Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Hadis Tentang Kerosakan Tanaman Yang Disebabkan Oleh Haiwan


Notice: Undefined index: tie_hide_meta in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3

Notice: Trying to access array offset on value of type null in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3

Salah satu contoh hadis mukhtalif yang membawa kepada perbezaan pendapat fuqaha` ialah adakah tanaman yang dirosakkan oleh binatang wajib dibayar ganti rugi oleh pemiliknya kepada tuan punya tanaman? Berhubung dengan perkara ini terdapat dua hadis yang bertentangan ma’nanya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَجْمَاءُ جُبَارٌ وَالْبِئْرُ جُبَارٌ وَالْمَعْدِنُ جُبَارٌ وَفِي الرِّكَازِ الْخُمُسُ

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kecederaan kerana binatang adalah sia-sia (tidak ada ganti rugi), jatuh dalam telaga adalah sia-sia, jatuh dalam lombong adalah sia-sia dan pada harta tertanam itu diambil satu perlima (sebagai zakat). (al-Bukhari, Muslim, Abu Daud,  al-Tirmizi, al-Nasa`i, Ibn Majah)

عَنْ حَرَامِ بْنِ مُحَيِّصَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ نَاقَةً لِلْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ دَخَلَتْ حَائِطَ رَجُلٍ فَأَفْسَدَتْهُ عَلَيْهِمْ فَقَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَهْلِ الْأَمْوَالِ حِفْظَهَا بِالنَّهَارِ وَعَلَى أَهْلِ الْمَوَاشِي حِفْظَهَا بِاللَّيْلِ

Daripada Haram bin Muhaiyyisah daripada ayahnya bahawa seekor unta milik Bara` bin ‘Azib telah memasuki kebun seseorang lalu merosakkannya. Maka Rasulullah s.a.w. memutuskan bahawa tuan punya harta wajib menjaganya pada siang hari dan pemilik ternakan wajib menjaganya pada waktu malam.(Abu Daud)

Wajah Ta’arudh

Hadis pertama, hadis Abu Hurairah menunjukkan tidak ada ganti rugi yang wajib dibayar oleh tuan punya binatang jika binatangnya itu merosakkan tanaman orang lain. Manakala hadis Muhaiyyisah menunjukkan ganti rugi dikenakan kepada tuan punya binatang sekiranya kerosakan itu berlaku pada waktu malam. Jika berlaku pada siang hari maka tidak ada sebarang ganti rugi yang wajib kepadanya. Hadis pertama menunjukkan penafian ganti rugi itu secara mutlak sementara hadis kedua mensabitkan ganti rugi pada waktu tertentu sahaja.

Bagaimana Dihilangkan Percanggahan Ini?

Majoriti ulama menyelaraskan kedua-dua hadis ini dengan kaedah takhsis iaitu memakaikan makna umum sesuatu nas kepada sebahagian afrad atau individu sahaja. Dengan erti, umum itu tidak difahami dengan zahirnya tetapi sebahagian individunya itu dikecualikan daripada hukum umum.

Hadis Abu Hurairah yang bersifat umum itu ditafsirkan sebagai khusus pada waktu siang berdasarkan kepada pengertian hadis Muhaiyyisah yang bersifat khusus. Ini bererti penafian tiada ganti rugi itu hanya merujuk kepada kes yang berlaku pada siang hari kerana tuan punya kebun atau tanaman wajib menjaganya pada waktu siang. Oleh itu kerosakan disebabkan oleh binatang berpunca daripada kecuaian mereka pada waktu siang. Manakala pada waktu malam, menjadi kewajipan kepada tuan punya ternakan untuk menjaga binatang mereka daripada terlucut lalu meragut tanaman orang lain. Oleh sebab itu, mereka bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku pada waktu malam.

(lihat, al-Nawawi, al-Minhaj Fi Syarh Sahih Muslim Ibn al-Hajjaj, jil. 4, hal. 364, al-Atyubi, Zakhirah al-‘Uqba Fi Syarh al-Mujtaba, jil. 22, hal. 243)

Di sisi Imam Abu Hanifah, waktu tidak menjadi ukuran dikenakan ganti rugi atau tidak tetapi melihat kepada kecuaian, tanpa mengira waktu malam atau siang. Beliau berpendapat hadis Muhaiyyisah itu menunjukkan kepada kecuaian pihak pemilik haiwan. Ini bererti menjadi adat dan kebiasaan pemilik haiwan itu menjaga haiwannya pada waktu malam. Sekiranya pemilik haiwan cuai menjaganya pada waktu siang maka wajib dia membayar ganti rugi tanaman yang dirosak haiwannya. Jika dia menjaganya dengan tidak cuai pada waktu malam maka dia tidak dikenakan apa-apa ganti rugi terhadap tanaman yang dirosakkan. (rujuk Takmilah Fath al-Mulhim, jil. 2, hal. 309, I’la` al-Sunan, jil. 16, hal.

Disediakan oleh Muhammad Hanief Awang Yahaya

 

 

Check Also

HADIS MUKHTALIF TENTANG KAYFIYYAT TAYAMMUM

  Hadis pertama: وَعَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ بَعَثَنِي اَلنَّبِيُّ صلى الله …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *