Bab 2 : Wajib Bersembahyang Dengan Memakai Pakaian ( Yang Menutupi Aurat). Allah Berfirman : ” Ambillah (Pakailah) Perhiasan ( Pakaian Yang Menutupi Aurat) Kamu Ketika Setiap Kali Mengerjakan Sembahyang ( Atau Bertawaf)”. Orang Yang Bersembahyang Dengan Berselimut Menggunakan Satu Kain Sahaja ( Sah Sembahyangnya). Disebutkan ( Diriwayatkan) Dari Salamah Bin Al-Akwa’ Bahawa Nabi SAW Bersabda : Hendaklah Dia ( Seseorang Yang Bersembahyang Dengan Memakai Sehelai Baju Labuh Sahaja Itu) Mengancingnya Walaupun Hanya Dengan Duri. Sanadnya Bermasalah ( Dipertikaikan ). Orang Yang Bersembahyang Dengan Memakai Kain Yang Telah Dipakainya Semasa Bersetubuh ( Juga Sah Sembahyangnya), Selagi Dia Tidak Nampak Kesan Najis Pada Kainnya Itu. Nabi S.A.W Memerintahkan Bahawa Tidak Boleh Lagi Orang Yang Bertelanjang Bertawaf Di Baitillah.