Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 17 – Bab Berkenaan Kencing Di Dalam Air Yang Tenang & Bab Berkenaan Wuduk Dengan Sisa Jilatan Anjing.
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 17 – Bab Berkenaan Kencing Di Dalam Air Yang Tenang & Bab Berkenaan Wuduk Dengan Sisa Jilatan Anjing.

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 17 – 20-Jun-04

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 17 – 20-Jun-04

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

بَاب الْبَوْلِ فِي الْمَاءِ الرَّاكِدِ

Bab Kencing Di Dalam Air Yang Tenang

70 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زَائِدَةُ فِي حَدِيثِ هِشَامٍ عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لا يَبُولَنَّ أَحَدُكُمْ فِي الْمَاءِ الدَّائِمِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ مِنْهُ

70 – Ahmad bin Yunus meriwayatkan kepada kami, katanya: Za’idah di dalam hadits  Hisyam meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w. baginda bersabda: “Jangan sekali-kali seseorang kamu kencing di dalam air yang tenang kemudian dia mandi pula dengan menggunakan air itu.”

71 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَجْلانَ قَالَ سَمِعْتُ أَبِي يُحَدِّثُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَبُولَنَّ أَحَدُكُمْ فِي الْمَاءِ الدَّائِمِ وَلا يَغْتَسِلُ فِيهِ مِنَ الْجَنَابَةِ

71 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya:  Yahya meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin `Ajlan, katanya: Saya telah mendengar ayah saya  meriwayatkan daripada Abi Hurairah, beliau berkata: Nabi s.a.w. bersabda: “Jangan sekali-kali seseorang kamu kencing di dalam air yang tenang dan jangan pula dia mandi di dalam air yang tenang itu kerana berjunub.”

 

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:06 – Terjemahan Hadis.
2 – 10:29 – Bab : Kencing Dalam Air Yang Tenang.
3 – 29:45 – Maksud Atau Sebab Nabi SAW Melarang Kencing Di Dalam Air Yang Tenang Atau Sedikit.
4 – 43:09 – Bab : Berwuduk Dengan Sisa Jilatan Anjing.

 

 

 

بَاب الْوُضُوءِ بِسُؤْرِ الْكَلْبِ

Bab berkenaan wuduk dengan sisa jilatan anjing  

72 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زَائِدَةُ فِي حَدِيثِ هِشَامٍ عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ طُهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ أَنْ يُغْسَلَ سَبْعَ مِرَارٍ أُولاهُنَّ بِتُرَابٍ

 قَالَ أبو دَاود وَكَذَلِكَ قَالَ أَيُّوبُ وَحَبِيبُ بْنُ الشَّهِيدِ عَنْ مُحَمَّدٍ ح حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا الْمُعْتَمِرُ يَعْنِي ابْنَ سُلَيْمَانَ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ جَمِيعًا عَنْ أَيُّوبَ عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ بِمَعْنَاهُ وَلَمْ يَرْفَعَاهُ وَزَادَ وَإِذَا وَلَغَ الْهِرُّ غُسِلَ مَرَّةً

72 – Ahmad bin Yunus meriwayatkan kepada kami, katanya:  Za’idah di dalam hadits  Hisham meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Bersihnya bekas seseorang kamu apabila anjing menjilatnya ialah apabila dia membasuh 7 kali, yang pertama daripadanya dengan tanah.

Abu Daud berkata: demikianlah kata Ayyub dan Habib bin Syahid daripada Muhammad (ح) Musaddad juga meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Mu`tamir iaitu Ibn Sulaiman (ح) Muhammad bin `Ubaid juga meriwayatkan kepada kami, katanya:  Hammad bin Zaid kesemuanya meriwayatkan kepada kami daripada Ayyub daripada Muhammad daripada Abi Hurairah sama ma`na dengan hadits yang tersebut tadi tetapi mereka tidak memarfu`kan hadits  ini malah Ayyub menambah “Apabila kucing menjilat (bekas) dibasuh sekali (bekas itu).”

73 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا أَبَانُ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ أَنَّ مُحَمَّدَ بْنَ سِيرِينَ حَدَّثَهُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا وَلَغَ الْكَلْبُ فِي الانَاءِ فَاغْسِلُوهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ السَّابِعَةُ بِالتُّرَابِ

قَالَ أبو د وَأَمَّا أَبُو صَالِحٍ وَأَبُو رَزِينٍ وَالاعْرَجُ وَثَابِتٌ الاحْنَفُ وَهَمَّامُ بْنُ مُنَبِّهٍ وَأَبُو السُّدِّيِّ عَبْدُ الرَّحْمَنِ رَوَوْهُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَلَمْ يَذْكُرُوا التُّرَابَ

73 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya:  Aban meriwayatkan kepada kami, katanya: Qatadah meriwayatkan kepada kami bahawa Muhammad bin Sirin meriwayatkan kepadanya daripada Abi Hurairah bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila anjing menjilat sesuatu dalam bekas maka basuhlah bekas itu 7 kali, basuhan yang ketujuh dengan tanah.

Abu Daud berkata adapun Abu Shalih, Abu Razin, Al-A`raj, Tsabit Al-Ahnaf, Hammam bin Munabbih dan Abu As-Suddi iaitu `Abdur Rahman, mereka  juga meriwayatkannya daripada Abi Hurairah tetapi mereka tidak menyebut tanah (basuh dengan menggunakan tanah).

74 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ حَنْبَلٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ شُعْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو التَّيَّاحِ عَنْ مُطَرِّفٍ عَنِ ابْنِ مُغَفَّلٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِقَتْلِ الْكِلابِ ثُمَّ قَالَ مَا لَهُمْ وَلَهَا فَرَخَّصَ فِي كَلْبِ الصَّيْدِ وَفِي كَلْبِ الْغَنَمِ وَقَالَ إِذَا وَلَغَ الْكَلْبُ فِي الانَاءِ فَاغْسِلُوهُ سَبْعَ مِرَارٍ وَالثَّامِنَةُ عَفِّرُوهُ بِالتُّرَابِ

 قَالَ أبو دَاود وَهَكَذَا قَالَ ابْنُ مُغَفَّلٍ

74 – Ahmad bin Muhammad bin Hanbal meriwayatkan kepada kami, katanya:  Yahya bin Sa`id meriwayatkan kepada kami daripada Syu`bah, katanya: Abu At-Tayyah meriwayatkan kepada kami daripada Mutharrif daripada Ibn Mughaffal bahawa Rasulallah s.a.w. menyuruh membunuh anjing kemudian baginda bersabda: “Kenapa mereka sibuk membicarakan tentang anjing-anjing itu”? Lalu baginda membenarkan dipelihara anjing buruan dan anjing untuk menjaga ternakan sambil bersabda: “Apabila anjing menjilat sesuatu dalam bekas maka basuhlah bekas itu 7 kali dan yang kelapan daripadanya kamu basuhlah menggunakan tanah.”

Abu Daud berkata demikianlah pendapat Ibn Mughaffal.

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *