Sahih al-Bukhari – Kitab Ilmu – Sesi 5 – Bab Sabda Nabi s.a.w. ”Adakalanya Orang Yang Disampaikan (Sesuatu Hadis) Lebih Mengerti Tentangnya
Notice: Undefined index: tie_hide_meta in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3
Notice: Trying to access array offset on value of type null in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3
Sahih al-Bukhari – Matan Hadith – Kitab Ilmu – Sesi 5 – 17-Mei-2008
Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Ilmu – Sesi 5 – 17-Mei-2008
KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN
Bab 9 : Sabda Nabi SAW ; ” Ada Kalanya Orang Yang Disampaikan ( Sesuatu Hadith) Lebih Mengerti ( Tentangnya) Daripada Orang Yang Mendengarnya Sendiri”.
Bab 10 : Ilmu Sebelum Mengajar/ Mengucapkan Sesuatu Dan Sebelum Beramal, Kerana Firman Allah : {فَاعْلَمْ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ},” Ketahuilah Bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah”. Allah Memulakan Dengan Ilmu Dan Sesungguhnya Para Ulama Itulah Pewaris Nabi. Mereka Mewarisi Ilmu ( Ilmu Para Nabi ). Sesiapa Mengambilnya Bererti Dia Mendapat Habuan Yang Besar Dan Banyak Dan Sesiapa Mengikuti Sesuatu Jalan Dengan Maksud Mencari Ilmu, Allah Mempermudahkan Untuknya Jalan Ke Syurga. Allah Berfirman : {وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ} ” Mereka Berkata : Kalaulah Kita Dahulu Mendengar Atau Berfikir, Tentulah Kita Tidak Termasuk Di Kalangan Ahli Neraka”. Firman Allah : {هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ} ” Adakah Sama Orang Yang Mengetahui Dengan Orang Yang Tidak Mengetahui? Nabi SAW Bersabda :” Sesiapa Yang Allah Mahukan Kebaikan Yang Banyak Untuknya, Niscaya Diberikan Kepadanya Faham Yang Mendalam Tentang Agama”. Sesungguhnya Ilmu Itu Diperoleh Dengan Belajar. Abu Zar Berkata :” Kalau Kamu Letakkan Pedang Yang Tajam Di Sini ( Dia Mengisyaratkan Ke Lehernya), Kemudian Aku Ingat Aku Dapat Menyampaikan Lagi Satu Ucapan Yang Pernah Ku Dengar Daripada Nabi SAW Sebelum Kamu Melaksanakan Hukuman Bunuh Itu Ke Atasku, Nescaya Aku Akan Sampaikannya. Bersabda Nabi SAW : ” Hendaklah Orang Yang Hadir Menyampaikan Kepada Yang Tidak Hadir. Ibnu Abbas Berkata : {كُونُوا رَبَّانِيِّينَ} ” Jadilah Kamu Orang-Orang Rabbani Iaitu Hukama’ ( Golongan Cendikiawan) Fuqaha’ Dan Ulama. Dikatakan Juga Rabbani Ialah Orang Yang Mendidik Manusia Dengan Ilmu Yang Kecil-Kecil Sebelum Yang Besar-Besar.