Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Syarah – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 2 – Sambungan Bab Waktu-Waktu Sembahyang
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Syarah – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 2 – Sambungan Bab Waktu-Waktu Sembahyang

Sunan Abi Daud – Syarah – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 2 – 110905

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

0- 00m18s Terjemahan hadits
1- 9m3s Khilaf-khilaf tentang waktu sembahyang zohor.
2- 11m8s Khilaf tentang akhir waktu zohor.
3- 12m21s Apakah dia waktu musytarak?
4- 15m30s Permulaan waktu ‘Asar
5- 16m22s Permulaan waktu Maghrib.
6- 20m12s Khilaf ttg akhir waktu Maghrib & Apakah dia qaul qadim dan qaul jadid imam syafi`e brhubung masalah ini? Yang manakah yg lebih dipakai dan ditarjihkan ulama`2 syafi`iyyah?
7- 25m11s Dalil harus (bukan bermakna elok, hanya semata-mata harus) mnta`khirkan / melewatkan sembahyang.
8- 34m3s Waktu Subuh, dan huraian tentang fajar sodiq dan kazib
9- 35m41s Khilaf tentang habis waktu Subuh
10- 38m12s Antara jasa `Umar bin `Adbul `Aziz: dikatakan pengasas ilmu usul hadits / mengarahkan pembukuan hadis-hadis dalam jenis-jenis kitab hadis yang berlainan.
11-59m5s Hadits ini menunjukkan bahawa menunggu jemaah lebih ramai lebih afdhal/utama drpd mengerjakan sembahyang di awal waktu.
12- 59m58s Kias dengan hadis ini. Sembahyang lewat tetapi dalam keadaan lebih tenang itu lebih afdhal drpd sembahyang awal tetapi dlm keadaan kalut. Begitu juga kenapa Nabi perlewatkan sembahyang ketika panas & makan terlebih dahulu ketika makanan sudah dihidangkan maka jawpannya untuk dapat khusyu’.
13- 01h1m39s Keutamaan sembahyang sunat Subuh & Khilaf antara mazhab2 berkenaan waktu afdhal utk sembahyang Subuh.
14- 01h8m3s Usamah bin Zaid al-Laitsi – perawi yg mutafarriq (dlm meriwayatkan kaifiyyat & mentafsirkan makna ‘isfar’ dlm hadits ini). Juga perawi yg dipertikaikan sebahagian ulama’ seperti Imam Bukhari & Yahya bin Sa`id al-Qattan mengatakannya dhaif (lemah).
15- 01h12m48s Pendirian yang sepatutnya ttg khilaf ttg rakaat sembahyang & pendapat peribadi Maulana `Asri ttgnya.

 

 

 

 

 

بَاب فِي وَقْتِ صَلَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَيْفَ كَانَ يُصَلِّيهَا

Bab Waktu Sembahyang Nabi s.a.w dan Bagaimana Baginda Mengerjakannya

٣٩٧- حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو وَهُوَ ابْنُ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ سَأَلْنَا جَابِرًا عَنْ وَقْتِ صَلَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ كَانَ يُصَلِّي الظُّهْرَ بِالْهَاجِرَةِ وَالْعَصْرَ وَالشَّمْسُ حَيَّةٌ وَالْمَغْرِبَ إِذَا غَرَبَتْ الشَّمْسُ وَالْعِشَاءَ إِذَا كَثُرَ النَّاسُ عَجَّلَ وَإِذَا قَلُّوا أَخَّرَ وَالصُّبْحَ بِغَلَسٍ

397 – Muslim bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami katanya Syu`bah meriwayatkan kepada kami daripada Sa`d bin  Ibrahim daripada Muhammad bin `Amr iaitu Ibn Al-Husain bin `Ali bin Abi Thalib, katanya: Kami telah bertanya Jabir tentang waktu sembahyang nabi s.a.w. Beliau menjawab: Baginda selalu bersembahyang Zhuhur pada waktu tengahari (ya`ni sebaik gelincir matahari) manakala `Ashar pada ketika masih lagi hidup (cerah) dan Maghrib apabila matahari terbenam dan `Isya’ pula jika ramai orang baginda akan menyegerakannya tetapi jika masih sedikit baginda akan melewatkannya, subuh pula pada waktu ghalas (waktu awal subuh dan masih gelap)

٣٩٨- حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي الْمِنْهَالِ عَنْ أَبِي بَرْزَةَ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي الظُّهْرَ إِذَا زَالَتْ الشَّمْسُ وَيُصَلِّي الْعَصْرَ وَإِنَّ أَحَدَنَا لَيَذْهَبُ إِلَى أَقْصَى الْمَدِينَةِ وَيَرْجِعُ وَالشَّمْسُ حَيَّةٌ وَنَسِيتُ الْمَغْرِبَ وَكَانَ لَا يُبَالِي تَأْخِيرَ الْعِشَاءِ إِلَى ثُلُثِ اللَّيْلِ قَالَ ثُمَّ قَالَ إِلَى شَطْرِ اللَّيْلِ قَالَ وَكَانَ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَهَا وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا وَكَانَ يُصَلِّي الصُّبْحَ وَمَا يَعْرِفُ أَحَدُنَا جَلِيسَهُ الَّذِي كَانَ يَعْرِفُهُ وَكَانَ يَقْرَأُ فِيهَا مِنْ السِّتِّينَ إِلَى الْمِائَةِ

398 – Hafsh bin `Umar meriwayatkan kepada kami katanya Syu`bah meriwayatkan kepada kami daripada Abil Minhal daripada Abi Barzah, katanya: Rasulullah s.a.w selalu bersembahyang Zhuhur pada ketika matahari telah tergelincir dan bersembahyang `Ashar (bilamana selesai bersembahyang) seseorang daripada kami pergi ke hujung (kawasan) Madinah untuk pulang ke rumahnya pada ketika itu matahari masih lagi hidup (cerah) tetapi saya terlupa waktu Maghrib itu. Baginda tidak kisah tentang melewatkan sembahyang `Isya’ hingga satu pertiga malam. Abu Barzah berkata bahawa Abul Minhal (pada ketika yang lain) berkata: (Baginda tidak kisah melewatkan `Isya’ itu) hingga ke separuh malam pun. Abu Minhal berkata: Baginda tidak suka (seseorang itu) tidur sebelum bersembahyang `Isya’ dan berbula-bual selepas sembahyang `Isya’. Baginda selalu bersembahyang subuh ketika mana seseorang daripada kami tidak mengenali orang yang berada berhampiran dengannya yang sebelumnya dia mengenalinya, Baginda membaca antara 60 hingga 100 ayat di dalam sembahyang subuh itu.

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *