Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

ORIENTALISMA

 

Ta’rif

Orientalisma adalah gagasan pemikiran yang mencerminkan berbagai kajian tentang negara-negara timur Islam. Objek kajiannya meliputi peradaban, agama, seni, sastera, bahasa dan kebudayaannya. Gagasan pemikiran ini telah memberikan kesan yang besar dalam membentuk persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Caranya ialah dengan menyebarkan kemunduran cara berfikir dunia Islam dalam pertarungan peradaban antara Timur (Islam) dengan Barat.

Sejarah Kemuculan Dan Tokoh-Tokohnya

1. Awal Kemunculannya

Amat sukar untuk menentukan secara pasti bilakah munculnya Orientalisma. Sebahagian ahli sejarah berkecenderungan mengatakan bahawa Orientalisma bermula dari zaman Daulah Islamiyah di Andalusia (Sepanyol). Sedangkan sebahagian ahli sejarah yang lain mengatakan ia muncul ketika terjadi Perang Salib.

Orientalisma Ketuhanan (Lahuti) sudah wujud secara rasmi sejak dikeluarkan keputusan Perundingan Gereja Viena tahun 1312 M dengan memasukkan subjek bahasa Arab ke berbagai Universiti di Eropah.

Orientalisma muncul di Eropah hanya pada penghujung abad ke 18M di mana pertama kali muncul di England pada tahun 1779 M, di Perancisp ada tahun 1799 dan dimasukkan ke dalam Kamus Akademi Perancis pada tahun 1838.

Gerbert de Oraliac (938—1003 M), seorang paderi Venezia, pergi ke Andalusia. Di sana ia belajar dengan seorang profesor. Setelah kembali ke tanah air, dia dipilih sebagai Paderi Agung dengan gelaran Silvester II (999—1003) M. Beliau merupakan Paus yang pertama dari Perancis.

Tahun 1130 M, Ketua Paderi Toledo menterjemahkan beberapa buku ilmiah berbahasa Arab. Kemudiannya langkah ini diikuti oleh Gerard de Cremona (1114—1187M) dari Itali. Dia telah pergi ke Toledo dan menterjemahkan buku-buku yang tidak kurang dari 87 judul di bidang falsafah, kedoktoran, astronomi dangeologi.

Di Perancis, Pierre le Venerable (1094-1156), seorang paderi Venezia dan Kepala Biarawan Cluny, menubuhkan kumpulan penterjemah. Tujuannya ialah untuk memperolehi ilmu dan pengetahuan secara objektif tentang Islam. Dia sendiri adalah orang pertama yang menterjemahkan al-Qur’an ke dalam bahasa Latin (1143 M). Manakala penterjemahan al-Qur’an ke dalam bahasa Inggeris dilakukan pertama kali oleh Robert of Ketton.

Juan de Sevilla, seorang Yahudi yang memeluk agama Kristian, muncul pada pertengahan abad ke-12 dan memberi perhatian dalam bidang astronomi. Ia telah menterjemah 4 buah buku berbahasa Arab karya Abu Ma’syar al-Balkhi (1133 M). Tugas penterjemahannya dibantu oleh Adelard.

Roger Bacon (1214—1294 M), dari England. Menuntut ilmu di Oxford danP aris dan mendapat gelaran doktor di bidang Theologi. Ia menterjemahkan buku berbahasa Arab berjudul ‘Mir’atal-Kimia’ dalam tahun 1251 M

2. Orientalis-orientalis yang Objektif (tidak berat sebelah)

Hardrian Roland (meninggal pada tahun 1718 M), adalah professor bahasa-bahasa Timur di Universiti Utrecht, Belanda. Ia menulis buku “Muhammadanism” dalam bahasa Latin sebanyak dua jilid (1705 M). Gereja-gereja di Eropah telah mengharamkan buku tersebut.

Johann J. Reiske (1716—1774 M), seorang orientalis Jerman pertama yang patut dikenang. Ia dituduh murtad (atheis) kerana sikapnya yang adil terhadap Islam. Ia hidup menderita dan mati karena sakit paru-paru. Ia sangat berjasa dalam memperkenalkan dan mengembangkan pengajian Bahasa Arab di Jerman.

Silvestre de Sacy (meninggal 1838 M), seorang orientalis yang memberi tumpuan kepada sastera dan nahu Arab. Ia mengelak dari terlibat dalam pengkajian tentang agama Islam. Ia juga sangat berjasa dalam menjadikan Paris sebagai pusat pengkajian Islam. Salah seorang yang pernah berurusan dengan beliau ialah Syaikh Rifa’ah Thanthawi.

Thomas Arnold (1864-1930 M) dari England. Bukunya yang berjudul ‘Preaching in Islam’ telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki, Urdu dan Arab.

Gustav le Bon, dikenal sebagai orientalis dan ahli falsafah materialisma. Ia tidak percaya kepada agama. Pada umumnya kajian dan buku-bukunya menyentuh tentang peradaban Islam. Disebabkan hasil kajian-kajiannya beliau tidak dipedulikan malah dibenci oleh orang Barat.

Z. Honke dianggap tidak berat sebelah kerana buku-bukunya yang objektif yang memperkenalkan pengaruh peradaban Arab terhadap Barat. Di antara bukunya yang termasyhur ialah ‘Matahari Arab Bersinar di Barat’.

Jack Burke, Anne Marie Simmel ,Thomas Garlyle, Renier Ginaut, Dr.Granier dan Gocthe adalah orientalis-orientalis yang tergolong sederhana.

3. Orientalis Fanatik (Melampau)

Goldziher (1850—1920 M), orientalis berketurunan Yahudi, penulis buku “Sejarah Aliran-aliran Tafsir dalam Islam”, adalah tokoh Pengajian Islam di Eropah. Ketokohan dan juga kefanatikannya tidak dapat dipertikaikan

J.Maynard, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini termasuk salah seorang Pengarang Majalah ‘Islamic Studies’.

S.M. Zwemer, orientalis dan pendawah Kristian , adalah pengasas majalah ‘Islamic World’ di Amerika. Di antara bukunya yang bernada fitnah ialah ‘Islam Memasung Aqidah’, terbit tahun 1908 M dan ‘Al-Islam’ yang merupakan kumpulan makalah yang disampaikan dalam Persidangan Kristianisasi II pada tahun 1911 M di Lucknow, India.

G. Von Grunebaum, seorang Yahudi berbangsa Jerman yang pernah belajar di universiti-universiti Amerika. Tulisannya antara lain ialah ‘Upacara-upacara Agama Muhammad’, terbit tahun 1951 M dan ‘Beberapa Kajian Tentang Sejarah Kebudayaan Islam’ terbit pada tahun 1954 M.

A.J. Wensinek adalah orientalis yang sangat memusuhi Islam. Bukunya yang berjudul ‘Aqidah Islam’ yang diterbitkan dalam tahun 1932, mengandungi banyak kecaman terhadap Islam.

K.Cragg, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini menulis buku ‘Da’wah dan Menara Azan’ yang diterbitkan pada tahun 1956 M.

L. Massignon, pendakwah Kristian berbangsa Perancis, pernah menjadi penasihat kepada Departmen Jajahan Perancis Berkenaan Afrika Selatan. Bukunya yang terkenal ialah ‘Hallaj; Shufi yang Syahid dalam Islam’, terbit pada tahun 1922 M.

D.B. MacDonald orientalis dan pendakwah Kristian berbangsa Amerika ialah seorang yang terkenal fanatik. Ia menulis buku ‘Perkembangan Ilmu Kalam’, ‘Fiqh dan Teori Undang-Undang Negara’, terbit pada tahun 1930 M, dan buku ‘Sikap Agama Terhadap Kehidupan Menurut Islam’, terbit pada tahun 1908 M.

M. Green, setiausaha kepada Sidang Pengarang Majalah Timur Tengah.

D.S. Margoliouth (1885—1940 M), orientalis berbangsa Inggeris yang sangat fanatik ini pernah mendidik dan mengasuh Thaha Husain dan Ahmad Amin . Buku-bukunya antara lain:

– Perkembangan Baru dalam Islam, terbit pada tahun 1913 M.

– Muhammad Menjelang Kelahiran Islam, terbit pada tahun 1905 M.

– Universiti Islam, terbit pada tahun 1912 M.

A.J. Arberry, adalah orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam.

Bukunya terkenal antara lain;

– Islam Dewasa Ini, terbit tahun 1943 M.

– Tashawwuf, terbit pada tahun1950 M.

Baron Carra de Vaux adalah Orientalis Perancis yang sangat fanatik dan termasuk salah seorang tokoh penting Sidang Pengarang Ensiklopedia Islam.

H.A.R. Gibb (1895—1965 M), orientalis berbangsa Inggeris penulis buku ‘Mohammedanism’, diterbitkan dalam tahun 1947 M dan ‘Aliran-aliran Moden dalam Islam’ yang diterbitkan juga dalam tahun 1947 M.

R.A. Nicholson, orientalis berbangsa Inggeris yang menolak aspek kerohanian Islam. la menganggap Islam sebagai agama materialistik dan tidak mengakui keluhuran manusia. Bukunya yang terkenal ialah “Shufi-Shufi Islam” ( 1910 M) dan “Sejarah Kesusastraan Arab” ( 1930 M )

Henry Lammens (1872—1937M), orientalis fanatik yang menulis buku‘Al-Islam’ dan ‘Tha’if’. Dia juga salah seorang sidang pengarang Ensiklopedia Islam.

J. Schacht, terkenal sebagai orientalis Jerman yang sangat fanatik memusuhi Islam. Penulis buku ‘Ushul Fiqh Islam’.

Blacherc yang pernah bekerja untuk Kementerian Luar Negara Perancis sebagai staf untuk urusan Arab dan umat Islam.

Alfred Guillaume orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam, penulis buku AI-Islam.

Pemikiran Dan Doktrin-Doktrinnya

Pertama: Faktor-faktor munculnya Orientalisme

1. Faktor Agama

Faktor inilah yang menjadi asas kepada kemunculan dan pertumbuhan orientalisma yang berlangsung begitu lama. Sasarannya antara lain ialah :

a. Menimbulkan keraguan ke ataskerasulan Muhammad s.a.w dan menganggap hadis Nabi sebagai amalperbuatan ummat Islam (bukannya daripada nabi) selama tiga abad pertama.

b. Menimbulkan keraguan terhadap kebenaran al-Qur’an dan memutar belitnnya.

c. Memperkecil nilai fiqh Islam dan menganggapnya sebagai saduran dari hukum Romawi.

d. Menganaktirikan bahasa Arab dan menjauhkannya dari ilmu pengetahuan yang semakin berkembang.

e. Memperkenalkan teori bahwa Islam adalah berasal dari agama Yahudi dan Nasrani

f. Mengkristiankan ummat Islam.

g. Menggunakan hadis-hadis dha’if dan maudhu’ untuk menyokong pendapatnya dan mengembangkan teorinya.

2. Faktor ekonomi dan penjajahan

Institusi-institusi kewangan, industri-industri mega dan pihak pemerintah sendiri telah mengeluarkan banyak modal untuk kajian-kajian bagi mengenalpasti keadaan negara-negara Islam dengan lebih mendalam. Kajian tersebut sangat digalakkan terutamanya pada masa sebelum penjajahan Barat dalam abad 19 dan 20 M.

3. Faktor politik

a. Melemahkan semangat ukhuwah Islamiyah dan memecah-belahkan ummat untuk membolehkan mereka (orang-orang Islam) dikuasai

b. Menghidupkan bahasa Arab ‘amiyyah (bahasa pasar) dan mengubah adat istiadat yang diamalkan.

c. Para pegawai di negara-negara Islam diarahkan untuk mempelajari bahasa asing (iaitu bahasa penjajah) agar memahami kebudayaan dan agama penjajah. Tujuannya agar mereka mudah dipengaruhi dan dikuasai.

4. Faktor keilmuan

a. Sebagian orientalis ada yang mengarahkan kajian dan analisanya semata-mata untuk menambah ilmu dan pengetahuan. Sebagian mereka ada yang memahami asas-asas dan roh Islam malah ada yang memeluk Islam, seperti Thomas Arnold yang mempunyai peranan yang besar dalam menyedarkan kaum muslimin dengan bukunya ‘The Preaching in Islam’, dan Dinet yang telah memeluk Islam dan tinggal di Algeria. la menulis, buku Sinar Khusus Cahaya Islam. Ia meninggal di Perancis dan dikebumikan di Algeria.

Kedua: Karya-karya Orientalis yang Penting

1. Sejarah Kesusasteraan Arab, Carl Brockelmann (meninggal 1956 M).

2. Ensiklopedia Islam, cetakan pertama terbit dalam bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman, antara tahun 1913—1938M. Sedangkan cetakan berikutnya diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Perancis saja, 1945—1977 M.

3. Mu’jam Mufahras li Alfazhi al-Hadits, sebuah kamus untuk mencari lafaz-lafaz hadits. Mu’jam ini mencakup Kitab Sunan Sittah, kumpulan hadits yang terhimpun dalam kitab yang enam, ditambah dengan Musnad Darimi, Muwaththa’ Imam Malik, Musnad Ahmad bin Hanbal. Mu’jam ini terdiri daripada tujuh jilid dan beredar sejak tahun 1936 M sampai sekarang.

Ketiga: Persidangan dan Organisasi

Pada tahun 1873 telah diadakan persidangan orientalis pertama di Paris. Setelah itu banyak kali persidangan-persidangan seumpamanya diadakan. Setakat ini tidak kurang dari 30 kali persidangan di peringkat antarabangsa dianjurkan. Ini tidak termasuk sesi perbincangan, seminar dan pertemuan-pertemuan di peringkat serantau, seperti Persidangan Orientalis Jerman yang dianjurkan di Bandar Dresden, Jerman Barat, pada tahun 1849 M. Sampai sekarang persidangan-persidangan seperti itu masih tetap berjalan.

Dalam persidangan-persidangan seperti ini disertai beratus cendikiawan orientalis. Misalnya, Persidangan Oxford yang dihadiri tidak kurang dari 900 cendikiawan dari 25 negara, 80 universiti dan 69 institusi ilmiah.

Kegiatannya ditaja oleh institusi-institusi orientalisma, seperti Institut Asiatik di Perancis, ditubuhkan dalam tahun 1822 M. Lembaga Hak Milik Asia di England, ditubuhkan dalam tahun 1823 M, Institut Orientalisma Amerika, ditubuhkan pada tahun 1842 M dan Institute Orientalisma Jerman, didirikan tahun 1845 M.

Keempat: Majalah-majalah Orientalis

Mereka menerbitkan majalah dan mempunyai banyak gedung-gedung penerbitan. Lebih dari 300 majalah yang beraneka ragam dan dalam berbagai bahasa diterbitkan, antara lain;

1. “The Muslim World”, diasaskan oleh Samuel Zwemer (meninggal tahun 1952M) di England. Dalam tahun 1911 M ia menjadi Ketua Gerakan Kristianisasi di Timur Tengah.

2. “Mir Islama” terbit di Petersburg pada tahun 1912 M. Tapi majalah ini tidak berumur panjang.

3. Sumber Air Timur, diterbitkan di Wina, 1809-1818 M.

4. “Islam”, terbit di Paris, pada tahun 1895 M. Kemudian dalam tahun 1906 M ditukar nama kepada ‘Islamic World’. Majalah ini diterbitkan oleh Missi Ilmiah Perancis di Morocco. Akhir sekali, namanya ditukar menjadi majalah “Islamic Studies”.

5. Tahun 1910 M di Jerman terbit sebuah majalah berbahasa Jerman, “DerIslam”.

Kelima: Orientalisma Adalah Abdi kepada Penjajah

Heinrich Becker (meninggal tahun 1933 M) adalah yang bertanggungjawab menubuhkan majalah “Islam” di Jerman. Ia melakukan kajian tentang Timur untuk kepentingan penjajah di Afrika.

Barthold (meninggal tahun 1930 M), pengasas majalah “The Muslim World Rusia”, yang telah menjalankan kajian untuk menjaga kepentingan Rusia di Asia Tengah.

Snouck Horgronje dari Belanda (1857—1936) pernah menziarahi Mekah pada tahun 1884 dengan nama Abdulghaffar. Ia tinggal di Mekah selama lebih kurang setengah tahun. Kemudian dia kembali ke Belanda dengan laporan-laporan untuk kepentingan penjajahan di dunia Islam bahagian Timur. Sebelumnya ia pernah tinggal di Indonesia selama 17 tahun.

Institut bahasa-bahasa Timur di Paris, ditubuhkan dalam tahun 1885 M, bertugas sebagai pengumpul data dan maklumat tentang negara-negara Timur dan Timur Jauh untuk memudahkan penjajah mengukuhkan cengkamannya di kawasan-kawasan tersebut.

Keenam: Pemikiran-pemikiran Orientalisma yang Sangat Merbahaya

George Sale, dalam kata pengantar terjemahan al-Qur’annya (1736 M), menyatakan bahawa al-Qur’an adalah produk dan karangan Muhammad. Ini, katanya, tidak dapat dibantah.

Richard Bell menuduh Muhammad menyusun al-Qur’an berasaskan sumber dari kitab Yahudi, khususnya Perjanjian Lama dan juga dari orang-orang Nasrani.

Reinhart Dozy (Meninggal 1883 M) menganggap bahwa al-Qur’an mempunyai citarasa yang sangat buruk. Di dalamnya tidak ada yang baru, kecuali sedikit. Selain gaya bahasanya yang tidak menarik, kalimat-kalimatnya terlalu panjang dan membosankan.

Menteri urusan koloni Inggeris di dalam salah satu laporannya yang disampaikan kepada Ketua Pemerintahan 9 Januari 1938 menyatakan, “Kami telah mendapat pelajaran dari perang”

Ternyata perpaduan Islam adalah sangat berbahaya. Ianya mesti diperangi oleh kerajaan. Bukan hanya Kerajaan yang merasakan demikian, tetapi juga Perancis. Kami sangat gembira kerana Khilafah Islamiyyah telah lumpuh. Saya berharap semoga ianya tidak akan bangkit kembali.”

Saledon Amous berkata bahwa ‘Ajaran Muhammad’ hanyalah merupakan ciplakan undang-undang Romawi bagi sebuah kerajaan Timur, terutama dalam soal politik dan peraturan hak milik.” Ia berkata lebih lanjut, “undang-undang Muhammad tidak lain hanyalah undang-undang Justinian yang berbaju Arab.’

Ahli falsafah Perancis Eest Renan berkata, “Falsafah Arab adalah falsafah Yunani yang ditulis dalam bahasa Arab.”

Sedangkan Louis Massignon, seorang tokoh perosak, menganjurkan agar bahasa Arab ditulis dengan huruf latin dan menggalakkan penggunaan bahasa ‘Amiyyah.

Catatan

Walaupun demikian, para orientalis cukup berjasa dalam menggali buku-buku warisan Islam dan disebarkannya setelah ditahqiq dan disistematikkan.

Banyak di antara mereka yang memiliki kaedah-kaedah ilmiah yang sangat berguna dalam menjalankan kajian.

Sebahagian mereka ada juga yang memiliki kesabaran, ketekunan dan ketelitian dalam mentahqiq, menyaring dan menganalisa bahan-bahan dan masalah-masalah.

Seorang Muslim hendaknya bersikap kritis dalam menelaah karya-karya mereka, serta berhati-hati terhadap hal-hal yang sesat dan menyimpang. Seorang Muslim hendaklah membuang yang salah atau membongkar kesalahannya kemudian dilakukan penolakan. “Hikmah adalah barang hilang milik kaum muslimin. Di mana saja ia ditemukan, kaum muslimin berhak memilikinya.”

Asas Pemikiran Dan Sifat Ideologinya

Sebenarya orientalisme adalah hasil pergeseran yang terjadi antara Timur yang Islam danBarat yang Nashrani pada masa Perang Salib dengan melalui delegasi-delegasi resmi ataupun melalui perjalanan-perjalanan.

Pendorong utamanya ialah ajaran Nasrani yang bercita-cita menghancurkan Islam dari dalam dengan cara tipu daya dan pembelotan. Tetapi pada akhir-akhir ini, orientalisme nampaknya mula cuba melepaskan diri dari belenggu tersebut dan beralih mendekati semangat ilmiah.

Penyebaran Dan Kawasan Pengaruhnya

Barat merupakan medan gerakan kaum orientalis. Mereka terdiri daripada orang-orang Jerman, Inggeris, Perancis, Belanda dan Hungari. Sebahagiannya muncul di Itali dan Sepanyol. Sekarang, Amerika merupakan pusat orientalis yang terkemuka. Di sana banyak terdapat pusat-pusat orientalisme dan pengkajian Islam.

Pemerintah, lembaga-lembaga ekonomi, yayasan dan bahkan gereja tidak putus-putus menyediakan dana untuk kepentingan orientalisma. Selain mengeluarkan dana kewangan dan penajan, mereka juga menyediakan kemudahan untuk pengkajian tentang Islam di universiti-universiti sehingga jumlah orientalis mecapai ribuan orang.

Gerakan orientalisme diciptakan untuk mengabdi kepada penjajahan dan gerakan Kristianisasi. Akhir-akhir ini gerakan ini dimanfaatkan kaum Yahudi dan Zionisme untuk kepentingannya dalam rangka melumpuhkan Timur yang Islami dan mengukuhkan cengkamannya, baik langsung ataupun tidak langsung.

Saringan dari “Ensaiklopedia Gerakan Keagamaan dan Pemikiran” dari www.al-ahkam.net

Check Also

Benarkah Nabi Isa Disalib?

SIRI DIALOG BERSAMA PADERI Oleh: Rashidy Jamil Muhammad Ar-Rashid (Dengan Sedikit Pindaan Oleh www.darulkautsar.net_ Katakanlah: …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *