Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE 356 : ADAKAH BOLEH SOLAT ISTIKHARAH SEBELUM BUAT PERKARA YANG HARAM?


Notice: Undefined index: tie_hide_meta in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3

Notice: Trying to access array offset on value of type null in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3

IF 356

Soalan :

Assalamualaikum Datuk. Saya ada satu soalan berkenaan solat istikharah. Yang saya belajar solat istikharah ini kita lakukan jika ingin membuat pilihan atau ingin memohon petunjuk setelah melakukan suatu perkara. Soalan saya di sini, adakah boleh melakukan solat istikharah untuk perkara-perkara yang haram?. Seperti contoh seorang yang ingin merompak atau mencuri dia buat solat istikharah sebelum buat perkara tersebut. Sebab saya lihat ada kesalahfahaman berkenaan perkara ini. Mohon pencerahan dari Datuk.

Jawapan :

Waalaikumussalam. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Solat istikharah adalah salah satu solat sunat yang dituntut sebagai satu cara memohon agar Allah memberikan petunjuk dan jalan terbaik dalam apa jua pilihan dan perkerjaan yang dilakukan. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Jabir Bin Abdullah. Beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda :

إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ العَظِيمِ ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعِيشَتِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي ، أَوْ قَالَ : فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَيَسِّرْهُ لِي ، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعِيشَتِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي ، أَوْ قَالَ : فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاصْرِفْهُ عَنِّي ، وَاصْرِفْنِي عَنْهُ ، وَاقْدُرْ لِي الخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ أَرْضِنِي بِهِ ، قَالَ : وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ

Maksudnya :” Rasulullah saw pernah mengajarkan kami tentang memohon pilihan bagi semua perkara (istikharah) sepertimana Baginda mengajarakan kami surah daripada al-Quran. Baginda bersabda : Jika salah seorang dari kalian gusar tentang satu perkara maka rukuklah dua rakaat selain dari yang fardu. Kemudian katakanlah : Ya Allah, aku memohon pilihan dengan ilmu-Mu, aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu, Aku juga memohon daripada limpahan-Mu yang Agung. Engkau mampu sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Engkau Maha Tahu tentang perkara yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku. Ataupun Nabi bersabda : sama ada perkara yang segera atau yang lambat. Maka permudahkanlah urusanku dan berkatilah aku dalam urusan tersebut. Jika Engkau tahu bahawa perkara ini buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan penghujung hidupku. Ataupun Baginda bersabda : sama ada yang segera atau yang lambat. Maka, jauhkanlah ia dariku dan jauhkan aku darinya. Dan tentukan bagiku yang terbaik kemudian redhailah aku dengannnya. Kemudian Baginda bersabda : Orang itu (boleh) menyatakan hajatnya.”

Riwayat al-Tirmizi (480),Ibnu Majah (1383).Imam al-Tirmizi menyatakan bahawa hadis ini bertaraf hasan sohih ghorib.

Kami pernah mengulas berkenaan solat istikharah dan isu-isu berkaitan dengannya di dalam beberapa ruangan artikel. Antaranya :

  1. Al-Kafi no 829 : Apa itu istikharah?[1]
  2. Al-Kafi no 1473 : Hukum mengerjakan solat istikharah secara berjemaah[2]
  3. Irsyad Al-Fatwa siri ke 342 : Adakah disyaratkan bermimpi sebagai jawapan istikharah?[3]

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, solat istikharah disunatkan untuk dilakukan pada perkara yang harus. Seperti memilih pasangan hidup,ibu bapa yang ingin menerima calon menantu,bermusafir dan sebagainya.Ianya dilakukan agar Allah memberikan jalan terbaik dan petunjuk untuk melakukan perkara tersebut. Adapun perkara yang jelas pengharaman atau kewajipannya tidak boleh untuk dilakukan solat istikharah.

Sheikh Syamsul Haq ‘Azim Al-‘Abbadi menyebut bahawa maksud daripada istikharah itu sendiri meminta dipermudahkan dan diberi kebaikan pada dua perkara kebaikan. Sama ada terus melakukannya atau meninggalkannya. (Rujuk ‘Aun Al-Ma’bud Bi Syarh Sunan Abi Daud, 25/448).

Imam Badruddin Al-‘Aini menyatakan bahawa makna istikharah itu ialah meminta kebaikan. (‘Umdah Al-Qari Syarh Sahih Al-Bukhari, 23/11)

Ini membawa maksud bahawa solat istikharah dilakukan untuk perkara-perkara yang harus bukannya perkara yang haram. Bagaimana mungkin adanya kebaikan di dalam perkara yang diharamkan oleh Allah. Hal ini jelas dilihat melalui sebahagian doa istikharah yang diajarkan oleh Nabi SAW.

اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعِيشَتِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي ، أَوْ قَالَ : فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَيَسِّرْهُ لِي ، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ

Maksudnya : “Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku. Ataupun Nabi bersabda : sama ada perkara yang segera atau yang lambat. Maka permudahkanlah urusanku dan berkatilah aku dalam urusan tersebut

Sudah pasti doa ini adalah meminta agar diberikan petunjuk dan jalan terbaik pada perkara-perkara yang harus. Perkara yang haram tiada kebaikan padanya bahkan ianya akan mengundang kemurkaan Allah jika dilakukan.

Sheikh Abdurrahman Al-Mubarakfuri ketika mensyarahkan hadis ini beliau menyebut solat istikharah dan doanya disunatkan di dalam perkara yang mana seseorang tidak tahu mana satu yang benar. Adapun yang sudah diketahui kebaikannya seperti ibadah dan perbuatan yang baik serta perkara yang haram maka tiada keperluan untuk melakukan solat istikharah padanya. (Rujuk Tuhfah Al-Ahwazi Bi Syarh Jami’ Al-Tirmizi, 2/591).

Kesimpulannya, tidak boleh untuk melakukan istikharah untuk perkara yang haram seperti berbuat zalim, mencuri dan lain-lain perkara yang diharamkan.Ini kerana solat istikharah dilakukan untuk meminta kebaikan dan jalan yang terbaik di dalam apa jua perkara yang harus.Adapun perkara yang haram ianya hanya mengundang kemurkaan Allah jika dilakukan.

Semoga Allah memberikan kebaikan dan kefahaman kepada kita semua. Wallahu’alam.

[1]https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2638-al-kafi-829-apa-itu-istikharah?highlight=WyJpc3Rpa2hhcmFoIl0=

[2]https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3876-al-kafi-1473-hukum-mengerjakan-solat-istikharah-secara-berjamaah?highlight=WyJpc3Rpa2hhcmFoIl0=

[3]https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3874-irsyad-al-fatwa-siri-ke-342-adakah-disyaratkan-bermimpi-sebagai-jawapan-istikharah?highlight=WyJpc3Rpa2hhcmFoIl0=

Source: IRSYAD FATWA

Check Also

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-522: BERTAUBAT DARIPADA MENCURI DENGAN CARA BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

Soalan Assalamualaikum, saya ada satu persoalan. Boleh tak saya bayar semula duit yang pernah dicuri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *