Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 24 – 22-Ogs-04
Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD
MP3
Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 24 – 22-Ogs-04
Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD
MP3
KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN
1 – 00:08 – Terjemahan Hadis.
2 – 07:00 – Sambungan Bab : Orang Yang Masukkan Tangannya Ke Dalam Bekas Air Sebelum Basuh Tangan.
3 – 10:23 – Bab : Gambaran Wuduk Nabi SAW.
4 – 15:28 – Utman Bin Affan.
بَاب فِي الرَّجُلِ يُدْخِلُ يَدَهُ فِي الْإِنَاءِ قَبْلَ أَنْ يَغْسِلَهَا
Bab Seseorang Memasukkan Tangannya Ke Dalam Bekas Sebelum Membasuhnya
103 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي رَزِينٍ وَأَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ مِنْ اللَّيْلِ فَلَا يَغْمِسْ يَدَهُ فِي الْإِنَاءِ حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ
103 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Mu`awiyah meiwayatkan kepada kami daripada Al-A`masy daripada Abi Razin dan Abi Shalih daripada Abi Hurairah, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang kamu bangun malam maka janganlah dia mencelup tangannya ke dalam bekas sehinggalah dia membasuhnya tiga kali kerana sesungguhnya dia tidak mengetahui di manakah tangannya bermalam.”
104 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْنِي بِهَذَا الْحَدِيثِ قَالَ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا وَلَمْ يَذْكُرْ أَبَا رَزِينٍ
104 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: `Isa bin Yunus meriwayatkan daripada Al-A`masy daripada Abi Shalih daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w iaitu hadits ini juga, katanya dua kali atau tiga kali (basuhan) dan dia tidak menyebut Aba Razin (dalam sanad)
باب يحرك يده في الإناء قبل أن يغسلها
Bab Seseorang Menggerakkan Tangannya Di Dalam Bekas Sebelum Dia Membasuhnya