Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 33 – Bab Ketentuan Waktu Dalam Menyapu Khuf & Bab Menyapu Dua Stokin & Bab Tanpa Tajuk.
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 33 – Bab Ketentuan Waktu Dalam Menyapu Khuf & Bab Menyapu Dua Stokin & Bab Tanpa Tajuk.

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 33 – 05-Dis-04

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:09 – Terjemahan Hadis
2 – 07:06 – Bab : Ketentuan Waktu Dalam Menyapu Khuf.
3 – 51:33 – Bab : Sapu Stoking.

 

 

بَاب التَّوْقِيتِ فِي الْمَسْحِ

Bab Ketentuan Dalam Menyapu Khuf

157 – حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْحَكَمِ وَحَمَّادٌ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ الْجَدَلِيِّ عَنْ خُزَيْمَةَ بْنِ ثَابِتٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمَسْحُ عَلَى الْخُفَّيْنِ لِلْمُسَافِرِ ثَلَاثَةُ أَيَّامٍ وَلِلْمُقِيمِ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ

قَالَ أَبُو دَاوُد رَوَاهُ مَنْصُورُ بْنُ الْمُعْتَمِرِ عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ بِإِسْنَادِهِ قَالَ فِيهِ وَلَوْ اسْتَزَدْنَاهُ لَزَادَنَا

157 – Hafsh bin `Umar meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah meriwayatkan daripada Al-Hakam dan Hammad daripada Ibrahim daripada Abi `Abdillah Al-Jadali daripada Khuzaimah bin Tsabit daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: “Sapuan khuf kepada orang yang dalam perjalanan adalah tiga hari dan orang yang bermuqim sehari semalam.

Abu daud berkata: Manshur bin Al-Mu`tamir telah meriwayatkan hadits ini daripada Ibrahim at-Taimi dengan isnadnya, perawi (Khuzaimah) berkata di dalam riwayat ini: “sekiranya kami meminta tambahan lagi nescaya baginda menambahkan lagi (bilangan hari)”.

158 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مَعِينٍ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ الرَّبِيعِ بْنِ طَارِقٍ أَخْبَرَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ رَزِينٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَيُّوبَ بْنِ قَطَنٍ عَنْ أُبَيِّ بْنِ عِمَارَةَ قَالَ يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ وَكَانَ قَدْ صَلَّى مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلْقِبْلَتَيْنِ أَنَّهُ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمْسَحُ عَلَى الْخُفَّيْنِ قَالَ نَعَمْ قَالَ يَوْمًا قَالَ وَيَوْمَيْنِ قَالَ وَثَلَاثَةً قَالَ نَعَمْ وَمَا شِئْتَ

قَالَ أَبُو دَاوُد رَوَاهُ ابْنُ أَبِي مَرْيَمَ الْمِصْرِيُّ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَيُّوبَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ رَزِينٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَزِيدَ بْنِ أَبِي زِيَادٍ عَنْ عُبَادَةَ بْنِ نُسيٍّ عَنْ أُبَيِّ بْنِ عِمَارَةَ قَالَ فِيهِ حَتَّى بَلَغَ سَبْعًا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَمْ وَمَا بَدَا لَكَ  وَقَدْ اخْتُلِفَ فِي إِسْنَادِهِ وَلَيْسَ هُوَ بِالْقَوِيِّ وَرَوَاهُ ابْنُ أَبِي مَرْيَمَ وَيَحْيَى بْنُ إِسْحَقَ السَّيْلَحِينِيُّ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَيَّوبَ وَقَدْ اخْتُلِفَ فِي إِسْنَادِهِ

158 – Yahya bin Ma`in meriwayatkan kepada kami, katanya: `Amar bin Ar-Rabi` bin Thariq meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Ayyub meriwayatkan kepada kami daripada `Abdir Rahman bin Razin daripada Muhammad bin Yazid daripada Ayyub bin Qathan daripada Ubai bin `Imarah, Yahya bin Ayyub berkata: “Dia (Ubai bin `Imarah) telah bersembahyang bersama Rasulillah s.a.w dengan menghadap dua qiblat bahawa dia (Ubai) berkata: “Wahai Rasulallah! Bolehkah saya menyapu khuf?” Nabi s.a.w menjawab: “Ya, boleh” dia berkata: Satu hari?, dua hari?, iga hari? (Bolehkah disapu selama satu, dua dan tiga hari?) Nabi s.a.w menjawab: “Ya, boleh, selama mana engkau mahu.”

Abu Daud berkata: Ibn Abi Maryam Al-Mishri telah meriwayatkan hadits ini daripada Yahya bin Ayyub daripada `Abdir Rahman bin Razin daripada Muhammad bin Yazid bin Abu Ziyad daripada `Ubadah bin Nusai daripada Ubai bin `Imarah. Di dalam riwayat ini, perawi (Ibn Abi Maryam) berkata:“Sehingga sampai tujuh hari. Rasulullah s.a.w menjawab: “Boleh, selama mana engkau mahu”. Sesungguhnya `ulama’ beselisih pendapat tentang isnad hadits ini. Dan isnad hadits ini tidak kuat. Ibn Abi Maryam, Yahya bin Is-haq As-Sailahini telah meriwayatkannya daripada Yahya bin Ayyub dan para `ulama’telah berselisih pendapat tentang isnadnya.

 

بَاب الْمَسْحِ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ

Bab Menyapu Dua Stokin

159 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ عَنْ وَكِيعٍ عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ عَنْ أَبِي قَيْسٍ الْأَوْدِيِّ هُوَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ ثَرْوَانَ عَنْ هُزَيْلِ بْنِ شُرَحْبِيلَ عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ وَمَسَحَ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ وَالنَّعْلَيْنِ

قَالَ أَبُو دَاوُد كَانَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ لَا يُحَدِّثُ بِهَذَا الْحَدِيثِ لِأَنَّ الْمَعْرُوفَ عَنْ الْمُغِيرَةِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَسَحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ وَرُوِيَ هَذَا أَيْضًا عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ مَسَحَ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ وَلَيْسَ بِالْمُتَّصِلِ وَلَا بِالْقَوِيِّ وَمَسَحَ عَلَى الْجَوْرَبَيْنِ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ وَابْنُ مَسْعُودٍ وَالْبَرَاءُ بْنُ عَازِبٍ وَأَنَسُ بْنُ مَالِكٍ وَأَبُو أُمَامَةَ وَسَهْلُ بْنُ سَعْدٍ وَعَمْرُو بْنُ حُرَيْثٍ وَرُوِيَ ذَلِكَ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ وَابْنِ عَبَّاسٍ

159 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami daripada Waki` daripada Sufyan ats-Tsauri daripada Abi Qais Al-Audi iaitu `Abdir Rahman bin Tsarwan daripada Huzail bin Syurahbil daripada Al-Mughirah bin Syu`bah bahawa Rasulallah s.a.w telah berwudhu’ dan menyapu dua stoking bersama dengan dua seliparnya.

Abu Daud berkata: `Abdur Rahman bin Mahdi tidak mahu mengemukakan hadits ini kerana yang ma`lum daripada Al-Mughirah bahawa Nabi s.a.w menyapu dua khuf. Hadits ini juga telah diriwayatkan daripada Abi Musa Al-Asy`ari daripada Nabi s.a.w bahawa baginda  telah  menyapu dua stoking tetapi isnad hadits ini tidak muttashil dan tidak kuat. Walau  bagaimanapun `Ali bin Abu Thalib, Ibn Mas`ud, Bara’ bin `Azib, Anas bin Malik, Abu Umamah, Sahl bin Sa`d dan `Amar bin huraits telah menyapu dua stokin (dalam berwudhu’). Perkara ini juga (menyapu stokin) ada diriwayatkan oleh `Umar bin Al-Khatthab dan Ibn `Abbas.

160 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ وَعَبَّادُ بْنُ مُوسَى قَالَا حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ عَنْ يَعْلَى بْنِ عَطَاءٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ عَبَّادٌ قَالَ أَخْبَرَنِي أَوْسُ بْنُ أَبِي أَوْسٍ الثَّقَفِيُّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ وَمَسَحَ عَلَى نَعْلَيْهِ وَقَدَمَيْهِ وَقَالَ عَبَّادٌ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَى كِظَامَةَ قَوْمٍ يَعْنِي الْمِيضَأَةَ وَلَمْ يَذْكُرْ مُسَدَّدٌ الْمِيضَأَةَ وَالْكِظَامَةَ ثُمَّ اتَّفَقَا فَتَوَضَّأَ وَمَسَحَ عَلَى نَعْلَيْهِ وَقَدَمَيْهِ

160 – Musaddad dan `Abbad bin Musa meriwayatkan kepada kami, mereka berkata :Husyaim meriwayatkan kepada kami daripada Ya`la bin `Atha’ daripada ayahnya, `Abbad berkata: Aus bin Abi Aus Ats-Tsaqafi meriwayatkan kepada saya bahawa Rasulallah s.a.w berwudhu’ dan baginda telah menyapu dua seliparnya dan dua kakinya. `Abbad berkata: Saya telah melihat Rasulallah s.a.w pergi ke satu kolam milik satu kaum iaitu tempat orang ramai berwudhu’. Musaddad tidak ada menyebutkan di dalam riwayatnya الْمِيضَأَةَ  وَالْكِظَامَةَ , kemudian mereka berdua (Musaddad dan `Abbad) bersepakat tentang “maka Nabi s.a.w berwudhu’ dan menyapu dua selipar dan dua kakinya”.

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *