Home / darulkautsar.net / Pemurnian Aqidah / ISLAM LIBERAL / FAHAMAN PLURALISME MULA MENULAR KALANGAN GOLONGAN TERPELAJAR – MUFTI
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

FAHAMAN PLURALISME MULA MENULAR KALANGAN GOLONGAN TERPELAJAR – MUFTI

IPOH 12 Jun – Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, bibit-bibit fahaman pluralisme iaitu melihat semua agama adalah sama kini mula menular di kalangan golongan terpelajar di negara ini.

Menurutnya, fahaman itu ada kaitannya dengan fahaman liberalisme yang memberi kebebasantanpa sekatan kepada individu dalam ekonomi, politik, perundangan dan sosial.

Beliau bimbang sekiranya perkara itu tidak diberi perhatian sewajarnya, ia akan membarah dan merosakkan hidup umat Islam.

“Masyarakat dari segenap peringkat, daripada penggubal dasar sehingga rakyat jelata perlu faham dan mengetahui bahawa gagasan Islam liberal dan pluralisme ini sebenaya sangat asing daripada kesejatian ajaran Islam itu sendiri,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Muzakarah Ulama 2006 di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Rizwan di sini hari ini.

Muzakarah yang diadakan sempena ulang tahun keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shahyang ke-78 dirasmikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Harussani berkata, isu poligami, ketentuan sistem faraid, gagasan agar al-Quran dinilai dan diolah semula, penubuhan Suruhanjaya Antara Agama serta tuntutannya dan desakan menggugurkan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan merupakan antara isu yang boleh dikaitkan dengan kedua-dua fahaman itu.

Menurutnya, dua tokoh yang amat berpengalaman menghadapi isu kedua-dua fahaman itu mengakui apa yang berlaku hari ini di Malaysia merupakan fenomena yang telah berlaku di Indonesia 30 tahun dahulu.

“Jika ia tidak dikekang nescaya akan merebak dan sukar dikawal lagi. Terjahan serangan pemikiran ini mesti dihadapi dengan berani, berhikmah dan penuh strategi,” katanya.

Para peserta muzakarah yang dijemput terdiri daripada para penggubal dasar dari Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Perak, mufti seluruh Malaysia, pegawaia gama dari Jabatan Agama Islam seluruh negara, ahli Majlis Agama seluruh Malaysia, ahli akademik dan badan bukan kerajaan (NGO).

Sumber- Utusan Malaysia (13 Jun 2006 )

Check Also

KETIKA AL-QURAN DIINJAK LAGI

Oleh: Dr. Adian Husaini UMAT Islam Indonesia kembali digemparkan dengan kejadian pelecehan terhadap Kitab Suci …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *