Home / darulkautsar.net / Pemurnian Aqidah / ISLAM LIBERAL / KES PENGHINAAN LAFAZ “ALLAH”, SENAT IAIN TUNGGU KEPUTUSAN DEPARTMEN AGAMA
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

KES PENGHINAAN LAFAZ “ALLAH”, SENAT IAIN TUNGGU KEPUTUSAN DEPARTMEN AGAMA

UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG PEMIKIRAN INI DAN KESANNYA DI INDONESIA SILA LAYARI WEBSITE BERIKUT: http://www.insistnet.com/ DAN http://www.hidayatullah.com/

Rektor IAIN Sunan Ampel Surabaya hanya menjatuhkan hukuman penggantungan 6 bulan terhadap seorang pensyarahnya yang terbukti memijak lafaz “Allah”. Banyak pihak meminta hukuman yang lebih berat dijatuhkan.

Hidayatullah.com – Walaupun keputusan mensyuarat Senat IAIN, mencadangkan penggantungan selama 6 bulan, namun keputusan tindakan menghina agama di kampus itu masih menunggu keputusan akhir dari Departmen Agama Pusat, Jakarta. Ini disebabkan keputusan penggantungan itu masih lagi bersifat ‘cadangan’ . Demikian kenyataan dari Sdr Luqman, salah seorang kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar IAIN Sunan Ampel Surabaya sebagaimana disahkan oleh hidayatullah.com, Jumaat 2hb Jun lepas.

Sebagaimana diketahui, pihak Senat IAIN Sunam Ampel Surabaya dalam SK Rektor In.03.1/HK.00.5/SK/502/P/2006 bertarikh 24 Mei 2006 telah memutuskan penggantungan selama satu semester kepada salah seorang pensyarahnya kerana melakukan perbuatan menghina agama.

Pensyarah tersebut, Sulhawi Ruba (51), digantungkan perkhidmatannya selama satu semester atau sekitar enam bulan bermula 24 Mei 2006 . Keputusan persidangan Senat ini diumumkan setelah mendapati Sulhawi bersalah dengan tuduhan melakukan penghinaan agama.

Ditanya mengenai apakah tindakan lanjut dari insiden penghinaan agama yang berlaku di institusinya, Prof. Dr. Ahmad Zahro, MA, Pengarah Pengajian Lepasan Ijazah IAIN menyatakan, penggantungan selama satu semester sudah mencukupi untuk membuktikan Istitusi tersebut mengambil tanggungjawab di atas insiden tersebut.

“Umat Islam sepatutnya memaafkannya dan tentang pemikirannya, biarlah Allah yang menentukannya” ujarnya ketika ditemui hidayatullah.com.

Memijak kertas bertulis kalimat “Allah”

Pelajar-pelajar kepada Sulhawi Ruba, pensyarah Fakulti Dakwah IAIN Sunan Ampel Surabaya melaporkan kejadian memijak kertas yang bertulis kalimat Allah kepada pihak Senat kerana dianggap melakukan penghinaan terhadap agama Islam

Peristiwa ini berlaku semasa dia menyampaikan kuliah pada 5hb Mei 2006 lalu. Semasa kuliah Sejarah Peradaban Islam (SPI), dia menerangkan bahawa kedudukan Al-Qur’an adalah sama seperti hasil budaya manusia. “Sebagai budaya, kedudukan Al-Qur’an tidak berbeza dengan rumput” ujarnya.

Tidak cukup dengan itu, untuk menjelaskan pendapat dan pemikirannya, dia kemudian menuliskan lafaz “Allah” dengan tulisan arab di atas sekeping kertas, lalu memijaknya dengan kasut. “Al-Qur’an dianggap suci hanya pada hakikatnya, tetapi tulisannya tidaklah suci,” katanya ketika memijak lafaz tersebut.

Peristiwa ini segera mendapat kecaman dan kritikan . Banyak pihak berpendapat kes seperti itu tidak cukup ditangani dengan hanya hukuman penggantungan. Selain dari itu, peristiwa ini seakan mengesahkan pendapat masyarakat akhir-akhir ini tentang IAIN atau UIN yang dianggap banyak melahirkan pendokong pemikiran Islam liberalisma dan pluralis. [ashar/cha].

Petikan dengan ubahsuai dari www.hidayatullah.com

Check Also

KETIKA AL-QURAN DIINJAK LAGI

Oleh: Dr. Adian Husaini UMAT Islam Indonesia kembali digemparkan dengan kejadian pelecehan terhadap Kitab Suci …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *