mazini menyebutkan bahawa dia melihat Rasulallah s.a.w lalu disebutnya tentang wudhu’nya (wudhu’ Rasulullah s.a.w) Dia berkata: Baginda menyapu kepalanya dengan iar yang bukan dari lebihan dua tangannya dan dia membasuh kedua-dua kakinya sehingga dia betul-betul membersihkannya
121 – Ahmad bin Muhammad bin Hanbal meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Al-Mughirah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hariz meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdur Rahman bin Maisarah Al-Hadhrami meriwayatkan kepada saya, katanya: Saya mendengar Al-Miqdam bin Ma`di Karib Al-Kindi berkata: Dibawakan air sembahyang kepada Rasulullah s.a.w, baginda pun berwudhu’ dibasuhnya kedua-dua tapak tangannya tiga kali dan membasuh mukanya tiga kali dan membasuh kedua-dua lengannya tiga-tiga kali kemudian baginda berkumur dan menghisap air ke dalam hidung tiga kali kemudian disapu kepala dan kedua-dua telinganya bahagian belakang dan bahagian dalam
122 – Mahmud bin Khalid dan Ya`qub bin Ka`b Al-Anthaki berkata: Al-Walid bin Muslim meriwayatkan kepada kami daripada Hariz bin `Utsman daripada `Abdur Rahman bin Maisarah daripada Al-Miqdam bin Ma`di Karib, katanya: Aku melihat Rasulallah s.a.w berwudhu’, bilamana baginda sampai kepada sapuan kepala, baginda pun meletakkan kedua-dua tapak tangannya di bahagian depan kepalanya lalu diperlalukan sehingga ke bahagian belakang tengkuk kemudian baginda mengembalikan semula kedua-dua tapak tangannya tadi ke tempat ia bermula. Mahmud berkata (dalam riwayatnya): Al-Walid bin Muslim berkata: أَخْبَرَنِي حَرِيزٌ Hariz telah meriwayatkan kepadaku. (adapun riwayat tadi secara `An’anah)
123 – Mahmud bin Khalid dan Hisyam bin Khalid berkata: Al-Walid meriwayatkan hadits ini kepada kami dengan isnad ini, katanya (Al-Miqdam): Dan baginda menyapu kedua-dua telinganya bahagian belakang dan bahagian dalamnya. Hisyam menambah: Dan dia memasukkan jarinya ke pelipatan-pelipatan telinganya