Home / darulkautsar.net / Pemurnian Aqidah / ANCAMAN KRISTIANISASI / MUBALIGH KRISTIAN MENYERANG DUNIA ISLAM
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

MUBALIGH KRISTIAN MENYERANG DUNIA ISLAM

Sheikh Salman Al-Awdah
(Disaring oleh www.darulkautsar.net dari ceramah oleh Sheikh Salman Al-Awdah pada hari Isnin, 12hb Safar 1413)

Missionary Tactics Against Islam

Mula-mula marilah kita bincang tentang beberapa cara baru yang digunakan oleh mubaligh Krisitian yang digunakan untuk meyebarkan ajaran Kristian di kalangan orang Islam. Mereka menggunakan cara baru ini kerana terbukti cara lama tidak lagi berkesan. Di antara sebab kurang berkesannya cara lama ini ialah kerana perbezaan yang terlalu besar di antara prinsip Kristian dan Islam seperti prinsip “trinity” dan penyaliban serta nabi Isa a.s. naik ke langit.

Di antara cara-cara baru tersebut ialah:-

1. Meniru dan menipu

Banyak buku telah ditulis khas untuk bacaan orang-orang Islam dengan mengambilkira prinsip-prinsip, kepercayaan dan idea orang Islam. Sebuah buku bertajuk “Shahadat Al-Quran” telah diedarkan ke negara-negara Islam termasuk Arab Saudi. Buku ini diambil dari buku “The Lord Is One” yang ditulis oleh Zakaria Boutros. Buku ini membincangkan tentang persamaan aqidah di antara Islam dan Kristian. Penulis memetik ayat Quran yang merujuk nabi Isa a,s sebagai nabi, ‘kalimah’ dan roh. Mereka mendakwa inilah asas kepada konsep “Trinity” dalam Kristian. Hakikatnya, ini adalah pentafsiran yang salah malah ianya satu penipuan. Perhatikan, Allah berfirman bahawa Dia meniupkan roh kepada Adam, Allah bercakap-cakap dengan nabi Musa, Daud, Ibrahim, Adam dan Nabi Muhammad dan tidak hanya dengan nabi Isa. Teori ‘Trinity’ Kristian ini adalah hanyalah bersandarkan kepada bilangan perkara yang disebut dalam ayat-ayat al-Quran adalah ‘tiga perkara’, Semata-mata kerana bilangan perkara yang disebut adlah tiga perkara, bukan maksud apa yang disebutkanNya!. Mereka mendakwa ungkapan “Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang” menunjukkan tuhan itu adalah tiga! Bukan satu! Penipuan ini adalah lebih dahsyat dari yang sebelumnya. Mereka lupa Allah ada 99 nama yang kita ketahui dan lebih banyak lagi nama yang Allah berjanji akan beritahu kepada Nabi Muhammad di hari kiamat kelak.

2) Membina gereja yang bentuknya hampir sama dengan masjid.

Orang Islam merasa keberatan untuk memasuki gereja kerana bentuknya yang asing dari yang biasa mereka lihat, mereka juga tidak selesa berada di dalamnya. Oleh itu pihak Kristian ini, mengubahsuai struktur dan hiasan dalaman gereja ini supaya nampak seperti masjid; dan mereka duduk di atas lantai dan bersaf-saf seperti orang Islam bersembahyang. Mereka mengadakan pengajian dalam bulatan seperti majlis pengajian orang Islam. Mereka membaca kitab Bible mereka dengan cara yang sama sebagiamana orang Islam membaca a;l-Quran. Mereka membandingkan Nabi Isa dalam Islam dan Nabi Isa (Jesus Christ) dalam Kristian. Mereka mengambil petikan dari kitab “Tafseer Al-Jalalleen”, dan mentafsirkan dengan salah, mereka mendakwa kitab tafsir tersebut mengatakan bahawa nabi Isa a.s. kononnya tahu bilakah hari kiamat akan berlaku, padahal bila kita rujuk kitab tersebut apa yang dimaksudkan ialah hari kiamat itu adalah dekat bila nabi Isa diturunkan! Dengan kata lain, mereka tidak malu-malu untuk menipu dan memutarbelitkan fakta. Cara ini digunakan untuk memperdaya dan memerangkap orang-orang Islam yang jahil. Sebuah buku lagi yang bernama “”Al-saleeb fi al-injeel wal-quran“, mendakwa bahawa Sheikh Al-Fakhr Al-Razi percaya bahawa nabi Isa mati di tiang salib. Tapi bila kita semak kitab Tafsir Al-Kabeer kita dapati ini adalah pembohongan besar. Sheikh Fakhurrazi sebenarnya menyalin soalan dari seorang pemuda Kristian yang bertanya benarkah nabi Isa mati di tiang Salib lalu dia menulis berhelai-helai jawapan kepada soalan tersebut, tetapi yang mereka lakukan ialah menyalin SOALAN dari pemuda Kristian tersebut dan bukannya jawapan dari Syeikh! Ini adalah satu contoh dari sekian banyak penipuan yang dillakukan oleh pihak Kristian ini.

3) Menggunakan nama-nama Islam

Mereka menggunakan nama-nama Islam, contohnya, juruhebah Kristian sebuah stesyen radio yang mengendalikan soalan-soalan dari pendengar bernama ‘Sheikh Abdullah’, rancangan radio tersebut bernama “Allahu Akbar”; Ada stesen radio yang diberi nama “”Sawt Al-‘aq”, “noor ‘ala noor”. Mereka sebenarnya boleh menggunakan nama-nama lain tetapi mereka sengaja menggunakan nama-nama Islamik untuk mengelirukan orang Islam.

4) Antara cara baru ialah sengaja menyembunyikan fakta sebenar tentang aqidah mereka, contohnya tidak memberitahu bahawa mereka percaya bahawa Nabi Isa adalah anak tuhan. Oleh kerana nabi Isa sendiri tidak menggunakan ungkapan ”anak Allah” mereka berselindung dengan menggunakan ungkapan lain seperti “roh Allah’ kerana itu lebih dekat dengan apa yang dipercayai oleh orang Islam. Mereka juga menggunakan istilah-istilah untuk ibadat atau amalan yang sama di antara kedua-dua agama seperti ‘Assalah (sembahyang)’, “assawn :(puasa), “assadaqa” (sedekah) yang bertujuan untuk memerangkap pembaca Muslim

5) Menggunakan kalimah-kalimah suci Islam seperti “Bismillahi Al-Rahmani Al-raheem”, “Jesus Alaihi assalam”, “Allah subhanah”, “Allah tabarak wa ta’ala”, menyebut gereja mereka sebagai “rumah Allah” dsb.

Malah, ada ketikanya mereka mengaku kononnya bahawa agama Islam adalah agama Allah, tetapi dalam masa yang sama agama Islam tidak memansuhkan agama Kristian. Ada sebuah buku bertajuk “deen Al-Masee’ lam Yonsakh” oleh seorang Kristian bernama Iskandar Jadid. Dia dengan sengaja menyalin dengan salah dari kitab Al-jalaleen dan mendakwa bahawa kitab tersebut menyatakan bahawa orang-orang Islam hendaklah bertanya kepada ahli kitab tentang hal-hal agama walhal yang sebenarnya Kitab Al-Jalaleen menerangkan bahawa Allah meminta orang-orang kafir meminta kepastian kepada ahli kitab bahawa Allah hanya mengutuskan rasul-rasul dari kalangan LELAKI sahaja seperti nabi Isa, Musa, Daud a.s. Allah hanya meminta mereka bertanyakan tentang hal tersebut sahaja dan bukannya perkara-perkara lain!

6) Mengalah dalam beberapa perkara untuk memenangi hati orang Islam seperti mengadakan upacara-upacara di gereja pada hari Jumaat dan bukannya pada hari Ahad untuk mengelirukan orang-orang Islam. Hal ini berlaku di Kuwait.

7) Menerima amalan poligami.

Satu perkara lucu berlaku di England, di mana dalam persidangan di antara paderi-paderi Kristian pada tahun 1409 satu perdebatan hangat telah berlaku tentang amalan poligami. Ramai di antara paderi tersebut menolak mentah-mentah amalan poligami kerana pada mereka inilah di antara senjata yang digunakan untuk menyerang Islam. Tetapi mereka dalam dilema di mana jika mereka tidak membenarkan amalan poligami, mereka akan gagal dalam misi mereka di Afrika. Menyedari hakikat ini, mereka mengambil keputusan untuk membenarkan amalan ini di Afrika sahaja! Maka kita dapati hari ini, ada paderi di Afrika yang mempunyai seramai 40 orang atau lebih isteri!

8) Mereka mendakwa ramai orang Islam telah murtad dan menganut agama Kristian dan mewar-warkannya melalui buku, keset dan lain-lain media untuk membuktikan dakwaan mereka.

Sebagai contohnya sebuah buku bertajuk “”limatha sirtu masee’iyan?” yang ditulis oleh seorang yang bernama “Sultan Muhammad Bolous”, satu nama yang pelik hasil gabungan nama Kristian dan Islam. Buku ini mendakwa penulisnya adalah bekas penganut Islam yang berasal dari Afghanistan, anak seorang ulama yang telah pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Di sana dia berdoa kepada Allah untuk menunjukkan jalan kebenaran, akhirnya, dia telah ditunjukkan jalan kebenaran dan telah memeluk agama Kristian. Selebihnya, buku ini menyerang Islam; yang jelas menunjukkan bahawa ianya ditulis oleh seorang yang berpengetahuan luas dalam agama Islam dan telah membuat penyelidikan yang rapi. Adalah amat jelas, bahawa buku ini adalah palsu dan ceritanya direka-reka. Ini adalah salah satu cara yang digunakan oleh ramai penganut Kristian dan cara ini juga digunakan oleh penganut Syiah dan juga kumpulan-kumpulan sesat yang lain yang mendakwa perkara yang (iaitu mereka yang asalnya ahli sunnah wal jamaah pergi menunaikan haji di Mekah dan kononnya mendapat ‘hidayat’ dan memeluk agama Syiah!)

Sebuah buku lain bertajuk “Sudan Rushes to God”, memaparkan cerita-cerita ramainya orang kembaili kepada agama Kristian, padahal mereka sebenarnya adalah sememangnya orang Kristian yang bergabung dengan kumpulan-kumpulan Kristian yang lain (Adden Al-Mansookh, deen Al-Kaneesah). Dalam beberapa kes mereka digambarkan sebagai asalnya penganut Islam. Kami telah menjawab perkara ini dalam risalah “In Tastafti’o faqad Ja’akom Al-Fat’u”. Hakikatnya, Sudan “berlumba-lumba” kepada Allah di mana undang-undang syariat Islam dilaksanakan berterusan dari hari ke hari. Negeri Selatan yang dikuasai tentara Kristian sedikit demi sedikit kehilangan pengaruhnya sehingga hanya tinggal satu golongan kecil yang tidak berpengaruh. (Kenyataan ini adalah sebelum pemisahan di antara Sudan Utara dan Sudan Selatan – penterjemah). Kumpulan-kumpulan etnik yang bukan beragama Islam di Selatan mula memeluk agama Islam. Sebagaimana yang dinyatakan Allah di dalam al-Quran, bila kemenangan Islam nyata, maka kamu lihat manusia berbondong-bondong memasuki Islam, mereka memuji-memuji Allah dan mengucapkan syukur dan meminta keampunan kerana Allah Maha Pengampun ( Surat al-Fath)

9) Mengambil anak-anak orang Islam dari ibubapa mereka dan membesarkan dan mendidik mereka dengan ajaran Kristian.

Contohnya, di England mereka membina asrama-asrama khas untuk kanak-kanak dan remaja di mana kanak-kanak dan remaja ini tinggal tanpa ibubapa mereka; pekerja di asrama-asrama ini boleh bercakap berbagai bahasa, yang ketaranya, ramai antara mereka yang bercakap bahasa Arab. Contoh yang lain ialah di Bosnia, kanak-kanak ini dibawa ke Perancis atau Itali di mana mereka dididik dengan ajaran Kristian; kanak-kanak yang berumur 3 bulan hingga 3 tahun yang tidak tahu apa-apa tentang agama asal mereka. Kalaupun satu hari nanti mereka tahu asal-usul mereka, mereka pastinya akan keliru dan terpesong hasil dari pendidikan yang mereka terima sepanjang hidup mereka.

10) Kurikulum Pendidikan

Di Mesir, pihak Kristian memprotes tentang ayat-ayat al-Quran dan hadis yang dimasukkan di dalam kurikulum dan meminta kerajaan Mesir mengeluarkannya. Mereka menulis berbagai artikel dalam akhbar. Anda tahu betapa cepat kerajaan Mesir bertindak? Dalam tempoh yang singkat, kurikulum itu ditukar dimana ayat-ayat al-quran dan hadith dikeluarkan dengan alasan “bahan-bahan tersebut adalah terlalu berat untuk kanak-kanak”! Bandingkan ini dengan hakikat bagaimana mereka mengajar orang-orang Islam supaya melupakan Allah dan menerima unsur-unsur kafir sepereti Nabi Isa adalah anak tuhan!

11) Mengambil kesempatan dari bencana alam.

Mereka mengambil kesempatan dari bencana alam seperti peperangan, banjir dsb. Contohnya di Sudan, bila berlaku kebuluran orang-orang Islam dipaksa untuk memilih di antara makanan atau menjadi Kristian; sekiranya mereka memilih untuk kekal dalam Islam, mereka akan dibiarkan kelaparan. Juga amat menyedihkan apabila bantuan yang sebenarnya didermakan oleh saudara-saudara seIslam tetapi diagihkan oleh pihak Kristian seperti Persatuan Palang Merah dsb. Dana-dana ini dikumpul dan dihantar oleh orang-orang Islam kita dari negara-negara Teluk dan bahagian-bahagian lain dunia untuk saudara-saudara Islam mereka di Somalia, Sudan, Afghanistan. Amat menyedihkan bila semua bantuan kepada penduduk Islam Bosnia diagihkan oleh pertubuhan-pertbuhan dari Jerman. Apakah yang anda boleh harapkan dari mereka ini? Mereka akan menggunakan dana-dana dan hasil ini untuk mengembangkan agama mereka dan menyebarkan kebencian di kalangan orang Islam. Mereka menghasut dengan mengatakan, “Kami orang Kristian datang untuk memberi makanan kepada kamu, tetapi saudara seagama kamu melupakan kamu!

12) Memudahkan syarat untuk murtad dari Islam kepada Kristian

Mereka yang murtad dari agama Islam dianggap sebagai pengkhianat dan sesuatu yang amat mengaibkan..ini ada benarnya. Kita boleh lihat mereka yang menukar agama ini dpinggirkan, mereka juga tidak merasa kepuasan sebenar selepas ajaran Kristian. Saya ingin nyatakan satu perkara iaitu tentang sebuah buku bertajuk “Al-Masi’i Al-Mubashir bayna Al-Muslimeen (Mubaligh Kristian di Kalangan Orang-orang Islam). Buku ini dicetak di Laghous, Nigeria dan diagihkan kepada semua mubaligh di sekitarnya. Buku ini menerangkan bagaimana untuk mendapatkan hasil maksima dari dakwah mereka. Buku ini mencadangkan sebagaimana berikut: “Mubaligh Kristian hendaklah mengasihi penganut baru dari kalangan orang Islam dan juga orang-orang Islam sediaada, berlaku baik dan sopan kepada mereka. Belajar tentang Islam bukan hanya untuk merosakkan ajaran mereka tetapi juga untuk mengkaji persamaan di antara Islam dan Kristian, jadi kamu MULAKAN DARI PREMIS INI. Bercakap dengan mereka tentang Nabi Isa, beritahu mereka yang Nabi Isa menyayangi mereka dan dia adalah sebagai penyelamat. Jangan berdebat dengan mereka tentang aqidah kita, berikan kepada mereka hanya gambaran umum, jawapan hendaklah ringkas dan mungkin dalam bentuk jenaka, terutamanya dalam hal “trinity” atau konsep nabi Isa sebagai tuhan (tambahan dari penterjemah: Ini lah taktik yang dilakukan oleh pendakwah Kristian di internet sekarang ini). Perbincangan secara ilmiah dan logik akan gagal, oleh itu kita lupakan subjek tersebut atau anggapnya sebagai bahan jenaka. Atau alihkan fakta kepada perkara yang seakan-akan serupa. Contohnya, “Ibn Assabel”, katakan bahawa Nabi Isa adalah “Ibn Assabel”. (hakikatnya, ianya adalah pembohongan kerana mubaligh ini percaya bahawa Nabi Isa adalah anak tuhan dan bukannya “Ibn Assabel”). Saranan lain dalam buku tersebut ialah elakkan dari berbincang tentang nabi Muhammad (kami tambah s.a.w.) dan katakan bahawa Tuhan sendiri yang akan menilai Muhammad dan kita manusia tidak layak menilai beliau. Juga gunakan isu kebebasan beragama, gunakan ayat al-Quran yang mengatakan, “Sekiranya seorang muslim menukar agamanya, maka bunuhlah dia”. Buku ini juga menyarankan, “Jangan cuba untuk mendesak pemeluk Islam untuk menukar agamanya, mula-mula hendaklah diikhtiarkan supaya mereka menerima Nabi Isa sebagai kekasih dan penyelamat, kemudian barulah cuba memujuknya untuk dibaptis dan mengisytiharkan memeluk agama Kristian”. Buku ini juga mengatakan, “Bekas penganut Islam ini tidak dibenarkan mengahwini penganut Kristian sedia ada, tetapi hendaklah mengahwini wanita-wanita muslim”, Hakikatnya, ramai di antara orang Islam yang menganut agama Kristian kembali kepada Islam dan isteri-isteri mereka yang beragama Kristian menukar agama kepada Islam bersama suami mereka. Oleh itu, gadis-gadis Kristian hanya boleh berkahwin dengan pemuda-pemuda Kristian asal.

Sekarang, marilah kita berbincang tentang aktivit-aktiviti penyebaran ajaran Kristian tersebut,

Pertamanya, dunia Islam adalah bumi yang kaya, bumi di mana Islam bertapak ini dipenuhi “susu dan madu”, sebagaimana Butrous Al-Nasik menggambarkannya semasa beliau menyerukan kempen European Crusade (Pembebasan Eropah Dari Kekuasaan Islam). Hari ini tanah-tanah orang Islam dipenuhi petroleum, komoditi yang paling berharga kerana tammaddun dan ekonomi barat bergantung kepada petroleum yang mana 70% daripadanya berada di negara-negara Islam dan semakin hari semakin banyak diterokai.

Keduanya, pertumbuhan penduduk Muslim adalah lebih pesat berbanding penganut agama lain, contohnya, di Palestin, pertumbuhan penduduk Islam adalah lebih tinggi dari penduduk Yahudi yang menyebabkan, sekiranya trend ini berterusan, jumlah penduduk Islam akan mengatasi penduduk Yahudi, Oleh itu, kita perhatikan sekarang ini, orang-orag Yahudi berusaha keras untuk menghapuskan orang-orang Islam. Kita boleh saksikan ini berlaku di Bosnia, walaupun pada hakikatnya orang-orang Islam di sana tidak tahu sedikitpun tentang agamanya. Satu perkara lagi ialah skim “perancang keluarga” di mana skim ini hanya terhad kepada keluarga muslim. Saya ingin ceritakan satu perkara lucu iaitu, dalam kes Indonesia yang mempunyai penduduk yang padat, salah seorang kawan saya yang bekerja sebagai doktor di Autralia menyatakan orang awam di Autralia yakin suatu hari nanti Indonesia akan menakluki Australia. Keyakinan ini adalah tebal di sana dan selepas diselidik, didapati kebimbangan ini adalah disebabkan Indonesia adalah padat dengan penduduk manakala Australia adalah sebaliknya, dan bila negara muslim ini berlebihan dan melimpah penduduknya, mereka akan menyerang dan menakluki Australia!

Sebab ketiga, dan yang paling penting ialah ancaman Islam yang mereka sebut sebagai ancaman “Fundemantalis” atau golongan pelampau, yang amat mereka takuti yang mana sedang berlaku hari ini. Saya menjangka ancaman ini akan menjadi realiti dalam masa terdekat. Ancaman ini menyebabkan mereka sentiasa berada di dalam ketakutan. Saya telah menyentuh perkara ini dengan panjang lebar di dalam ceramah saya sebelum ini yang bertajuk , “Mengapa mereka takut kepada Islam?”. Saya akan tambah beberapa perkara baru berkenaan “ketakutan’ mereka pada hari ini. Islam di Asia Tengah dan bekas Republik Rusia menjadi ancaman baru kepada mereka. Mereka membuat ketetapan untuk tidak membenarkan orang Islam dari Arab Saudi untuk mendapatkan visa untuk pergi ke Rusia. Nampaknya, ada persefahaman di antara Rusia dan Amerika kerana mereka bimbang Islam tersebar dan kuat di sana. Contoh lain ialah Afghanistan. Ada satu ancaman besar untuk menjatuhkan kerajaan Islam Afghanistan dan menubuhkan sebuah negeri di utara Afghanistan yang tidak menggunakan undang-undang Islam supaya dapat memisahkan apa yang dikatakan ‘kerajaan fundementalis (Islam) di Kabul dan dari bahagian lain Negara Afghanistan. Contoh lain ialah Bosnia. Semalam saya membaca satu laporan bahawa Ajensi Risikan (intelligence) British telah memberi amaran tentang ancaman Islam yang besar di negara-negara Balkan. Laporan ini juga menyatakan ada satu bahagian di Serbia yang dikenali sebagai Kosovo yang berpenduduk majoriti Islam bergabung dan melantik seorang pemimpin dan sedang mengumpulkan senjata. Laporan itu menyebut, mereka akan menuntut untuk berpisah dari Serbia dan berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan dunia. Sekiranya hasrat mereka dihalang, mereka akan melancarkan peperangan Balkan yang baru menentang Serbia dan Balkan sekali lagi akan terjerumus dalam kancah peperangan Islam-Kristian yang tidak siapa akan tahu bagaimana dan bila akan berakhir. Dan ada banyak kumpulan-kumpulan Islam yang menyimpan senjata di Albania dan Montinegro. Mereka menjangkakan akan tercetus peperangan di antara orang-orang Islam, (atau apa yang mereka namakan ‘kumpulan pelampau’) dan Kristian. Kita juga menjangka akan tercetusnya peperangan tersebut, mungkin lebih cepat dari yang mereka jangkakan; sebab itulah mereka memberi perhatian yang khusus kepada tanah-tanah yang mempunya penduduk Islam ini.

Kami mempunyai bukti bahawa Majlis Gereja Antarabangsa, dalam perhimpunan ketujuh di Australia memberi perhatian khusus kepada Timur Tengah dan memutuskan untuk menghantar Pope Shinoda sebagai ketua kempen penyebaran Kristian di dunia Islam yang berpengkalan di Kaherah, Mesir. Shinoda diberi kuasa dan mandat yang besar untuk menjayakan misinya. Tidak hairanlah Shinoda mendapat liputan yang luas dari media dan juga televisyen terutamanya tv dan suratkhabar Mesir. Juga diperhatikan beliau juga mendapat perhatian serupa dari akhbar-akhbar dan tv barat di mana dia digambarkan sebagai pemimpin Kristian di Timur Tengah.

Malangnya, hari ini, ramai yang tidak berasa gerun atau rungsing dengan gerakan Kristian ini dan menyangka ianya tidak mempunyai apa-apa kesan. Saya katakan, ini adalah sikap yang salah. Telah dibuktikan oleh banyak kajian bahawa adalah tidak benar orang-orang Islam tidak akan terpengaruh dengan dakyah Kristian ini dan ketahuilah hakikatnya telah ramai orang Islam keluar dari Islam dan menganut agama Kristian! Ada juga umat Islam yang terpengaruh dengan dakyah Kristian ini meninggalkan agama Islam tetapi tidak menganut agama Kristian. Ada yang menerima sebahagian dari ajaran Kristian, dan ada juga di kalangan mereka yang membantu pihak Kristian menjalankan aktiviti mereka dan ada sekolompok umat Islam yang menerima dengan dada terbuka saudara-mara mereka menganut agama Kristian tanpa merasa apa-apa. Dan jumlahnya besar! Mubaligh Kristian sebenarnya telah berjaya mencapai misi mereka!

Gerak kerja yang dijalankan oleh mubaligh-mubaligh Kristian ini adalahh berskala besar, dan usaha mereka nampaknya membuahkan hasil, walaupun tidak sepenuhnya. Keperluan kepada makanan, rumah, ubat-ubatan, pelajaran dan pakaian adalah di antara sebab mengapa orang Islam sanggup menukar agama kepada Kristian. Selain dari itu kejahilan adalah salah satu faktor yang penting. Kita dapati ramai orang Islam yang jahil tentang agama mereka sendiri. Orang-orang Islam yang jahil ini didakyah untuk memeluk agama Kristian dengan licik sekali. Faktor lain adalah tidak ada atau tidak cukupnya pendakwah yang berwibawa untuk menghadapi ‘serangan’ mubaligh-mubaligh Kristian ini; Kita tidak punya cukup pendakwah untuk mendidik orang-orang Islam yang jahil ini tentang agama mereka dan juga untuk memberi amaran tentang bahayanya aktiviti-aktiviti mubaligh Kristian ini. Inilah di antara sebab mengapa orang-orang Islam boleh menerima ajaran-ajaran Kristian dengan mudah!

Saya akan memberi beberapa contoh tenfang perkara ini. Demi Alllah, ini hanyalah secebis dari timbunan contoh-contoh yang saya ada. Sekiranya saya ingin menyebut semua data yang saya ada, kita akan berbincang sepanjang malam, tetapi saya berikan sedikit sahaja di sini sebagai pencerahan:-

1) Afrika:- Dalam akhbar “Adda’wa”, bil 1324, mereka mengajukan satu soalan, “Adakah perancangan Pope untuk menjadikan Afrika sebagai benua Kristian menjelang tahun 2,000 berjaya?”. Nampaknya, ada kempen besar-besaran untuk menjadikan Afrika sebagai sebuah benua Kristian. Banyak aktiviti dakyah mereka dalam bentuk bantuan perubatan dan pendidikan; kenyataan ini adalah berdasarkan jumlah mubaligh Kristian yang ramai dengan rancangan-rancangan yang teratur untuk menukar Afrika kepada sebuah benua Kristian. Contohnya, di Zambia, Presidennya telah mengistiharkan Zambia sebagai Negara Kristian walaupun hanya 25% dari penduduknya beragama Kristian. Gereja-gereja Kristian bergerak secara diktator di mana mereka mengugut di samping mengawal dan menyebarkan teori palsu mereka tentang kebebasan beragama. Pertubuhan antarabangsa hanya memejamkan mata dan tidak memperdulikan aktiviti memaksa penduduk supaya bertukar kepada agama Kristian. Mengapa mereka tidak membela Islam dari penindasan ini? Separuh dari penduduk Muslim di Zambia menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah Kristian. Dua orang menteri dalam kabinet Zambia adalah paderi, di samping Menteri Penerangan yang juga seorang paderi. Majlis Muslim Afrika melaporkan bahawa penduduk Islam Malawi telah berkurang dari 66% kepada 17% dalam masa 50 tahun. Di Mali seorang paderi telah membina 200 gereja, 20 hospital, 50 buah sekolah dan 600 buah perigi.

Pope telah mengadakan beberapa lawatan ke Afrika! Allahuakbar! Ketua Agama Kristian memberi perhatian sedemikian rupa dan meluangkan masanya untuk Afrika! Ulama kita bukan setakat tidak menziarahi negara-negara Afrika ni malah tidak berfikir pun tentang mereka. Tiga ratus ribu orang telah menukar agama kepada Kristian dua tahun kebelakangan ini. Di Senegal, Pope berjumpa dengan pemuka-pemuka sufi dan juga belia-belia Islam sehinggakan media-media di sana mengambil peluang memperlekehkan dan mempersendakan penganut Islam, pegangan mereka dan ulama-ulama mereka! Di Somalia, satu-satunya negara yang seratus peratus penduduknya Islam, tanpa penduduk minority, sebab itu mereka dibahagikan kepada tiga negeri; gereja di bina di mana-mana, mereka berusaha keras membina stesen radio, menyebarkan buku-buku daayah dsb, dan semasa perang Aghadeer, pihak Kristian telah membina penempatan dan gereja, walaupuan sebelum perang tersebut tidak ada satu pun gereja di Somalia. Pihak Kristian telah pun mendapat kedudukan yang berpengaruh di sana; mereka mempunyai stesen radio yang bertujuan memurtadkan penduduk Somalia khasnya dan Afrika amnya.

Di Sepanyol, ada pusat terbesar mubaligh untuk Afrika; mereka dilatih dengan profesional dan hasilnya, ramai penduduk Morocco (Maghribi) telah murtad kepada Kristian. Di Maghribi, pendakwah Kristian diberi keistimewaan oleh kerajaan untuk menjalankan aktiviti mereka dan boleh ke sana kemari dengan bebas. Kerja-kerja mengembangkan daayah Kristian di Afrika adalah mudah kepada masyarakat Kristian Eropah ini. David Pareet menyebut dalam Ensaiklopedia Kristian, dan data ini amat membimbangkan, bahawa jumlah penganut Kristian di Afrika dalam tahun 1900 M ialah sembilan juta sahaja atau 9% dari keseluruhan penduduk Afrika. Dalam tahun 1980, jumlah ini meningkat kepada 200 juta! Bayangkan, jumlah mereka melonjak dari 9 juta kepada 200 juta dalam masa 80 tahun sahaja; dan mereka menjangka mencapai jumlah 390 juta atau 48% dari keseluruhan penduduk Afrika dalam tahun 2000!! Itu pun jika peningkatan tersebut berdasarkan nisbah semasa, mereka tentunya inginkan pertambahan yang lebih tinggi.

Berkenaan Algeria, saya baca dalam majalah “A”Al-‘alam Al-Islami”, bil 1229, yang mengatakan bahawa penaklukan Perancis ke atas Algeria adalah bertujuan untuk menjadikan Algeria sebagai Negara Kristian. Marshall Vego pernah berkata, ”Hayat Islam hanya tinggall beberapa hari sahaja lagi”. Subhanallah! Saya berharap dia dapat saksikan apa yang berlaku di Algeria hari ini, bagaimana ia menjadi kubu kuat Islam menyebabkan mereka pening memikirkannya. Seorang pempimpin Perancis pernah berkata, “Al-Quran adalah lebih kuat dari Perancis”, nampaknya dia benar dan Marshal Vego telah silap! Suatu yang amat melegakan saya ialah selama 132 tahun penjajahan Perancis, tidak seorang pun bayi dikristiankan di Algeria dan ini menunjukkan kekuatan dan kematangan saudara-saudara kita di Algeria dalam menghadapi serangan mubaligh Kristian ini.

Mesir dianggap sebagai pusat, sebuah pusat yang kuat dunia Islam; adalah dimaklumi bahawa di sana terdapat golongan minoriti Kristian (Coptic). Pihak barat menyokong Kerajaan Mesir kerana kerajaan Mesir membantu dan melindungi golongan minoriti ini. Kerajaan Mesir melaporkan kepada pihak barat kepatuhan mereka dalam memenuhi kehendak golongan minoriti tetapi dalam masa yang sama melanyak pemuda-pemuda Islam; semata-mata untuk mengambill hati dan mendapat sokongan barat. Dalam tahun 1986, enam orang muslim telah murtad kepada Kristian, dan Al-Azhar berdiam diri dan tidak buat apa-apa. Mother Theresa, mubaligh Kristian yang terkenal itu datang ke Mesir dan Berjaya memurtadkan anak gadis Islam kepada Kristian!

Dalam satu persidangan rahsia dan berbahaya di Oxford, England, yang sebahagian keputusannya telah bocor kemudiannya, diadakan perbincangan berkenaan aktiviti mubaligh di Mesir dan juga kaedah-kaedah baru untuk mengembangkan daayah Kristian. Pope Shinoda melaporkan telah membina beratus buah sekolah di Mesir, sebagai tambahan kepada sekolah-sekolah barat seperti Universiti Singoor di Iskandariah. Laporan rahsia itu mendedahkan ada sebuah pertubuhan yang dinamakan ‘Al-Jam’iya Al-Sihiya Al-Mase’iya’ yang mendapat sokongan dan bantuan dari Kedutaan Amerika yang fungsi utamanya adalah untuk menjalankan aktiviti daayah Kristian. Gereja-gereja Protestan di Mesir menjalankan kerja-kerja daayah Kristian dari Qasr Ad-Deborah, satu lokasi berhampiran Kedutaan Amerika dan ibupejabat aktiviti mubaligh. Beberapa institusi lain ditubuhkan di universiti dan sekolah-sekolah untuk menarik pemuda-pemudi Islam dan menganjurkan aktiviti tidak bermoral, mencuri ambil gambar dan mengugut mereka dengan gambar-gambar yang tidak sopan tersebut. Di sana ada kumpulan gengster Kristian dan kumpulan pengganas seperti kumpulan “Al-Jihad Al-Nasrani”, yang peliknya Kerajaan Mesir membenarkan mereka beroperasi tanpa ganggguan; Pope Shinoda bermati-matian menafikan kewujudan kumpulan tersebut, tetapi ulama-ulama Al-Azhar sebaliknya mengesahkan kewujudan kumpulan tersebut dan seterusnya mendedahkan bagaimana mereka mengganggu orang-orang Islam. Nampaknya Kerajaan Mesir hanya berminat untuk mengawal aktiviti-aktiviti pemuda-pemudi Islam sahaja tetapi membiarkan kumpulan Kristian ini bermaharajalela.

2) Indonesia mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia, lebih 180 juta di mana 80% daripadanya adalah muslim. Negara ini sangat miskin, bayangkan 1 Riyal Saudi bernilai 2000 Rupiah Indonesia. Disebabkan kemiskinan ini mereka akan terima apa saja yang ditawarkan kepada mereka. Sekiranya seseorang Islam ingin mendakwahkan agamanya, tanah ini amat subur! Saya saksikan ini dengan mata kepala saya sendiri! Bila saya berkunjung ke sana saya katakan kepada sahabat-sahabat saya bahawa Indonesia adalah untuk “siapa yang cepat dia yang dapat”. Akibat dari kedhaifan dan kemiskinan, ada satu kempen yang dinamakan “Mubaligh Beras”, mereka membahagi-bahagikan beras untuk mengembangkan Kristian. Ada juga apa yang dikatakan “Mubaligh Perubatan”. Adalah amat sedih kerana lebih 30% dari penduduk Indonesia berpendapatan kurang dari $500 setahun. Ramai di antara mereka telah murtad menjadi Kristian. 65% daripada syarikat-syarikat perdagangan di Indionesia dimiliki oleh orang Kristian, sekolah-sekolah terbaik adalah sekolah-sekolah Kristian dan ianya merupakan pilihan kepada anak-anak mereka yang berpengaruh, kaya dan berkuasa. Di segi politik, kebanyakan ahli politik ialah orang Kristian, 65% dari pegawai tentera berpangkat tinggi adalah Kristian. Sehinggakan pada suatu ketika ada percubaan untuk melantik seorang Kristian sebagai Presiden iaitu seorang yang bernama Beni Murdani, penganut Kristian bermazhab Katholik yang mengetuai Kementerian Pertahanan dan beliau disokong oleh barat. Dan yang anehnya, dia juga disokong oleh “Jam’iyat Nahdat Al-‘olama’”. sebuah pertubuhan Islam! Jumalh pendakwah Kristian dari luar adalah seramai 27,324 orang, hampir 30,000 orang! Ini tidak termasuk mubaligh tempatan. Sebaliknya pendakwah Muslim adalah kurang dari 80 orang! Di sana terdapat 20 institusi mubaligh Amerika, 44 dari Eropah, dana untuk aktiviti daayah mereka ialah USD100 juta setahun!! Kaedah aktiviti mereka adalah berbagai-bagai, contohnya, mendapatkan kuasa politik, institusi pendidikan, penerbitan. Di sana ada pulau-pulau kosong dimana Kerajaan Indonesia memindahkan orang-orang Islam dan mereka yang tidak ada agama. Mubaligh-mubaligh Kristian ini berlumba-lumba membina bangunan dan penempatan di sana dan menyambut kedatangan orang-orang yang berpindah tersebut. Mereka berjaya memurtadkan orang-orang Islam tersebut. Ramai orang telah dimurtadkan dengan cara ini. Salah satu cara lain ialah melalui perkahwinan campur antara Islam dan Kristian. Ada beberapa syarikat penerbangan yang memperuntukkan dana untuk kegiatan misionari ini sebagaimana dilaporkan oleh majalah “Al-Yamamah”, bil 1410.

Ada sebuah pulau bernama Samarang di mana Institut Tinggi Mubaligh Kristian di sana telah berjaya memurtadkan 6,000 orang Islam dalam masa sembilan tahun. Sebahagiannya telah menjadi mubaligh pula! Ada lagi satu penempatan bernama Riyam, kawasan ini belum maju dan penghuninya hidup dalam keadaan primitif. Usaha untuk menjadikan mereka Kristian dillakukan dengan bersungguh-sungguh dengan menggunakan taktik menggoda oleh gadis-gadis Eropah yang tinggal di kalangan mereka…walaupun ada usaha daawah di pihak Islam, jumlahnya amat kecil berbanding dengan pihak Kristian.

3) Malaysia: Seorang paderi yang bernama Than menjalankan aktiviti politik untuk menubuhkan apa yang dinamakan “Kerajaan Ketuhanan” di Malaysia untuk membenteras aktiviti rasuah di dalam kerajaan. Malaysia juga diancam oleh perubahan pola penduduk hasil dari penghijrahan penduduk China yang mengubah nisbah penduduk Islam berbanding bukan Islam.

4) Negara-negara bekas Komunis: Majalah ‘Al-Mujtama’, isu no. 996 melaporkan Istanbul telah menganjurkan satu persidangan besar, pertama kali seumpamanya sejak 1,000 tahun lepas, yang dihadiri oleh Paderi-paderi Utama Gereja Orthodox Timur di mana 14 Gereja Orthodox dari Timur Tengah, Afrika dan Eropah Timur. Objektif persidangan tersebut ialah mewujudkan persefahaman di antara semua gereja untuk menghadapi apa yang dikatakan sebagai ‘cabaran’ atau ‘musuh’. ‘Cabaran atau musuh’ tersebut ialah kita, orang Islam, Maknanya, kumpulan-kumpulan Kristian ini telah bersatu untuk menghadapi dan melawan apa yang dikenali sebagai “Pelampau-pelampau Islam” yang dikenalpasti sebagai ‘cabaran atau musuh’ tersebut. Persidangan tersebut juga mengeluarkan kenyataan bahawa “gereja-gereja Timur” telah ditindas oleh orang-orang Islam dan tanah-tanah di Asia Tengah dan Rusia adalah milik Kristian dan hendaklah dikembalikan kepada orang-orang Kristian!! Oleh itu, persidangan tersebut telah memperuntukkan dana yang banyak dan mencadangkan kaedah penyebaran daayah yang pelbagai seperti melalui keset, penerbitan, menghantar mubaligh, membina sekolah untuk mengembailkan bekas penganut Kristian kepada agama asal mereka dan untuk memurtadkan orang-orang Islam. Untuk tujuan itu, sebuah institusi Amerika melancarkan satu kempen besar-besaran yang dinamakan “Bersatu Untuk Jesus” yang disasarkan kepada kelompok Kristian di Rusia. Pertubuhan ini mengirim 1 juta naskah Bible ke Rusia. Lain-lain aktiviti termasuk menerbitkan risalah-risalah Kristian di merata tempat, menayangkan filem seperti yang bertajuk “Jesus’ yang saya lihat ada juga di sini, yang meminta dan memujuk penontonnya supaya menjadikan Jesus idola mereka selepas era komunisma. Mereka juga membina banyak sekolah-sekolah Kristian di seluruh Rusia dan melatih mubaligh-mubaligh.

Di Albania, salah sebuah negara yang ditinggalkan oleh Komunis, ada usaha besar-besaran untuk mendakyahkan ajaran Kristian dan mereka berjaya menguasai ekonomi negara yang di landa kemiskinan dan kebuluran itu. Mereka menawarkan pekerjaan hanya kepada oang-orang Kristian sahaja, Ada sebuah kilang besar di sana di mana syarat untuk bekerja di sana ialah memakai salib di dada. Salah seorang imam tempatan, Sheikh Tawfiq Islam, telah mendedahkan hal ini dalam satu temuramah di media. Beliau juga memberitahu, orang-orang Kristian telah membina pusat-pusat Kristian dikebanyakan bandar dan desa di sana. Dan ini hanyalah sebahagian kecil dari akitiviti mereka. Saya ada beberapa dokumen lain, tapi saya tidak akan membincangkannya kerana kesuntukan masa.

Saya ada satu artikel bertajuk “Masa depan Islam di Afrika’ yang diterbitkan oleh majalah Al-Ummah terbitan Jamadil Awwal 1404 H yang membincangkan usaha dan perancangan untuk memurtadkan pribumi Fulani, satu satu kelompok pribumi terbesar di Nigeria, suku pribumi yang menyokong Sheikh Uthman Fudio, yang menubuhkan pemerintahan Islam di Nigeria pada awal abad ke 19 dahulu.

Wa Assalatu Wa Assalamu Ala Sayyidina Muhammad.

Sumber: Terjemahan dari artikel dari: http://www.islamworld.net/tanseer.htm

Check Also

Benarkah Nabi Isa Disalib?

SIRI DIALOG BERSAMA PADERI Oleh: Rashidy Jamil Muhammad Ar-Rashid (Dengan Sedikit Pindaan Oleh www.darulkautsar.net_ Katakanlah: …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *