Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 23 – Bab Berkenaan Wudhu’ Di Dalam Bekas Tembaga / Gangsa & Bab Membaca Bismillah Ketika Berwudhu’.
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 23 – Bab Berkenaan Wudhu’ Di Dalam Bekas Tembaga / Gangsa & Bab Membaca Bismillah Ketika Berwudhu’.

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 23 – 08-Ogs-04

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:08 – Terjemahan Hadis.
2 – 05:12 – Bab : Berwuduk Di Dalam Bekas.
3 – 32:23 – Bab : Baca Bismillah Ketika Berwuduk.
4 – 59:59 – Bab : Orang Yang Masukkan Tangannya Ke Dalam Bekas Air Sebelum Basuh Tangan.

 

 

 

بَاب الْوُضُوءِ فِي آنِيَةِ الصُّفْرِ

Bab Wudhu’ Dari Bekas Tembaga /Gangsa

98 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ أَخْبَرَنِي صَاحِبٌ لِي عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ أَنَّ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي تَوْرٍ مِنْ شَبَهٍ

98 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya:  Hammad meriwayatkan kepada kami, katanya: seorang sahabatku meriwayatkan kepada saya daripada Hisyam bin `Urwah bahawa `A’isyah berkata: “Aku mandi bersama Rasulillah di dalam satu bekas daripada tembaga /gangsa.”

99 –  حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلاءِ أَنَّ إسحاق بْنَ مَنْصُورٍ حَدَّثَهُمْ عَنْ حَمَّادِ بْنِ سَلَمَةَ عَنْ رَجُلٍ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِي اللَّه عَنْهَا عَنِ النَّبِيِّ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِنَحْوِهِ

99 – Muhammad bin Al-`Alaa’ meriwayatkan kepada kami bahawa Is-haq bin Manshur meriwayatkannya daripada Hammad bin Salamah daripada seorang lelaki daripada Hisyam bin `Urwah daripada ayahnya daripada `A’isyah r.a. daripada Nabi s.a.w. sama dari segi ma`nanya (dengan hadits yang tersebut sebelum ini).

100 –  حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ وَسَهْلُ بْنُ حَمَّادٍ قَالا حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ قَالَ جَاءَنَا رَسُولُ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْرَجْنَا لَهُ مَاءً فِي تَوْرٍ مِنْ صُفْرٍ فَتَوَضَّأَ

100 – Al-Hasan bin `Ali meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Al-Walid dan Sahl bin Hammad meriwayatkan kepada kami, kata mereka:  `Abdul `Aziz bin `Abdillah bin Abi Salamah meriwayatkan kepada kami daripada `Amr bin Yahya daripada ayahnya daripada `Abdillah bin Zaid katanya: Rasulullah s.a.w. telah datang kepada kami maka kami pun mengeluarkan kepada baginda s.a.w. air dalam satu bekas daripada tembaga/gangsa lalu baginda pun berwudhu’.

 

 

بَاب فِي التَّسْمِيَةِ عَلَى الْوُضُوءِ

Bab Membaca Bismillah Ketika Berwudhu’ 

101 –  حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى عَنْ يَعْقُوبَ بْنِ سَلَمَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى اللَّهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا صَلاةَ لِمَنْ لا وُضُوءَ لَهُ وَلا وُضُوءَ لِمَنْ لَمْ يَذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى عَلَيْهِ

101 – Qutaibah bin Sa`id meriwayatkan kepada kami, katanya:  Muhammad bin Musa meriwayatkan kepada kami daripada Ya`qub bin Salamah daripada ayahnya daripada Abi Hurairah katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada sembahyang bagi sesiapa yang tiada wudhu’ dan tiada wudhu’ bagi sesiapa yang tidak menyebut nama Allah (sebelum berwuduk).”

102 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ السَّرْحِ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ عَنِ الدَّرَاوَرْدِيِّ قَالَ وَذَكَرَ رَبِيعَةُ أَنَّ تَفْسِيرَ حَدِيثِ النَّبِيِّ صلى اللَّهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا وُضُوءَ لِمَنْ لَمْ يَذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ أَنَّهُ الَّذِي يَتَوَضَّأُ وَيَغْتَسِلُ وَلا يَنْوِي وُضُوءًا لِلصَّلاةِ وَلا غُسْلا لِلْجَنَابَةِ

102 – Ahmad bin `Amr bin As-Sarh meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Wahb meriwayatkan kepada kami daripada Ad-Darawardi katanya: Rabi`ah ada menyebut bahawa tafsiran hadits  Nabi s.a.w. “Tiada wudhu’ bagi sesiapa yang tidak menyebut nama Allah” ialah orang yang berwudhu’ dan mandi tetapi tidak berniat untuk wudhu’ bagi menunaikan sembahyang dan tidak berniat untuk mandi Janabah.

 

 

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *