Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 29 – 070506
Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD
MP3
Sunan Abi Daud – Syarah Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 29 – 070506
Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD
MP3
KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN
1- 00:06 : Terjemahan matan hadits
2- 05:28 : Bab berlari untuk pergi sembahyang
3- 14:46 : Hadits ini Punca Khilaf tentang Ma’mum sempat dua rakaat terakhir dari Imam
بَاب السَّعْيِ إِلَى الصَّلَاةِ
Bab Bersegera Pergi /Menuju Sembahyang
571 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ حَدَّثَنَا عَنْبَسَةُ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيّبِ وَأَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ فَلَا تَأْتُوهَا تَسْعَوْنَ وَأْتُوهَا تَمْشُونَ وَعَلَيْكُمْ السَّكِينَةُ فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا
قَالَ أَبُو دَاوُد كَذَا قَالَ الزُّبَيْدِيُّ وَابْنُ أَبِي ذِئْبٍ وَإِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ وَمَعْمَرٌ وَشُعَيْبُ بْنُ أَبِي حَمْزَةَ عَنْ الزُّهْرِيِّ وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا و قَالَ ابْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ الزُّهْرِيِّ وَحْدَهُ فَاقْضُوا و قَالَ مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ[1] وَجَعْفَر بْن رَبِيعَةَ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ فَأَتِمُّوا وَابْنُ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو قَتَادَةَ وَأَنَسٌ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّهُمْ[2] فَأَتِمُّوا
571 – Ahmad bin Shalih meriwayatkan kepada kami, katanya: `Anbasah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yunus meriwayatkan kepada saya daripada Ibn Syihab, katanya: Sa`id bin Al-Musayyab dan Abu Salamah bin `Abdir Rahman meriwayatkan kepada saya bahawa Aba Hurairah berkata: Saya telah medengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Apabila sembahyang telah diiqamatkan maka janganlah kamu pergi untuk bersembahyang itu dengan berlari tetapi pergilah berjalan dengan tenang. Apa-apa yang kamu sempat, kamu sembahyanglah dan apa-apa yang terlaepas, kamu sempurnakanlah.”
Abu Daud berkata: Demikianlah Az-Zubaidi, Ibn Abi Zi’b, Ibrahim bin Sa’d, Ma`mar dan Syu`aib bin Abi Hamzah telah meriwayatkan daripada Az-Zuhri iaitu وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا dan apa-apa yang terlepas daripada kamu maka kamu sempurnakanlah. Manakala Ibn `Uyainah seorang sahaja meriwayatkan daripada Az-Zuhri iaitu dengan فَاقْضُوا maka kamu tunaikan/qadha’kan. Muhammad bin `Amr pula telah meriwayatkan daripada Abi Salamah daripada Abi Hurairah dan begitu juga Ja`far bin Rabi`ah telah meriwayatkan daripada Al-A`raj daripada Abi Hurairah iaitu فَأَتِمُّوا maka kamu sempurnakanlah. Ibn Mas`ud juga meriwayatkan daripada Nabi s.a.w begitu juga dengan Abu Qatadah dan Anas, kesemua mereka meriwayatkan dengan lafaz فَأَتِمُّوا
572 – حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ الطَّيَالِسِيُّ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ائْتُوا الصَّلَاةَ وَعَلَيْكُمْ السَّكِينَةُ فَصَلُّوا مَا أَدْرَكْتُمْ وَاقْضُوا مَا سَبَقَكُمْ
قَالَ أَبُو دَاوُد وَكَذَا قَالَ ابْنُ سِيرِينَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَلْيَقْضِ[3] وَكَذَا قَالَ أَبُو رَافِعٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَأَبُو ذَرٍّ روى عَنْهُ فَأَتِمُّوا وَاقْضُوا وَاخْتُلِفَ فِيهِ عنه.
572 – Abu Al-Walid Ath-Thayalisi meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah meriwayatkan kepada kami daripada Sa`d bin Ibrahim, katanya: Saya telah mendengar Aba Salamah meriwayatkan daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: “Pergilah bersembahyang dengan tenang, kerjakanlah apa-apa yang kamu sempat dan tunai/qadha’lah apa-apa yang terlepas.”
Abu Daud berkata: Demikianlah kata Ibn Sirin daripada Abi Hurairah iaitu وَلْيَقْضِ hendaklah dia menunaikan/mengqadha’. Begitu juga Abu Rafi` telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan ada diriwayatkan daripada Abi Dzar dengan lafaz فَأَتِمُّوا وَاقْضُوا , riwayat daripada Abi Dzar berhubung lafaz ini berbeza-beza.
[1] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: قال
[2] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: قالوا
[3] Dalam sesetengah nuskhah: يقضى