Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 44 – Bab Tentang Orang Berjunub Boleh Bersalam-Salaman & Bab Tentang Orang Berjunub Boleh Masuk Ke Dalam Masjid.
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 44 – Bab Tentang Orang Berjunub Boleh Bersalam-Salaman & Bab Tentang Orang Berjunub Boleh Masuk Ke Dalam Masjid.

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 44 – 06-Mac-05

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 44 – 06-Mac-05

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:26 – Terjemahan Hadis.
2 – 09:47 – Bab : Orang Yang Berjunub Boleh Bersalam – Salaman.
3 – 14:23 – Orang Islam Bukannya Najis.
4 – 22:36 – Bab : Orang Berjunub Boleh Masuk Ke Dalam Masjid.
5 – 29:08 – Ulama’ Berselisih Pendapat Tentang Perempuan Haid Dan Orang Yang Berjunub Boleh Atau Tidak Masuk Dalam Masjid.

 

 

بَاب فِي الْجُنُبِ يُصَافِحُ

Bab Tentang Orang Yang Berjunub Boleh Bersalam-Salaman 

230 حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ مِسْعَرٍ عَنْ وَاصِلٍ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ حُذَيْفَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقِيَهُ فَأَهْوَى إِلَيْهِ فَقَالَ إِنِّي جُنُبٌ فَقَالَ إِنَّ الْمُسْلِمَ لَيسَ بِْنَجِسٍ

230-Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya meriwayatkan kepada kami daripada Mis`ar daripada Washil daripada Abi Wa’il daripada Huzaifah bahawasanya Nabi s.a.w. pernah menemuinya lalu Baginda menuju kearahnya lantas dia berkata: sebenarnya saya berjunub, maka Nabi s.a.w. bersabda: bahawasanya orang muslim itu tidak najis.

231 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى وبِشْرٌ عَنْ حُمَيْدٍ عَنْ بَكْرٍ عَنْ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ لَقِيَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي طَرِيقٍ مِنْ طُرُقِ الْمَدِينَةِ وَأَنَا جُنُبٌ فَاخْتَنَسْتُ فَذَهَبْتُ فَاغْتَسَلْتُ ثُمَّ جِئْتُ فَقَالَ أَيْنَ كُنْتَ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ قُلْتُ إِنِّي كُنْتُ جُنُبًا فَكَرِهْتُ أَنْ أُجَالِسَكَ عَلَى غَيْرِ طَهَارَةٍ فَقَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ إِنَّ الْمُسْلِمَ لَا يَنْجُسُ و قَالَ وَفِي حَدِيثِ بِشْرٍ حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ حَدَّثَنِي بَكْرٌ

231-Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya dan Bisyr meriwyatkan kepada kami daripada Humaid daripada Bakr daripada Abi Rafi’ daripada Abi Hurairah, katanya: Rasulullah s.a.w. pernah menemuiku di salah satu jalan di Madinah sedang aku pada ketika itu dalam keadaan berjunub, aku pun melarikan diri lalu pergi mandi kemudian datang kembali, Baginda bertanya: di mana engkau tadi wahai Abu Hurairah?, Abu Hurairah menjawab: tadi aku berjunub maka aku tidak suka duduk bersama engkau dalam keadaan tidak suci, Baginda berkata: subhanallah! Sesungguhnya orang muslim tidak najis.

Abu Daud berkata di dalam riwayat Bisyr, katanya: Humaid meriwayatkan kepada kami, katanya: Bakr meriwayatkan kepada ku.

 

بَاب فِي الْجُنُبِ يَدْخُلُ الْمَسْجِدَ

Bab Orang Yang Berjunub Boleh Memasuki Masjid 

232 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ حَدَّثَنَا ْأَفْلَتُ بْنُ خَلِيفَةَ قَالَ حَدَّثَتْنِي جَسْرَةُ بِنْتُ دَجَاجَةَ قَالَتْ سَمِعْتُ عَائِشَةَ تَقُولُ جَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَوُجُوهُ بُيُوتِ أَصْحَابِهِ شَارِعَةٌ فِي الْمَسْجِدِ فَقَالَ وَجِّهُوا هَذِهِ الْبُيُوتَ عَنْ الْمَسْجِدِ ثُمَّ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ يَصْنَعْ الْقَوْمُ شَيْئًا رَجَاءَ أَنْ تَنْزِلَ فِيهِمْ رُخْصَةٌ فَخَرَجَ إِلَيْهِمْ  فَقَالَ وَجِّهُوا هَذِهِ الْبُيُوتَ عَنْ الْمَسْجِدِ فَإِنِّي لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلَا جُنُبٍ قَالَ أَبُو دَاوُد هُوَ فُلَيْتٌ الْعَامِرِيُّ

232-Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul Wahid bin Ziad meriwayatkan kepada kami, katanya: Aflat bin Khalifah meriwayatkan kepada kami, katanya: Jasrah binti Dajajah meriwayatkan kepada ku, katanya: aku pernah mendengar `Aaisyah berkata: Rasulullah s.a.w. datang dan pada ketika itu pintu-pintu rumah para shahabat terbuka kearah masjid, maka Baginda bersabda: alihkan pintu-pintu rumah ini dari arah masjid, kemudian Nabi s.a.w. masuk kembali dan orang ramai idak melakukan apa-apa dengan harapan akan turun kemudahan untuk mereka, kamudian Baginda keluar kepada mereka dengan bersabda: alihkan muka pintu-pintu rumah ini daripada masjid kerana aku tidak menghalalkan masjid untuk orang yang berhaidh dan orang yang berjunub.

Abu Daud berkata: dia (Aflat bin Khalifah) juga dikenali sebagai Fulait al-`Amiri.

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *