Sahih al-Bukhari – Matan & Syarah Hadith – Kitab Iman – Sesi 4 – Bab Orang Islam Manakah Yang Paling Baik? & Bab Memberi Makanan Adalah Sebahagian Daripada Ajaran Islam & Bab Di Antara Iman Ialah Seseorang Itu Suka Untuk Ssaudarnaya Apa Yang Disukai Untuk Dirinya
Notice: Undefined index: tie_hide_meta in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3
Notice: Trying to access array offset on value of type null in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3
Sahih al-Bukhari – Matan & Syarah Hadith – Kitab Iman – Sesi 4 – 15-Jul-06
Matan & Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD
MP3
KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN
10- Sa`id bin Yahya bin Sa`id al-Qurasyi telah meriwayatkan kepada kami, katanya, bapaku telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Abu Burdah bin `Abdillah bin Abi Burdah telah meriwayatkan kepada kami dari Abi Musa r.a, katanya: “Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, (orang) Islam manakah yang paling baik? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Orang yang mana orang-orang Islam lain terpelihara daripada (gangguan) lidah dan tangannya.”
بَاب إِطْعَامُ الطَّعَامِ مِنَ الْإِسْلَامِ
Bab 6: Memberi Makanan Adalah Sebahagian Daripada (Ajaran) Islam
11- `Amru bin Khalid telah meriwayatkan kepada kami, katanya, al-Laith telah meriwayatkan kepada kami dari Yazid dari Abi al-Khair dari `Abdillah bin `Amar r.a, bahawa ada seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi s.a.w., katanya: “Apakah (ajaran) Islam yang paling baik? Nabi s.a.w. bersabda: Memberi makanan dan memberi salam sama ada kepada orang yang telah engkau kenali atau belum.”
Bab 7: Di Antara Iman Ialah Seseorang Itu Suka Untuk Saudaranya Apa Yang Disukai Untuk Dirinya.
١٢- حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ شُعْبَةَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ رضي الله عَنْهم عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَنْ حُسَيْنٍ الْمُعَلِّمِ قَالَ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ عَنْ أَنَسٍ {عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ}
12- Musaddad telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Yahya telah meriwayatkan kepada kami dari Syu`bah dari Qataadah dari Anas r.a dari Nabi s.a.w., dan dari Husain al-Mu`allim, katanya, Qataadah telah meriwayatkan kepada kami dari Anas dari Nabi s.a.w., sabda baginda: “Tidak beriman seseorang dari kamu selagi dia tidak menyukai untuk saudaranya apa yang disukai untuk dirinya.