Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-418: TIDAK BERTEGUR SELAMA SETAHUN


Notice: Undefined index: tie_hide_meta in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3

 

 

ih418_15291523.png

 

Soalan: Apakah terdapat hadith orang yang tidak bertegur sapa selama setahun sama seperti membunuhnya?

 

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Agama Islam amat menitikberatkan pertalian persaudaraan serta kasih sayang sesama manusia. Ini kerana, Allah SWT menyatakan dengan jelas di dalam al-Quran bahawa orang yang beriman itu adalah bersaudara:

  • Firman Allah SWT:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

al-Hujurat: 10

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu sertabertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

 

Persaudaraan merupakan satu ikatan yang mana Allah SWT telah mengikatnya di antara orang-orang yang beriman. Sekiranya kita mendapati sesiapa sahaja sama ada dari timur atau barat yang beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para rasul, hari Akhirat maka dia adalah saudara kepada orang yang beriman. Di samping itu juga, persaudaraan ini juga mewajibkan orang beriman untuk menyayanginya sepertimana mereka menyayangi diri mereka sendiri atau sebaliknya. [Lihat Tafsir al-Sa’di, 800]

Berdasarkan soalan di atas, memang terdapat sebuah hadith yang menceritakan hukuman bagi orang yang bertengkar atau tidak bertegur dalam tempoh yang lama iaitu daripada Abi Khirash al-Sulami bahawa Nabi SAW bersabda:

 

مَنْ هَجَرَ أَخَاهُ سَنَةً فَهُوَ كَسَفْكِ دَمِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak bertegur saudaranya selama setahun sama seperti dia telah menumpahkan darahnya.” [Riwayat Abu Daud (4915)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh telah menilai sanad hadith ini sebagai sahih]

 

Tambahan pula, yang dimaksudkan dengan saudara di dalam hadith di atas adalah saudara seagama selama satu tahun maka ia seperti mengalirkan darahnya dalam hal bertambahnya dosa dan bukan pada kadarnya. [Lihat: Aun al-Ma’bud, 13/176] Di dalam hadith yang lain, ada dinyatakan bahawa hukum bertengkar sesama Islam ini adalah haram sekiranya tanpa sebab yang syar’ie. Hal ini berdasarkan kepada sebuah hadith yang sahih:

  • Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA bahawa Nabi SAW bersabda:

لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ

Maksudnya: “Tidak halal bagi seorang muslim untuk tidak bertegur saudaranya melebihi tiga hari.” [Riwayat Muslim (2560)]

 

Penutup

Kesimpulannya, hadith yang menceritakan bahawa orang yang tidak bertegur saudaranya selama setahun sama seperti dia telah menumpahkan darahnya adalah hadith yang sahih. Tambahan pula, orang yang memutuskan pertalian persaudaraan tidak akan masuk syurga berdasarkan kepada sebuah hadith yang sahih:

  • Daripada Jubair bin Mut’im RA bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الجَنَّةَ قَاطِعٌ

Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan (silaturrahim).” [Riwayat al-Bukhari (5984)]

 

Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa menjaga pertalian persaudaraan sesama Islam serta memasukkan kita ke dalam syurga-Nya. Amin.

 

Wallahua’lam

Source: IRSYAD AL-HADITH

Check Also

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-522: BERTAUBAT DARIPADA MENCURI DENGAN CARA BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

Soalan Assalamualaikum, saya ada satu persoalan. Boleh tak saya bayar semula duit yang pernah dicuri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *