Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-342: HADITH AHAD


Notice: Undefined index: tie_hide_meta in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3

Notice: Trying to access array offset on value of type null in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3

ih342.png

 

 

Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan hadith Ahad (آحاد)?

 

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Hadith atau sunnah merupakan sumber kedua di dalam syariat Islam. Untuk itu, mempelajari ilmu-ilmu berkaitan hadith ini merupakan satu tuntutan kerana tanpanya kita tidak dapat memahami hadith Nabi SAW dengan baik. Ilmu mustholah hadith termasuk di dalam salah satu juzuk atau cabang daripada ilmu hadith.

Berdasarkan soalan di atas, hadith Ahad atau khabar Ahad ini adalah sesuatu khabar yang tidak cukup syarat untuk menjadikan ia sebagai khabar yang mutawatir walaupun perawinya ramai. Tambahan pula, hadith atau khabar Ahad ini lebih banyak jika dibandingkan dengan hadith atau khabar yang mutawatir. [Lihat: al-Madkhal ila ‘Ulum al-Hadith, 51]

Selain itu juga, para ulama membahagikan khabar Ahad kepada tiga bahagian iaitu:

 

  • Hadith Gharib

Menurut Imam al-Baiquniy, hadith Gharib adalah hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja sebagaimana disebutkan di dalam manzhumahnya. Hadith Gharib boleh menjadi sahih, hasan, dhaif dan sebagainya bergantung kepada perawi-perawi yang terdapat di dalam sanad tersebut.

 

  • Hadith Aziz

Hadith Aziz adalah hadith yang diriwayatkan oleh dua orang perawi sahaja menurut Imam al-Hafiz Ibn Hajar di dalam kitabnya. [Lihat: Nuzhah al-Nazhor, 49] Hadith Aziz boleh menjadi sahih, hasan, dhaif dan sebagainya setelah melihat kepada keadaan perawi-perawi yang terdapat di dalam sanad riwayat tersebut.

 

  • Hadith Masyhur

Hadith Masyhur adalah hadith yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi atau lebih daripada itu. Ini adalah pendapat kebanyakan ahli Hadith. Hadith Masyhur boleh menjadi sahih, hasan, dhaif dan sebagainya bergantung kepada hal keadaan perawi atau sanad hadith tersebut.

 

Hukum Hadith Ahad

Berkaitan hukum hadith Ahad ini boleh dilihat dan dipastikan berdasarkan jenisnya atau bahagiannya sepertimana yang telah kami jelaskan di atas iaitu di antara tiga bahagian di atas. Walaupun begitu, secara umumnya hadith Ahad ini ada yang diterima dan ada juga ditolak walaupun bilangan perawinya tidak ramai dan tidak sampai ke tahap mutawatir. Namun, ia boleh manjadi sahih, hasan, dhaif atau sebagainya bergantung kepada keadaan perawi atau sanad riwayat tersebut.

 

Contoh Hadith Ahad

Di antara contoh hadith Ahad adalah:

 

  • Daripada Hasan bin Ali R.Anhuma, aku menghafal daripada Rasulullah SAW, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ، فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِينَةٌ، وَإِنَّ الكَذِبَ رِيبَةٌ

Maksudnya: “Tinggalkan apa yang menjadi keraguan kepadamu, kepada yang tidak meragukan kamu. Maka sesungguhnya perkara yang benar itu mendatangkan ketenangan dan sesungguhnya perkara yang dusta itu mendatangkan keraguan.” [Riwayat al-Tirmizi (2518)]

 

Penutup

Kesimpulannya, hadith Ahad atau khabar Ahad adalah hadith yang mana bilangan perawinya tidak sampai ke tahap Mutawatir dan hukumnya boleh menjadi sahih, hasan, dhaif dan sebagainya bergantung kepada hal keadaan perawi atau sanad hadith tersebut. Semoga dengan pencerahan yang ringkas ini, sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita berkaitan ilmu hadith. Amin.

 

Wallahua’lam

Source: IRSYAD AL-HADITH

Check Also

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-522: BERTAUBAT DARIPADA MENCURI DENGAN CARA BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

Soalan Assalamualaikum, saya ada satu persoalan. Boleh tak saya bayar semula duit yang pernah dicuri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *