Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 42 – Bab Bersetubuh Dengan Tidak Terkeluar Air Mani & Bab Orang Berjunub Mahu Mengulangi Persetubuhan-Persetubuhan & Bab Wudhu’ Kepada Orang Yang Mahu Mengulangi Persetubuhan & Bab Orang Berjunub Mahu Tidur & Bab Orang Berjunub Mahu Makan.
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 42 – Bab Bersetubuh Dengan Tidak Terkeluar Air Mani & Bab Orang Berjunub Mahu Mengulangi Persetubuhan-Persetubuhan & Bab Wudhu’ Kepada Orang Yang Mahu Mengulangi Persetubuhan & Bab Orang Berjunub Mahu Tidur & Bab Orang Berjunub Mahu Makan.

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 42 – 20-Feb-05

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 42 – 20-Feb-05

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:06 – Terjemahan Hadis.
2 – 07:42 – Bab : Bersetubuh Dengan Tidak terkeluar Air Mani.
3 – 33:44 – Bab : Orang Yang Berjunub Mahu Mengulangi Persetubuhannya.
4 – 56:26 – Bab : Wudhu’ Bagi Orang Yang Mahu Mengulangi Persetubuhan.
5 – 01:07:07 – Bab : Orang Berjunub Mahu Tidur.

 

 

بَاب فِي الْإِكْسَالِ

Bab Bersetubuh Tanpa Terkeluar Air Mani

213 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي عَمْرٌو يَعْنِي ابْنَ الْحَارِثِ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ حَدَّثَنِي بَعْضُ مَنْ أَرْضَي أَنَّ سَهْلَ بْنَ سَعْدٍ السَّاعِدِيَّ أَخْبَرَهُ أَنَّ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ َ إِنَّمَا جعلَ ذَلِكَ رُخْصَة لِلنَّاسِ فِي أَوَّلِ الْإِسْلَامِ لِقِلَّةِ الثِّيَابِ ثُمَّ أَمَرَ بِالْغُسْلِ وَنَهَى عَنْ ذَلِكَ

قَالَ أَبُو دَاوُد يَعْنِي الْمَاءَ مِنْ الْمَاءِ

213 – Ahmad bin Sholeh meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Wahb meriwayatkan kepada kami, katanya: `Amar yaitu Ibn al-Harits meriwayatkan kepada kami daripada Ibn Syihab, katanya: salah seorang yang saya senangi telah meriwayatkan kepada saya bahawa Sahal bin Sa`d as-Sa`idi telah meriwayatkan kepadanya, katanya: sesungguhnya Ubai bin Ka`ab telah menceritakan kepadanya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah membenarkan cara tersebut sebagai kemudahan kepada orang ramai di permulaan Islam kerana sedikitnya pakaian (pada ketika itu), kemudian Baginda memerintahkan supaya mandi dan melarang daripada berbuat demikian.

Abu Daud berkata: yakni berkenaan mandi kerana terkeluar air mani.

214 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مِهْرَانَ الْبَزَّازُ الرَّازِيُّ حَدَّثَنَا مُبَشِّرٌ الْحَلَبِيُّ عَنْ مُحَمَّدٍ أَبِي غَسَّانَ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ حَدَّثَنِي أُبَيُّ بْنُ كَعْبٍ أَنَّ الْفُتْيَا الَّتِي كَانُوا يَفْتونَ أَنَّ الْمَاءَ مِنْ الْمَاءِ كَانَتْ رُخْصَةً رَخَّصَهَا رَسُولُ اللَّهِ فِي بَدْءِ الْإِسْلَامِ ثُمَّ أَمَرَ بِالِاغْتِسَالِ بَعْدُ

214 – Muhammad bin Mihran al-Bazzaz ar-Razi meriwayatkan kepada kami, katanya: Mubasysyir al-Halabi meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad yaitu Abi Ghassan daripada Abi Hazim daripada Sahal bin Sa`ad, katanya: Ubai bin Ka`ab menceritakan kepada saya bahawasanya fatwa yang mereka selalu berikan dahulu ialah mandi baru menjadi wajib apabila terkeluarnya air mani, itu adalah suatu kelonggaran yang telah diberikan oleh Rasulullah di permulaan Islam, kamudian selepas itu Baginda memerintahkan supaya mandi.

215 – حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْفَرَاهِيدِيُّ حَدَّثَنَا هِشَامٌ وَشُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ الْحَسَنِ عَنْ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قَعَدَ بَيْنَ شُعَبِهَا الْأَرْبَعِ وَأَلزَقَ الْخِتَانَ بِالْخِتَانِ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ

215 – Muslim bin Ibrahim al-Faraahidi meriwayatkan kepada kami, katanya: Hisyam dan Syu’bah meriwayatkan kepada kami daripada Qatadah daripada al-Hasan daripada Abi Rafi’ daripada Abi Hurairah bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: “apabila seseorang telah berada di antara empat cabang perempuan dan dia telah melekatkan antara khitan dengan khitan maka wajilah mandi.

216 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي عَمْرٌو عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمَاءُ مِنْ الْمَاءِ وَكَانَ أَبُو سَلَمَةَ يَفْعَلُ ذَلِكَ………….

216 – Ahmad bin Shalih meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Wahb meriwayatkan kepada kami, katanya: `Amar meriwayatkan kepada saya daripada Ibn Syihab daripada Abi Salamah bin Abdir Rahman daripada Abi Sa`id al-Khudri, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “mandi baru menjadi wajib apabila terkeluarnya air mani. Dan dahulu Abu Salamah selalu melakukan begitu…………

 

بَاب فِي الْجُنُبِ يَعُودُ

Bab Orang Yang Berjunub Ingin Mengulangi Persetubuhannya

218 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدُ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ الطَّوِيلُ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَافَ ذَاتَ يَوْمٍ عَلَى نِسَائِهِ فِي غُسْلٍ وَاحِدٍ قَالَ أَبُو دَاوُد وَهَكَذَا رَوَاهُ هِشَامُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ أَنَسٍ وَمَعْمَرٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ وَصَالِحُ بْنُ أَبِي الْأَخْضَرِ عَنْ الزُّهْرِيِّ كُلُّهُمْ عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

218 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Humaid at-Thawil meriwayatkan kepada kami daripada Anas, bahawa pada suatu hari Rasululah s.a.w. pernah pergi menyetubuhi isteri-isterinya dengan hanya sekali mandi sahaja.

Abu Daud berkata: demikianlah Hisyam bin Zaid telah meriwayatkan daripada Anas,dan Ma’mar telah meriwayatkan daripada Qatadah daripada Anas dan Shalih bin Abi al-Akhdhar telah meriwayatkan daripada az-Zuhri, semua mereka telah meriwayatkan daripada Anas daripada Nabi s.a.w.

 

بَاب الْوُضُوءِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يَعُودَ

Bab Wudhu’ bagi Orang Yang Mahu Mengulangi Persetubuhan 

219 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي رَافِعٍ عَنْ عَمَّتِهِ سَلْمَى عَنْ أَبِي رَافِعٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَافَ ذَاتَ يَوْمٍ عَلَى نِسَائِهِ يَغْتَسِلُ عِنْدَ هَذِهِ وَعِنْدَ هَذِهِ قَالَ فَقُلْتُ لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا تَجْعَلُهُ غُسْلًا وَاحِدًا قَالَ هَذَا أَزْكَى وَأَطْيَبُ وَأَطْهَرُ قَالَ أَبُو دَاوُد وَحَدِيثُ أَنَسٍ أَصَحُّ مِنْ هَذَا

219 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami daripada `Abdir Rahman bin Abi Rafi’ daripada makciknya yaitu Salma daripada Abi Rafi’ bahawa Nabi s.a.w pernah pergi kepada beberapa orang isterinya pada suatu hari (dengan maksud bersetubuh), baginda mandi di rumah isterinya yang ini kemudian mandi di rumah isterinya yang lain.  Kata  perawi: saya pun berkata kepadanya “wahai Rasulullah! kenapa engkau tidak hanya mandi sekali sahaja? Baginda menjawab: ini lebih menyucikan, lebih mewangikan dan lebih membersihkan.

Abu Daud berkata: hadits Anas lebih shohih daripada hadits ini.

220 حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَوْنٍ حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ غِيَاثٍ عَنْ عَاصِمٍ الْأَحْوَلِ عَنْ أَبِي الْمُتَوَكِّلِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ أَهْلَهُ ثُمَّ بَدَا لَهُ أَنْ يُعَاوِدَ فَلْيَتَوَضَّأْ بَيْنَهُمَا وُضُوءًا

220 – `Amar bin `Aun meriwayatkan kepada kami, katanya: Hafsh bin Ghiats meriwayatkan kepada kami daripada `Ashim al-Ahwal daripada Abi al-Mutawakkil daripada Abi Sa`id al-Khudri daripada Nabi s.a.w. sabdanya: apabila salah seorang daripada kamu mendatangi isterinya (menyetubuhinya), kemudian dia mahu mengulanginya, maka hendaklah dia berwudh’ di antera dua persetubuhan tersebut.

 

بَاب فِي الْجُنُبِ يَنَامُ

Bab Seseorang Yang Mahu Tidur Dalam Keadaan Berjunub

221 حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ ذَكَرَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ تُصِيبُهُ الْجَنَابَةُ مِنْ اللَّيْلِ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأْ وَاغْسِلْ ذَكَرَكَ ثُمَّ نَمْ

221 – `Abdullah bin Maslamah meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada `Abdillah bin Dinar daripada `Abdillah bin `Umar, bahawasanya dia berkata: `Umar bin al-Khattab telah menyebutkan kepada Rasulullah s.a.w. bahawa beliau berjunub pada waktu malam (apakah yang harus dilakukannya?) maka Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: berwudhu’lah dan basuhlah kemaluanmu, kemudian tidurlah.

 

بَاب الْجُنُبِ يَأْكُلُ

Bab Seseorang Yang Mahu Makan Dalam Keadaan Berjunub

222- حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالَا حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَت أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ وَهُوَ جُنُبٌ تَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ 

222 – Musaddad dan Qutaibah bin Sa`id meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufian meriwayatkan kepada kami daripada az-Zuhri daripada Abi Salamah daripada `Aisyah, bahawasanya apabila Nabi s.a.w. mahu tidur dalam keadaan berjunub, Baginda akan berwudhu’ sebagaimana wudhu’nya untuk sembahyang.

-223حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ الْبَزَّازُ حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ يُونُسَ عَنْ الزُّهْرِيِّ بِإِسْنَادِهِ وَمَعْنَاهُ زَادَ وَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَأْكُلَ وَهُوَ جُنُبٌ غَسَلَ يَدَيْهِ قَالَ أَبُو دَاوُد وَرَوَاهُ ابْنُ وَهْبٍ عَنْ يُونُسَ فَجَعَلَ قِصَّةَ الْأَكْلِ قَوْلَ عَائِشَةَ مَقْصُورًا وَرَوَاهُ صَالِحُ بْنُ أَبِي الْأَخْضَرِ عَنْ الزُّهْرِيِّ كَمَا قَالَ ابْنُ الْمُبَارَكِ إِلَّا أَنَّهُ قَالَ عَنْ عُرْوَةَ أَوْ أَبِي سَلَمَةَ وَرَوَاهُ الْأَوْزَاعِيُّ عَنْ يُونُسَ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا قَالَ ابْنُ الْمُبَارَكِ

223-Muhammad bin As-shabbah al-Bazzaz meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn al-Mubarak meriwayatkan kepada kami daripada Yunus daripada az-Zuhri dengan sanadnya dan sama dari segi maknanya, beliau ada menambahkan yaitu apabila Baginda mahu makan dalam keadaan berjunub Baginda akan  membasuh kedua belah tangannya.

Abu Daud berkata: hadits ini telah diriwayatkan oleh Ibn Wahb daripada Yunus tetapi beliau menjadikan cerita makan ini sebagai kata-kata `Aisyah (terhenti kepada `Aisyah, bukan sebagai riwayat yang marfu’) tetapi Sholih bin al-Akhdhor meriwayatkannya daripada az-Zuhri sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn al-Mubarak, Cuma dia berkata: daripada `Urwah atau Abi Salamah, dan al-Auza`i telah meriwayatkan hadits ini daripada Yunus daripada az-Zuhri daripada Nabi s.a.w. sepertimana yang dikemukakan oleh Ibn al-Mubarak

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *