Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 43 – Bab Orang Yang Berpendapat Orang Berjunub Perlu Berwudhu’ & Bab Tentang Orang Berjunub Boleh Melewatkan Mandinya & Bab Tentang Orang Berjunub Boleh Membaca Al Quran.
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 43 – Bab Orang Yang Berpendapat Orang Berjunub Perlu Berwudhu’ & Bab Tentang Orang Berjunub Boleh Melewatkan Mandinya & Bab Tentang Orang Berjunub Boleh Membaca Al Quran.

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 43 – 27-Feb-05

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 43 – 27-Feb-05

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:08 – Terjemahan Hadis.
2 – 10:01 – Bab : Orang Yang Berpendapat Orang Yang Berjunub Itu Perlu Berwudhu’.
3 – 21:29 – Bab : Orang Yang Berjunub Boleh Mentakhirkan Mandi.
4 – 01:07:50 – Bab : Orang Berjunub Boleh Membaca.

 

 

َاب مَنْ قَالَ الْجُنُبُ يَتَوَضَّأُ

Bab Orang Yang Mengatakan Orang Yang Berjunub Itu Perlu Berwudhu’

224 حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ الْأَسْوَدِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَأْكُلَ أَوْ يَنَامَ تَوَضَّأَ تَعْنِي وَهُوَ جُنُبٌ

224-Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah meriwayatkan kepada kami daripada al-Hakam daripada Ibrahim daripada al-Aswad daripada `Aisyah, bahawa apabila Nabi s.a.w. mahu makan atau tidur Baginda akan berwudhu’, maksud beliau (`Aisyah) dalam keadaan Nabi s.a.w. berjunub.

225 – حَدَّثَنَا مُوسَى يَعْنِي ابْنَ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ أَخْبَرَنَا عَطَاءٌ الْخُرَاسَانِيُّ عَنْ يَحْيَى بْنِ يَعْمَرَ عَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍأَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَخَّصَ لِلْجُنُبِ إِذَا أَكَلَ أَوْ شَرِبَ أَوْ نَامَ أَنْ يَتَوَضَّأَ قَالَ أَبُو دَاوُد بَيْنَ يَحْيَى بْنِ يَعْمَرَ وَعَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ فِي هَذَا الْحَدِيثِ رَجُلٌ و قَالَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ وَابْنُ عُمَرَ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرٍو الْجُنُبُ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَأْكُلَ تَوَضَّأَ

225-Musa yaitu Ibn Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami, katanya: `Atho’ al-Khurasani meriwayatkan kepada kami daipada Yahya bin Ya’mar daripada `Ammar bin Yasir, bahawa Nabi s.a.w telah membenarkan kepada orang yang berjunub apabila mahu makan,minum atau tudur untuk berwudhu’.

Abu Daud berkata: diantara Yahya bin Ya’mar dan `Ammar bin Yasir di dalam hadits ini ada seseorang. `Ali bin Abi Thalib, Ibn `Umar dan `Abdullah bin `Amar mengatakan: orang yang berjunub perlu berwudhu’ apabila mahu makan.

 

بَاب فِي الْجُنُبِ يُؤَخِّرُ الْغُسْلَ

Bab Tentang Orang Yang Berjunub Boleh Melewatkan Mandinya 

226 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا المُعْتَمِرٌ ح و حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَا حَدَّثَنَا بُرْدُ بْنُ سِنَانٍ عَنْ عُبَادَةَ بْنِ نُسَيٍّ عَنْ غُضَيْفِ بْنِ الْحَارِثِ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ أَرَأَيْتِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَغْتَسِلُ مِنْ الْجَنَابَةِ فِي أَوَّلِ اللَّيْلِ أَوْ فِي آخِرِهِ قَالَتْ رُبَّمَا اغْتَسَلَ فِي أَوَّلِ اللَّيْلِ وَرُبَّمَا اغْتَسَلَ فِي آخِرِهِ قُلْتُ اللَّهُ أَكْبَرُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ فِي الْأَمْرِ سَعَةً قُلْتُ أَرَأَيْتِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُوتِرُ أَوَّلَ اللَّيْلِ أَمْ فِي آخِرِهِ قَالَتْ رُبَّمَا أَوْتَرَ فِي أَوَّلِ اللَّيْلِ وَرُبَّمَا أَوْتَرَ فِي آخِرِهِ قُلْتُ اللَّهُ أَكْبَرُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ فِي الْأَمْرِ سَعَةً قُلْتُ أَرَأَيْتِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَجْهَرُ بِالْقُرْآنِ أَو يُخَافِتُ بِهِ قَالَتْ رُبَّمَا جَهَرَ بِهِ وَرُبَّمَا خَفَتَ قُلْتُ اللَّهُ أَكْبَرُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ فِي الْأَمْرِ سَعَةً

226-Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Mu’tamir meriwayatkan kepada kami ح Ahmad bin Hanbal meriwayatkan kepada kami, katanya: Isma`il bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Burd bin sinan meriwayatkan kepada kami daripada `Ubadah bin Nusai daripada Ghudhaif bin al-Harits, katanya: aku berkata kepada `Aisyah: “bagaimana dengan Rasulullah s.a.w. adakah baginda mandi junub di awal malam atau di akhirnya?”, `Aisyah menjawab: “kadang-kadang Baginda mandi di awal malam dan kadang-kadang Baginda mandi di akhirnya”. Aku pun berkata: Allahu Akbar segala puji bagi Allah yang telah memberi keluasan dalam perkara ini. Aku bertanya lagi: “bagaimana dengan Rasulullah s.a.w. berwitir adakah Baginda melakukannya di awal malam atau di akhirnya?”, `Aisyah menjawab: “kadang-kadang Baginda berwitir di awal malam dan kadang-kadang di akhirnya”. Aku pun berkata: Allahu Akbar segala puji bagi Allah yang telah member keluasan dalam perkara ini. Aku bertanya lagi: bagimana dengan Rasulullah s.a.w. membaca al-quran adakah Baginda membacanya dengan nyaring atau dengan perlahan? `Aisyah menjawab: “kadang-kadang Baginda membaca dengan suara yang nyarig dan kadang-kadang dengan suara perlahan”. Aku pun berkata: Allahu Akbar segala puji bagi Allah yang telah memberi keluasan dalam perkara ini.

227 – حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَلِيِّ بْنِ مُدْرِكٍ عَنْ أَبِي زُرْعَةَ بْنِ عَمْرِو بْنِ جَرِيرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُجَيٍّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَلِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ صُورَةٌ وَلَا كَلْبٌ وَلَا جُنُبٌ

227-Hafsh bin `Umar meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah meriwayatkan kepada kami daripada `Ali bin Mudrik daripada Abi Zur`ah bin `Amar bin Jarir dariada `Abdillah bin Nujai dariada ayahnya daripada `Ali daripada Nabi s.a.w. sabdanya: malaikat tidak memasuki rumah yang terdapat di dalamnya patung, anjing dan orang yang berjunub.

228 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ الْأَسْوَدِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنَامُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَمَسَّ مَاءًقَالَ أَبُو دَاوُد حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْوَاسِطِيُّ قَالَ سَمِعْتُ يَزِيدَ بْنَ هَارُونَ يَقُولُ هَذَا الْحَدِيثُ وَهْمٌ يَعْنِي حَدِيثَ أَبِي إِسْحَقَ….

228-Muhamad bin Katsir meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufian meriwayatkan kepada kami daripada Abi Ishaq daripada al-Aswad daripada `Aisyah, katanya: Rasulullah s.a.w. sering kali tidur dalam keadaan berjunub tampa menyentuh air.

Abu Daud berkata: al-Hasan bin `Ali al-Washithi menceritakan kepada kami, katanya: saya telah mendengar Yazid bin Harun berkata: di dalam hadits ini terdapat kekeliruan, maksud beliau ialah hadits Abi Ishaq.

 

بَاب فِي الْجُنُبِ يَقْرَأُ

Bab Tentang Orang Yang Berjunub Membaca Al-quran 

229 – حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَمْرِو بْنِ مُرَّةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَلِمَةَ قَالَ دَخَلْتُ عَلَى عَلِيٍّ أَنَا وَرَجُلَانِ رَجُلٌ مِنَّا وَرَجُلٌ مِنْ بَنِي أَسَدٍ أَحْسَبُ فَبَعَثَهُمَا عَلِيٌّ وَجْهًا وَقَالَ إِنَّكُمَا عِلْجَانِ فَعَالِجَا عَنْ دِينِكُمَا ثُمَّ قَامَ فَدَخَلَ الْمَخْرَجَ ثُمَّ خَرَجَ فَدَعَا بِمَاءٍ فَأَخَذَ مِنْهُ حَفْنَةً فَتَمَسَّحَ بِهَا ثُمَّ جَعَلَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ فَأَنْكَرُوا ذَلِكَ فَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ مِنْ الْخَلَاءِ فَيُقْرِئُنَا الْقُرْآنَ وَيَأْكُلُ مَعَنَا اللَّحْمَ وَلَمْ يَكُنْ يَحْجُبُهُ أَوْ قَالَ يَحْجِزُهُ عَنْ الْقُرْآنِ شَيْءٌ لَيْسَ الْجَنَابَةَ

229-Hafsh bin `Umar meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah meriwayatkan kepada kami daripada `Amar bin Murrah daripada `Abdillah bin Salimah katanya: aku bersama dua orang yang lain telah masuk menemui `Ali, saya rasa seorang daripadanya adalah dari kalangan kami dan seorang lagi daripada Bani Asad. Maka `Ali menghantarkan mereka berdua untuk sesuatu tujuan dan `Ali berkata kepada mereka berdua: kamu berdua kuat lagi perkasa oleh itu pertahankanlah agama kamu, kemudian `Ali bangkit lalu masuk ke tempat membuang air kemudian keluar maka beliau memita air lalu diambilnya air itu satu cebokan dan disapu-sapunya di tangannya kemudian terus membaca al-quran. Orang-orang yang berada di situ menegur beliau (di atas perbuatannya itu), maka `Ali berkata: sesungguhnya Rasululah s.a.w. selalu keluar daripada tempat membuang air dan terus membaca al-quran dan memakan daging bersama kami, tidak ada sesuatu apapun yang menghalangnya atau beliau berkata: menegahnya daripada membaca al-quran melainkan janabah.

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *