13- Abu al-Yaman telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Syu`aib telah memberitahu kami, katanya, Abu al-Zinad telah meriwayatkan kepada kami dari al-A`raj dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi Tuhan yang nyawaku berada ditangannya tidaklah beriman seseorang dari kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada ayahnya dan anaknya.
١٤- حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ عُلَيَّةَ عَنْ عَبْدِالْعَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ح و حَدَّثَنَا آدَمُ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ قَالَ{ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ }
14- Ya`qub bin Ibrahim telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Ibnu `Uyainah telah meriwayatkan kepada kami dari `Abdul `Aziz bin Shuhaib dari Anas dari Rasulullah s.a.w., dan Adam bin Abi Iyaas meriwayatkan kepada kami, katanya, Syu`bah telah meriwayatkan kepada kami dari Qataadah dari Anas, katanya, Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada ayahnya, anaknya dan manusia sekelian.”
15- Muhammad bin al-Mutsanna telah meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul Wahhaab al-Tsaqafi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayyub telah meriwayatkan kepada kami dari Abi Qilaabah dari Anas bin Malik r.a, dari Nabi s.a.w., Baginda bersabda: “Tiga perkara, sesiapa yang ada padanya tiga perkara itu niscaya dia akan mendapati kemanisan iman. (Pertama) Allah dan Rasulnya lebih disayanginya daripada sesuatu selain keduanya dan (Kedua) dia mengasihi seseorang, tidak dikasihinya orang itu melainkan kerana Allah, dan (Ketiga) dia tidak suka kembali kepada kekufuran sepertimana dia tidak suka (dirinya) dicampakkan ke dalam api.”