Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sesi 10 – (sambungan) Al-Hasan


Notice: Undefined index: tie_hide_meta in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3

Notice: Trying to access array offset on value of type null in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3
Ust Mohd Hanief Awang Yahaya, 07-Jun-15

 

 

Maksud Kata-Kata Al-Tirmidhi Dan Lain-Lain: “Hadis Hasan sahih”

Zahirnya, ungkapan ini mengelirukan, kerana hasan lebih rendah daripada darjah sahih. Bagaimana boleh dihimpunkan kedua-duanya sedangkan martabat kedua-duanya berbeza? Para ulama telah memberikan pelbagai jawapan kepada maksud ungkapan al-Tirmidhi ini. Jawapan yang paling baik ialah yang dikemukakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dan dipersetujui oleh al-Suyuti, kesimpulannya seperti berikut:

  1. Sekiranya hadis itu mempunyai dua sanad atau lebih, ungkapan itu bermaksud hasan berdasarkan satu sanad dan sahih berdasarkan kepada satu satu lagi.
  2. Sekiranya hadis itu hanya mempunyai satu sanad, maksudnya ialah hasan menurut satu kumpulan ulama dan sahih menurut yang lain.

Seolah-olah beliau memberikan isyarat tentang perbezaan pendapat di kalangan ulama tentang kedudukan hadis ini, atau baginya hadis ini tidak boleh ditentukan sama ada sahih atau hasan.

Klasifikasi al-Baghawi Hadis-Hadis Masabih al-Sunnah

Al-Imam al-Baghawi telah menggunakan istilahnya yang tersendiri di dalam kitabnya, Masabih al-Sunnah. Beliau telah mengisyaratkan hadis-hadis yang terdapat di dalam dua kitab sahih atau salah satunya dengan kata-katanya:

“sahih”

dan hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab sunan yang empat dengan kata-katanya: “hasan”. Ini adalah istilah yang tidak selari dengan istilah umum dipakai di kalangan ulama hadis kerana di dalam kitab-kitab sunan yang empat itu terdapat hadis sahih, hasan, da’if dan munkar. Oleh kerana itu, Ibn al-Salah dan al-Nawawi memberi peringatan tentang perkara ini. Dengan itu, sepatutnya pembaca kitab Masabih al-Sunnah lebih peka dengan istilah al-Baghawi di dalam kitab ini apabila beliau menyebut tentang hadis-hadis sebagai sahih atau hasan.

Kitab-Kitab Yang Boleh Didapati Hadis Hasan Dengan Banyaknya

Para ulama tidak menulis secara berasingan hadis-hadis hasan di dalam satu kitab seperti mana mereka mengkhususkan hadis-hadis sahih sahaja dalam tulisan mereka. Namun begitu terdapat beberapa kitab hadis yang terdapat di dalamnya banyak hadis hasan, antara yang masyhur ialah:

  1. Jami’ al-Tirmidhi atau yang lebih dikenali sebagai Sunan al-Tirmidhi. Ia adalah sumber utama untuk mengetahui hadis hasan. Al-Tirmidhilah yang memasyhurkan istilah hasan di dalam kitab ini dan orang yang paling banyak menyebutkannya. Bagaimanapun kita harus berhati-hati tentang edisi yang berbeza-beza berhubung dengan kata-kata beliau: “hasan sahih” dan sebagainya. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar hadis memberi perhatian dalam memilih edisi yang telah dinilai dan membandingkan dengan manuskrip asal yang diakui.
  1. Sunan Abi Dawud: Beliau telah menyebutkan di dalam suratnya kepada penduduk Mekah bahawa beliau menyebutkan di dalam sunannya hadis sahih, hadis yang menyerupainya dan hadis yang hampir dengannya. Sekiranya hadis itu mempunyai keda’ifan yang kuat, beliau akan menjelaskannya dan hadis yang tidak disebutkan apa-apa tentangnya maka itu adalah salih. Berdasarkan kepada kenyataan ini, apabila kita mendapati di dalam sunan ini hadis yang beliau tidak menjelaskan keda’ifannya dan tidak ditashihkan oleh mana-mana imam yang diakui maka itu adalah hadis hasan di sisi Abu Dawud.
  1. Sunan al-Daruqutni: Beliau menyebutkan dengan jelas kebanyakan hadis hasan di dalam kitab ini.

Check Also

Sesi 40 – Mengenali Perawi Thiqah Yang Mengalami Ikhtilat

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 29- Feb-16     MENGENALI PERAWI THIQAH YANG MENGALAMI …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *