Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 45 – Bab Tentang Orang Berjunub Menjadi Imam Kepada Orang Ramai Dalam Keadaan Dia Terlupa & Bab Tentang Seseorang Yang Mendapati Kesan Basah Semasa Tidurnya.
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 45 – Bab Tentang Orang Berjunub Menjadi Imam Kepada Orang Ramai Dalam Keadaan Dia Terlupa & Bab Tentang Seseorang Yang Mendapati Kesan Basah Semasa Tidurnya.

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 45 – 15-Mac-05

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 45 – 15-Mac-05

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:07 – Terjemahan Hadis.
2 – 11:46 – Bab : Seseorang Yang Berjunub Kemudian Menjadi Imam Dalam Keadaan Dia Terlupa Tentang Jununbnya.
3 – 01:05:55 – Bab : Seseorang Mendapati Kesan Basah Di Tempat Tidurnya.

 

 

 

بَاب فِي الْجُنُبِ يُصَلِّ بِالْقَوْمِ وَهُوَ نَاسٍ

Bab Orang Yang Berjunub Menjadi Imam Kepada Orang Ramai Dalam Keadaan Terlupa

233 حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ زِيَادٍ الْأَعْلَمِ عَنْ الْحَسَنِ عَنْ أَبِي بَكْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ فِي صَلَاةِ الْفَجْرِ فَأَوْمَأَ بِيَدِهِ أَنْ مَكَانَكُمْ ثُمَّ جَاءَ وَرَأْسُهُ يَقْطُرُ فَصَلَّى بِهِمْ

233-Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: hammad meriwayatkan kepada kami daripada Ziad al-A’lam daripada al-Hasan daripada Abi Bakrah bahawasanya Rasululah s.a.w. pernah memulakan sembahyang fajar, lalu Baginda mengisyaratkan dengan tangannya bererti “tetaplah kamu di tempat masing-masing,” kamudian Baginda datang dalam keadaan kepalanya menitiskan air, lalu Baginda menjadi imam kepada mereka.

234-حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَخْبَرَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ بِإِسْنَادِهِ وَمَعْنَاهُ وَقَالَ فِي أَوَّلِهِ فَكَبَّرَ وَقَالَ فِي آخِرِهِ فَلَمَّا قَضَى الصَّلَاةَ قَالَ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ وَإِنِّي كُنْتُ جُنُبًا قَالَ أَبُو دَاوُد رَوَاهُ الزُّهْرِيُّ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ فَلَمَّا قَامَ فِي مُصَلَّاهُ وَانْتَظَرْنَا أَنْ يُكَبِّرَ انْصَرَفَ ثُمَّ قَالَ كَمَا أَنْتُمْ وَرَوَاهُ أَيُّوبُ وَابْنُ عَوْنٍ وَهِشَامٌ عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَكَبَّرَ ثُمَّ أَوْمَأَ إِلَى الْقَوْمِ أَنْ اجْلِسُوا فَذَهَبَ فَاغْتَسَلَ وَكَذَلِكَ رَوَاهُ مَالِكٌ عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ أَبِي حَكِيمٍ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ قَالَ إِ نَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَبَّرَ فِي صَلَاةٍ قَالَ أَبُو دَاوُد وَكَذَلِكَ حَدَّثَنَاه مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا أَبَانُ عَنْ يَحْيَى عَنْ الرَّبِيعِ بْنِ مُحَمَّدٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَبَّرَ

234-`Ustman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid bin Harun meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad bin Salamah meriwayatkan kepada kami, sama dari segi sanad dan maknanya (sanad  dan makna riwayat Yazid bin Harun)  Cuma dia (Yazid bin Harun) ada menyebutkan di awalnya:فَكَبَّرَ (maka Rasulullah s.a.w. bertakbir) dan di akhirnya beliau menyebutkan: فَلَمَّا قَضَى الصَّلَاةَ قَالَ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ وَإِنِّي كُنْتُ جُنُبًا  (bila mana Nabi s.a.w. selesai bersembahyang Baginda bersabda: aku hanya seorang manusia dan tadi aku berjunub).

Abu Daud berkata: Zuhri telah meriwayatkan hadits ini daripada Abi Salamah daripada Abi Hurairah, katanya: apabila Baginda telah berdiri di tempat sembahyangnya dan kami telah menunggu Dia bertakbir tiba-tiba Rasulullah s.a.w pun berpaling, kemudian Baginda berkata: “hendaklah kamu tetap di tempat kamu masing-masing.” Ayyub, Ibn `Aun dan Hisyam meriwayatkan hadits ini daripada Muhammad daripada Nabi s.a.w, katanya (Muhammad bin Sirin). Maka Nabi s.a.w bertakbir, kemudian (selepas bertakbir itu) Baginda mengisyaratkan kepada orang ramai yang mana isyaratnya itu memberi makna duduklah kamu! Lalu Baginda pergi dan mandi. Demikian juga hadits ini telah diriwayatkan oleh Malik daripada Isma`il bin Abi Hakim daripada `Atho’ bin Yasar, katanya: sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bertakbir di permulaan satu sembahyang.

Abu Daud berkata: demikian juga hadits ini telah diriwatkan oleh Muslim bin Ibrahim kepada kami, katanya: Aban telah meriwayatkan kepada kami daripada Yahya daripada ar-Rabi’ bin Muhammad daripada Nabi s.a.w. bahawa Baginda telah pun bertakbir.

235 حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عُثْمَانَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا الزُّبَيْدِيُّ ح و حَدَّثَنَا عَيَّاشُ بْنُ الْأَزْرَقِ أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ عَنْ يُونُسَ ح و حَدَّثَنَا مَخْلَدُ بْنُ خَالِدٍ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ خَالِدٍ إِمَامُ مَسْجِدِ صَنْعَاءَ حَدَّثَنَا رَبَاحٌ عَنْ مَعْمَرٍ ح و حَدَّثَنَا مُؤَمَّلُ بْنُ الْفَضْلِ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ عَنْ الْأَوْزَاعِيِّ كُلُّهُمْ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ وَصَفَّ النَّاسُ صُفُوفَهُمْ فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى إِذَا قَامَ فِي مَقَامِهِ ذَكَرَ أَنَّهُ لَمْ يَغْتَسِلْ فَقَالَ لِلنَّاسِ مَكَانَكُمْ ثُمَّ رَجَعَ إِلَى بَيْتِهِ فَخَرَجَ عَلَيْنَا يَنْطُفُ رَأْسُهُ وَقَدْ اغْتَسَلَ وَنَحْنُ صُفُوفٌ وَهَذَا لَفْظُ ابْنِ حَرْبٍ وَقَالَ عَيَّاشٌ فِي حَدِيثِهِ فَلَمْ نَزَلْ قِيَامًا نَنْتَظِرُهُ حَتَّى خَرَجَ عَلَيْنَا وَقَدْ اغْتَسَلَ

235-`Amar bin `Ustman meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Harb meriwayatkan kepada kami, katanya: az-Zubaidi meriwayatkan kepada kami ح  `Ayyasy bin al-Azraq meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Wahb meriwayatkan kepada kami daripada Yunus ح  Makhlad bin Khalid meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibrahim bin Khalid yaitu imim masjid Shan`aa’ meriawayatkan kepada kami, katanya: Rabah meriwayatkan kepada kami daripada Ma’mar ح  Muammal bin al-Fadhal meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Walid meriwayatkan kepada kami daripada al-Auza`i, kesemua mereka mengambil daripada az-Zuhri daripada Abi Salamah daripada Abi Hurairah, katanya: sembahyang telah pun diiqomatkan dan orang ramai telah pun berada di dalam shof-shof mereka, tiba-tiba Rasulullah s.a.w. keluar sehingga apabila Baginda telah berdiri di tempatnya (tempat imim) lantas Baginda teringat bahawa Beliau belum lagi mandi, maka Baginda berkata kepada orang ramai: hendaklah kamu berada di tempat masig-masing. Kemudian Baginda pulang ke rumahnya. lalu Beliau keluar kepada kami (selepas itu) dalam keadaan kepalanya (rambutnya) menitiskan air dan Baginda telah pun selesai mandi manakala kami telah berada di dalam shof. Ini lafaz Ibn Harb. Dan `Ayyasy berkata di dalam riwayatnya: kami terus berdiri menanti Baginda sehingga Baginda keluar kepada kami dalam keadaan Baginda telah pun selesai mandi.

 

بَاب فِي الرَّجُلِ يَجِدُ الْبِلَّةَ فِي مَنَامِهِ

Bab Orang Yang Mendapati Kesan Basah Ketika Tidurnya

236 حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ خَالِدٍ الْخَيَّاطُ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ الْعُمَرِيُّ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ الْقَاسِمِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الرَّجُلِ يَجِدُ الْبَلَلَ وَلَا يَذْكُرُ احْتِلَامًا قَالَ يَغْتَسِلُ وَعَنْ الرَّجُلِ يَرَى أَن قَدْ احْتَلَمَ وَلَا يَجِدُ الْبَلَلَ قَالَ لَا غُسْلَ عَلَيْهِ فَقَالَتْ أُمُّ سُلَيْمٍ الْمَرْأَةُ تَرَى ذَلِكَ أَعَلَيْهَا غُسْلٌ قَالَ نَعَمْ إِنَّمَا النِّسَاءُ شَقَائِقُ الرِّجَالِ

236-Qutaibah bin Sa`id meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad bin Khalid al-Khayyath meriwayatkan kepada kami, katanya: Abdullah al-`Umari meriwayatkan kepada kami daripada `Ubaidillah bin al-Qosim daipada `Aaisyah, katanya: Rasulullah s.a.w. pernah ditanya tentang seseorang yang mendapati ada kesan basah tetapi dia tidak teringat bahawa dia ada bermimpi. Baginda menjawab: dia perlu mandi. Dan Baginda pernah ditanya tetang orang yang bermimpi tetapi dia tidak mendapati kesan basah. Nabi menjawab: dia tidak perlu mandi. Ummu Sulaim bertanya: adakah perlu mandi bagi perempuan yang mengalami situasi demikian?. Nabi menjawab: ya! Sesungguhnya perempuan itu sama seperti lelaki.

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *