Home / darulkautsar.net / Pemurnian Aqidah / ISLAM LIBERAL / Mengenali Islam Liberal / GERAKAN HOMOSEKSUAL DARI IAIN SEMARANG
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

GERAKAN HOMOSEKSUAL DARI IAIN SEMARANG

Gerakan Homoseksual Dari IAIN Semarang

Saringan dari tulisan asal oleh Sdr Adian Husaini dari www.insist.com

Pada masa ini, gerakan liberalisasi nilai-nilai dan ajaran Islam di Indonesia sudah sampai pada tahap yang menakjubkan dan menjijikkan. Mereka yang bergelumang dalam bidang pengajian Islam tidak malu dan segan lagi untuk menghancurkan ajaran agama yang sudah jelas dan qath’iy. Sementara itu, institusi pendidikan tinggi Islam seperti tidak berdaya, membiarkan semua kemungkaran itu terjadi di kampusnya. Bulan lepas, saya menerima sebuah buku yang dikirim dari Semarang berjudul Indahnya Kawin Sesama Jenis: Demokratisasi dan Perlindungan Hak-hak Kaum Homoseksual, (Semarang: Lembaga Studi Sosial danAgama / eLSA, 2005). Buku ini adalah kumpulan artikel di dalam Jurnal Justisia Fakulti Syariah Institut Agama Islam Nasional Semarang edisi 25, Tahun 11,2004.

Buku ini secara terang mendokong, dan mengajak masyarakat untuk mengakui dan mendokong supaya dibenarkan perkahwinan sejenis. Malah, buku ini menggariskan strategi yang mesti dilakukan untuk menghalalkan perkahwinan homoseksual di segi undang-undang di Indonesia, iaitu (1) mengembeling tenaga kaum homoseksual untuk bersatu dan berjuang mendapat kembali hak-haknya yang telah dirampas oleh negara, (2) memberi pemahaman kepada masyarakat bahawa apa yang terjadi pada golongan homoseksual adalah sesuatu yang normal dan menurut fitrah semula jadi; sehingga masyarakat tidak memisahkan diri darinya malah sebaliknya, masyarakat ikut terlibat mendokong setiap gerakan kaum homoseksual dalam menuntut hak-haknya, (3) mengkritik dan menulis semula tafsir dalam agama (tafsir kisah Luth dan konsep pernikahan) yang tidak memihak kepada kaum homoseksual, (4) mencadangkan pindaan UU Perkawinan No 1/1974 yang mendefinisikan perkahwinan mestilah di antara lelaki dan wanita.” (hal. 15)

Kita tidak tahu, apakah penulis-penulis yang merupakan mahasiswa-mahasiswa fakulti Syariah IAIN Semarang itu merupakan kaum homo atau tidak. Tetapi, umat Islam tentu saja terbeliak matanya dengan berbagai tulisan yang ada di dalam buku ini. Betapa tidak, pemuda-pemuda ini dengan beraninya melakukan ijtihad dan merumuskan hukum baru dalam Islam, iaitu bahawa aktiviti homoseks dan lesbian adalah normal dan halal, sehingga perlu disahkan dalam bentuk perkahwinan.

Masalah perkahwinan memang senantiasa menjadi sasaran liberalisasi agama. Ketika hukum-hukum yang sudah pasti – seperti haramnya seorang wanita muslim berkahwin dengan lelaki bukan Islam – dipinda oleh sebahagian pensyarah IAIN/UIN, seperti Zainun Kamal dan Musdah Mulia – maka logik yang sama boleh digunakan untuk merombak hukum-hukum lain di bidang perkahwinan, dengan alasan perlindungan Hak Asasi Manusia kaum homoseks. Bahkan, mereka berani membuat tafsir baru terhadap ayat-ayat Al-Quran, dengan membuat tuduhan-tuduhan keji terhadap Nabi Luth.

Seorang penulis dalam buku ini, misalnya, menyatakan, bahawa pengharaman nikah sejenis adalah suatu bentuk kejahilan umat Islam generasi sekarang kerana ia hanya memahami doktrin agamanya yang diterima tanpa susah payah dan tiada usaha untuk menyemak semula secara kritis ke atas doktrin tersebut. Penulis tersebut kemudiannya mengaku bersikap kritis dan sangsi terhadap motif sebenar Nabi Luth ketika mengharamkan homoseksual, sebagaimana diceritakan dalam Al-Quran surat al-A’raf :80-84 dan Hud :77-82). Semuanya itu, katanya, tidak terlepas dari kepentingan peribadi Luth sendiri, yang tidak Berjaya mengahwinkan anaknya dengan dua lelaki tersebut, yang kebetulan homoseks!

Petikan dari buku ini sebagaimana berikut:

‘’Karena keinginan untuk menikahkan putrinya tidak kesampaian, tentu Luth amat kecewa. Luth kemudian menganggap kedua laki-laki tadi tidak normal. Istri Luth bisa memahami keadaan laki-laki tersebut dan berusaha menyadarkan Luth. Tapi, oleh Luth, malah dianggap istri yang melawan suami dan dianggap mendukung kedua laki-laki yang dinilai Luth tidak normal. Kenapa Luth menilai buruk terhadap kedua laki-laki yang kebetulan homo tersebut? Sejauh yang saya tahu, al-Quran tidak memberi jawaban yang jelas. Tetapi kebencian Luth terhadap kaum homo di samping karena faktor kecewa karena tidak berhasil menikahkan kedua putrinya juga karena anggapan Luth yang salah terhadap kaum homo.” (hal.39)

Sejak kecil, anak-anak kita sudah diajar untuk menghafal dan memahami rukun iman. Salah satu daripadanya ialah beriman kepada Nabi dan Rasul, termasuk juga sifat-sifat wajib yang dimiliki oleh para nabi. Bahawa para Nabi itu merupakan orang yang jujur, amanah, cerdik, dan menyampaikan risalah kenabian. Mereka juga bersifat ma’sum, terjaga dari kesalahan. Tetapi, dengan kaedah pemahaman sejarah secara kritis ala hermeneutika mode ini, semua itu boleh dilanggar. Kisah Nabi Luth, misalnya, dianalisa secara sembrono oleh anak-anak IAIN ini. Dan hasilnya, Nabi Luth digambarkan sebagai peribadi yang emosional dan tolol.

Seterusnya dimuatkan di dalam buku ini:

“Luth yang mengecam orientasi seksual sesama jenis mengajak orang-orang di kampungnya untuk tidak mencintai sesama jenis. Tetapi ajakan Luth ini tak digubris mereka. Berangkat dari kekecewaan inilah kemudian kisah bencana alam itu direkayasa. Istri Luth, seperti cerita Al-Quran, ikut jadi korban. Dalam Al-Quran maupun Injil, homoseksual dianggap sebagai faktor utama penyebab dihancurkannya kaum Luth, tapi ini perlu dikritisi… saya menilai bencana alam tersebut ya bencana alam biasa sebagaimana gempa yang terjadi di beberapa wilayah sekarang. Namun karena pola pikir masyarakat dulu sangat tradisional dan mistis lantas bencana alam tadi dihubung-hubungkan dengan kaum Luth…. ini tidak rasional dan terkesan mengada-ada. Masa’, hanya faktor ada orang yang homo, kemudian terjadi bencana alam. Sementara kita lihat sekarang, di Belanda dan Belgia misalnya, banyak orang homo nikah formal… tapi kok tidak ada bencana apa-apa.” (hal. 41-42).

Penafsiran budak-budak IAIN ini sangat liar, karena ia tidak menggunakan metodologi tafsir yang benar. Di samping ayat-ayat Al-Quran, sepatutnya, dia juga menyemak berbagai hadis Nabi Muhammad s.a.w, pendapat sahabat dan ulama Islam yang terkemuka tentang perlakuan homoseksual ini. Tapi, mungkin, si anak ini sudah terlalu kurang ajar dan tidak lagi mempunyai adab untuk mengakui kesalehan dan kecerdikan para Nabi, termasuk para sahabat Nabi. Pada catatan yang lalu, kita sudah memahami, bagaimana mereka mencaci-maki sahabat Nabi sekehendak hati.

Dengan sedikit bekal ilmu syariah yang dimilikinya, si penulis berani ‘berijtihad’ membuat hukum baru dalam Islam, dengan terang-terang menghalalkan perkahwinan sesama sejenis. Dia berpendapat, oleh kerana tidak ada larangan perkahwinan sesama sejenis di dalam Al-Quran, maka perkahwinan tersebut dibolehkan. Dia mendakwa bahawa dia menggunakan kaedah fiqhiyyah, “’adamulhukmi huwa al-hukm” (tidak adanya hukum menunjukkan hukum itu sendiri).

Logik yang digunakan oleh anak IAIN ini jelas sangat tidak berasas dan keliru. Di dalam Al-Quran juga tidak ada larangan kahwin dengan anjing, babi, atau monyet. Dengan logik yang sama, bermakna pelajar-pelajar Fakulti Syariah IAIN Semarang itu juga boleh menikahi anjing, babi, atau monyet. Kita tunggu mungkin sekejap lagi, mereka akan mengeluarkan buku “Indahnya Menikah dengan Monyet”. Bukankah monyet juga mempunyai Hak Asasi untuk berkahwin dengan mahasiswa Syariah IAIN Semarang itu?

Tentang Kisah Luth sendiri, Al-Quran sudah memberikan gambaran jelas bagaimana terkutuknya kaum Nabi Luth pengamal homoseksual ini.

“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun sebelum kamu. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan syahwat, bukan kepada wanita; malah kamu ini kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri. Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu.” (QSAl-A’raf:80-84).

Para mufassir Al-Quran sejak beratus tahun dahulu tidak ada yang berpendapat seperti anak-anak hingusan yang berlagak menjadi mujtahid besar di abad ini; walaupun baru belajar di peringkat ijazah pertama di Fakulti Syariah IAIN Semarang itu. Orang yang memahami bahasa Arab tidak akan keliru dalam menafsirkan ayat tersebut. Adalah jelas bahawa kaum Nabi Luth adalah kaum yang berdosa kerana megamalkan tabiat homoseksual. Hukuman yang diberikan kepada mereka, pun dijelaskan, sebagai satu bentuk siksaan Allah, bukan sebagai bencana alam biasa. Tidak ada sama sekali penjelasan bahwa Nabi Luth berdendam kepada kaumnya kerana tidak mahu mengahwini kedua anak perempuannya. Tafsir “homo” ala anak IAIN Semarang yang menghina Nabi Luth itu adalah sebuah fiksyen intelektual untuk memaksakan pemahamannya yang menyokong homoseksual.

Dalam agama Islam mahupun Kristian, sehingga hari ini, amalan homoseksual tetap dipandang sebagai perlakuan maksiat dan hina. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Siapa sahaja yang menemukan pria pelaku homoseks, maka bunuhlah pelakunya tersebut.” (HR Abu Dawud, at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah, al-Hakim, dan al-Baihaki). Imam Syafii berpendapat, bahawa pengamal homoseks hendaklah direjam (dilempar dengan batu sehingga mati) tanpa membezakan apakah dia masih bujang atau sudah berkahwin. Dalam ucapannya pada malam Tahun Baru 2006, Paus Benediktus XVI juga menegaskan kembali tentang hinanya amalan homoseksual.

Gerakan untuk menghalalkan tabiat homoseksual yang dilakukan para mahasiswa Fakulti Syariah IAIN Semarang – dan mendapat mandat dari Institusinya– merupakan fenomena baru dalam gerakan untuk menghalalkan amalan homoseksualdi Indonesia. Di seluruh dunia Islam lain tidak pernah wujud gerakan seperti ini. Hal semacam ini adalah sesuatu perkara yang tidak pernah terlintas difikiran sebelum ini; dan anehnya gerakan menghalalkan satu tindakan hina yang selama ribuan tahun dikutuk oleh agama muncul di kalangan Fakulti Syariah Pengajian Tinggi Islam.

Tentulah, gerakan homoseksual dari lingkungan kampus Islam, merupakan tindakan kemungkaran yang jauh lebih bahaya dari gerakan menghalalkan homoseks yang selama ini sudah giat dilancarkan oleh kaum homoseksual sendiri.

Dalam catatan penutup buku ini dimuat tulisan berjudul “Homoseksualiti dan Pernikahan Gay: Suara dari IAIN”. Penulisnya, mengaku bernama Mumu, menulis, “Ya, kita tentu menyambut gembira usaha yang dilakukan oleh Fakulti Syariah IAIN Walisongo tersebut.”

Juga dicatat: “Hanya orang primitif saja yang melihat perkahwinan sejenis sebagai sesuatu yang abnormal dan berbahaya. Bagi kami, tiada alasan kuat bagi siapapun dengan dalih apapun, untuk melarang perkawinan sejenis. Sebab, Tuhan pun sudah maklum, bahawa projeknya menciptakan manusia sudah berhasil bahkan kebablasan.”

Membaca buku ini, kita tertanya-tanya, sudah begitu bobrokkah institusi pendidikan tinggi Islam kita? Sehingga sebuah Fakulti Syariah IAIN menjadi sarang gerakan legalisasi tindakan tidak bermoral yang jelas-jelas hina dan bertentangan dengan ajaran agama? Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *