Qutaibah bin Sa`id meriwayatkan kepada kami daripada Sufyan daripada Abi Az-Zinad daripada Al-A`raj daripada Abi Hurairah (dia memarfu`kan hadits ini sampai kepada Nabi s.a.w.) katanya: “Kalau tidak kerana aku takut akan menyusahkan orang-orang Mu’min nescaya aku menyuruh mereka melewatkan solat `Isya’ dan memberus gigi ketika setiap kali hendak sembahyang”
Ibrahim bin Musa meriwayatkan kepada kami, katanya: `Isa bin Yunus menceritakan kepada kami, katanya: Muhammad bin Is-haq meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin Ibrahim At-Taimi daripada Abi Salamah bin `Abdir Rahman daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani, katanya: Saya telah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: “Kalau tidak kerana aku takut akan menyusahkan umatku nescaya aku akan menyuruh mereka memberus gigi ketika setiap sembahyang.” Abu Salamah berkata: Saya melihat Zaid duduk dalam masjid dalam keadaan siwak/berus gigi berada di telinganya iaitu di tempat penulis meletakkan pen di telinganya. Setiap kali dia bangun untuk bersembahyang dia akan memberus gigi.
Muhammad bin `Auf Atl-Tha’i meriwayatkan kepada kami, katanya: Ahmad bin Khalid meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Is-haq meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin Yahya bin Habban daripada `Abdillah bin `Abdillah bin `Umar, katanya (Muhammad bin Yahya bin Habban): “Saya berkata: “Apa pendapatmu tentang wudhu’ Ibn `Umar untuk setiap sembahyang sama ada dia dalam keadaan suci atau tidak suci? Kenapakah begitu?” Maka beliau (`Abdullah bin Abdillah bin `Umar) berkata: Asma’ binti Zaid bin Al-Khatthab menceritakan kepadaku bahawa `Abdallah bin Hanzhalah bin Abi `Amir menceritakan kepadanya bahawa Rasulallah s.a.w. diperintahkan untuk berwudhu’ untuk setiap sembahyang sama ada baginda dalam keadaan suci atau pun tidak suci. Apabila keadaan itu menyusahkannya baginda diperintah supaya memberus gigi untuk setiap kali hendak sembahyang. Ibn `Umar berasa bahawa dia ada kemampuan (untuk melakukan demikian) maka dia tidak meninggalkan wudhu’ untuk setiap sembahyang.
Abu Daud berkata: Ibrahim bin Sa`d meriwayatkannya daripada Muhammad bin Is-haq, katanya: `Ubaidullah bin Abdillah (bukan Abdullah bin Abdillah