Home / darulkautsar.net / Pemurnian Aqidah / ISU SEMASA & AMALAN MASYARAKAT / KAHWIN BERLAINAN AGAMA MAKIN SERIUS DI SABAH
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

KAHWIN BERLAINAN AGAMA MAKIN SERIUS DI SABAH

Oleh Nabila Abdullah

KOTA KINABALU – Masalah kahwin campur berlainan agama semakin serius di Sabah disebabkan kurangnya pemantauan dan kawalan yang lemah oleh Jabatan Agama Islam Sabah, kata Ustaz Anuar Ali.

Menurutnya, tindakan perlahan oleh jabatan agama negeri apabila menerima aduan orang ramai terhadap masalah itu menyebabkan kes berkenaan bertambah.

Setakat ini telah berusaha menangani masalah ini dengan memberi kaunseling bagi menyedarkan mereka melalui persatuan mualaf di bawah Yayasan Mualaf, kata beliau yang dihubungi Harakahdaily.

Katanya, pergerakan Islam lain seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Jemaah Islah Malaysia (JIM) turut memainkan peranan dalam menangani masalah ini tetapi peranan itu agak terhad, katanya.

Selain kahwin campur berlainan agama, beliau juga bimbang gejala murtad yang semakin teruk di Sabah.

Sehubungan itu, beliau berharap Jabatan Agama Islam Sabah lebih perihatin dan sedia bergabung dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam dengan mengembalikan kesedaran kepada umat Islam.

“Bertindak cepat dengan laporan yang diberi, jangan lepas tangan dengan tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya.

 
Sumber; www.harakahdaily.net ( 29 Mei 2006) dengan sedikit pindaan

Check Also

AL-KAFI #648: PERAWAT "MENURUN" DALAM RAWATAN

Soalan: Apakah hukum berubat dengan seseorang dengan kaedah “menurun”? Jawapan: Menurun adalah satu keadaan di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *