Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 40 – Bab Berwudhu’ Kerana Terkeluar Darah & Bab Berwudhu’ Kerana Tidur.
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 40 – Bab Berwudhu’ Kerana Terkeluar Darah & Bab Berwudhu’ Kerana Tidur.

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 40 – 06-Feb-05

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 40 – 06-Feb-05

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:09 – Terjemahan Hadis.
2 – 14:26 – Bab : Perlu Berwudhu’ Kerana Keluar Darah.
3 – 55:26 – Bab : Berwudhu’ Kerana Tidur.

 

 

بَاب الْوُضُوءِ مِنْ الدَّمِ

Bab Berwudhu’ Kerana Terkeluar Darah

197 – حَدَّثَنَا أَبُو تَوْبَةَ الرَّبِيعُ بْنُ نَافِعٍ حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَقَ حَدَّثَنِي صَدَقَةُ بْنُ يَسَارٍ عَنْ عَقِيلِ بْنِ جَابِرٍ عَنْ جَابِرٍ قَالَ خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَ لَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْنِي فِي غَزْوَةِ ذَاتِ الرِّقَاعِ فَأَصَابَ رَجُلٌ امْرَأَةَ رَجُلٍ مِنْ الْمُشْرِكِينَ فَحَلَفَ أَنْي لَا أَنْتَهِيَ حَتَّى أُهرِيقَ دَمًا فِي أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ فَخَرَجَ يَتْبَعُ أَثَرَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَزَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْزِلًا فَقَالَ مَنْ رَجُلٌ يَكْلَؤُنَا فَانْتَدَبَ رَجُلٌ مِنْ الْمُهَاجِرِينَ وَرَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَقَالَ كُونَا بِفَمِ الشِّعْبِ قَالَ فَلَمَّا خَرَجَ الرَّجُلَانِ إِلَى فَمِ الشِّعْبِ اضْطَجَعَ الْمُهَاجِرِيُّ وَقَامَ الْأَنْصَارِيُّ يُصَلِّ وَأَتَى الرَّجُلُ فَلَمَّا رَأَى شَخْصَهُ عَرِفَ أَنَّهُ رَبِيئَةٌ لِلْقَوْمِ فَرَمَاهُ بِسَهْمٍ فَوَضَعَهُ فِيهِ فَنَزَعَهُ حَتَّى رَمَاهُ بِثَلَاثَةِ أَسْهُمٍ ثُمَّ رَكَعَ وَسَجَدَ ثُمَّ انْتَبَهَ صَاحِبَهُ فَلَمَّا عَرِفَ أَنَّهُمْ قَدْ نَذَرُوا بِهِ هَرَبَ فَلَمَّا رَأَى الْمُهَاجِرِيُّ مَا بِالْأَنْصَارِيِّ مِنْ الدَّمِاء قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ أَلَا أَنْبَهْتَنِي أَوَّلَ مَا رَمَى قَالَ كُنْتَ فِي سُورَةٍ أَقْرَؤُهَا فَلَمْ أُحِبَّ أَنْ أَقْطَعَهَا

197 – Abu Taubah Ar-Rabi` bin Nafi` meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Al-Mubarak meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin Is-haq, katanya: Shadaqah bin Yasar meriwayatkan kepada saya daripada `Aqil bin Jabir daripada Jabir, katanya: Pernah kami keluar bersama-sama Rasulillah s.a.w maksud beliau dalam peperangan zatir riqo’, ada seorang(sahabat) telah menawan/membunuh seorang isteri kepada seorang musyrikin, maka si musyrkin itu bersumpah bahawa dia tidak akan berhenti (dari menuntut bela) sehinggalah dia dapat menumpahkan darah dari kalangan sahabat Muhammad s.a.w. dia pun keluar mengikuti jejak Nabi s.a.w, maka Nabi s.a.w berhenti di suatu tempat lalu Baginda berkata: siapa yang akan mengawal kita? Seorang daripada kalangan Muhajirin dan seorang daripada kalangan Ansor telah menyahut seruan Rasulullah s.a.w itu. Maka Baginda s.a.w berkata: hendaklah kamu berdua berada di muka jalan antara dua bukit. Kata Jabir: apabila kedua-dua mereka itu pergi ke muka jalan antara dua bukit itu maka sahabat Muhajir itu tidur dan sahabat Ansor tersebut berdiri mengerjakan sembahyang. Orang musyrik itu pun datang dan ternampak olenya satu lembaga (orang) lalu dia mengetahui itu adalah pengawal kepada askar-askar yang lain, maka dia memanah sahabat Ansor tersebut dan mengenainya, tetapi beliau mencabutnya, sehingga dipanahnya lagi dengan tiga anak panah, kemudian sahabat Ansor itu ruku’ dan sujud, setelah itu (setelah selesai sembahyang) dia mengejutkan rakannya. Apabila si musyrikin itu mengetahui bahawa mereka telah menyedari tentangnya dia pun melarikan diri. Apabila sohabat muhajir  itu melihat darah yang berlumuran pada sahabat Ansor itu lalu dia berkata: subhanallah, kenapa engkau tidak mengejutkan aku ketika engkau dipanah pada kali yang pertama? Dia berkata: pada  ketika itu aku sedang membaca satu surah, kerana itu aku tidak mahu memotongnya.

 

بَاب فِي الْوُضُوءِ مِنْ النَّوْمِ

Bab Berwudhu’ Kerana Tidur

198 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ حَنْبَلٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ حَدَّثَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ أَخْبَرَنِي نَافِعٌ حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شُغِلَ عَنْهَا لَيْلَةً فَأَخَّرَهَا حَتَّى رَقَدْنَا فِي الْمَسْجِدِ ثُمَّ اسْتَيْقَظْنَا ثُمَّ رَقَدْنَا ثُمَّ اسْتَيْقَظْنَا ثُمَّ رَقَدْنَا ثُمَّ خَرَجَ عَلَيْنَا فَقَالَ لَيْسَ أَحَدٌ يَنْتَظِرُ الصَّلَاةَ غَيْرُكُمْ

198 – Ahmad bin Muhammad bin Hanbal meriwayatkan kepada kami, katanya `Abdur Razzaq meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Juraij meriwayatkan kepada kami, katanya: Nafi’ meriwayatkan kepadaku, katanya: `Abdullah bin `Umar meriwayatkan kepadaku bahawa Rasulallah s.a.w pada suatu malam tidak dapat mengerjakan sembahyang di awal waktu sehingga Bagida s.a.w mengerjakannya di akhir waktu sampai kami tertidur di dalam masjid, kemudian kami sedar dan tertidur pula dan kami  sedar kemudian tertidur lagi, setelah itu Rasulullah s.a.w keluar kepada kami sambil Baginda bersabda: tidak ada sesiapa pun yang sedang menunggu sembahyang ini selain daripada kamu.

199 – حَدَّثَنَا شَاذُّ بْنُ فَيَّاضٍ حَدَّثَنَا هِشَامٌ الدَّسْتَوَائِيُّ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْتَظِرُونَ الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ حَتَّى تَخْفِقَ رُءُوسُهُمْ ثُمَّ يُصَلُّونَ وَلَا يَتَوَضَّئُونَ

قَالَ أَبُو دَاوُد وزَادَ فِيهِ شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ قَالَ كُنَّا نَخْفِقُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَبُو دَاوُد: وَرَوَاهُ ابْنُ أَبِي عَرُوبَةَ عَنْ قَتَادَةَ بِلَفْظٍ آخَرَ

199 – Syadz bin Fayyadh meriwayatkan kepada kami, katanya: Hisyam Ad-Dastawa’I meriwayatkan kepada kami daripada Qatadah daripada Anas, katanya: Para sahabat Rasulullah s.a.w sedang menunggu sembahyang `isya’ sehingga tersengguk-sengguk, kemudian mereka bersembahyang dengan tidak berwudhu’ terlebih dahulu .

Abu Daud berkata: Syu’bah meriwayatkan dalam haditsnya daripada Qotadah, katanya: kami tersengguk di zaman Rasulullah s.a.w. Abu Daud berkata: hadits ini telah diriwayatkan oleh Ibn Abi `Arubah daripada Qotadah dengan lafaz yang lain.

200 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ وَدَاوُدُ بْنُ شَبِيبٍ قَالَا حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ ثَابِتٍ الْبُنَانِيِّ أَنَّ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ قَالَ أُقِيمَتْ صَلَاةُ الْعِشَاءِ فَقَامَ رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي حَاجَةً فَقَامَ يُنَاجِيهِ حَتَّى نَعَسَ الْقَوْمُ أَوْ بَعْضُ الْقَوْمِ ثُمَّ صَلَّى بِهِمْ وَلَمْ يَذْكُرْ وُضُوءًا

200 – Musa bin Isma`il dan Daud bin Syabib meriwayatkan kepada kami, kata mereka: Hammad bin Salamah meriwayatkan kepada kami daripada Tsabit Al-Bunani bahawa Anas bin Malik berkata: sembahyang `isya’ telah pun diiqomatkan, tiba-tiba bangkit seorang lelaki lalu berkata: wahai Rasulullah! Saya ada hajat, maka Rasulullah s.a.w pun pergi bercakap-cakap dengannya (secara perlahan-lahan) sehingga tertidurlah orang yang berada di dalam masjid atau sebahagian orang yang berada di dalam masjid. Kemudian (lama selepas itu) Rasulullah s.a.w menjadi imam kepada mereka. Tetapi perawi tidak ada menyebutkan tentang wudhu’ dalam riwayat ini.

201 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مَعِينٍ وَهَنَّادُ بْنُ السَّرِيِّ وَعُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ عَنْ عَبْدِ السَّلَامِ بْنِ حَرْبٍ وَهَذَا لَفْظُ حَدِيثِ يَحْيَى عَنْ أَبِي خَالِدٍ الدَّالَانِيِّ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي الْعَالِيَةِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَسْجُدُ وَيَنَامُ وَيَنْفُخُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي وَلَا يَتَوَضَّأُ فَقُلْتُ لَهُ صَلَّيْتَ وَلَمْ تَتَوَضَّأْ وَقَدْ نِمْتَ فَقَالَ إِنَّمَا الْوُضُوءُ عَلَى مَنْ نَامَ مُضْطَجِعًا زَادَ عُثْمَانُ وَهَنَّادٌ فَإِنَّهُ إِذَا اضْطَجَعَ اسْتَرْخَتْ مَفَاصِلُهُ

قَالَ أَبُو دَاوُد قَوْلُهُ الْوُضُوءُ عَلَى مَنْ نَامَ مُضْطَجِعًا هُوَ حَدِيثٌ مُنْكَرٌ لَمْ يَرْوِهِ إِلَّا يَزِيد الدَّالَانِيُّ عَنْ قَتَادَةَ وَرَوَى أَوَّلَهُ جَمَاعَةٌ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ وَلَمْ يَذْكُرُوا شَيْئًا مِنْ هَذَا وَقَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَحْفُوظًا وَقَالَتْ عَائِشَةُ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَنَامُ عَيْنَايَ وَلَا يَنَامُ قَلْبِي و قَالَ شُعْبَةُ إِنَّمَا سَمِعَ قَتَادَةُ مِنْ أَبِي الْعَالِيَةِ أَرْبَعَةَ أَحَادِيثَ حَدِيثَ يُونُسَ بْنِ مَتَّى وَحَدِيثَ ابْنِ عُمَرَ فِي الصَّلَاةِ وَحَدِيثَ الْقُضَاةُ ثَلَاثَةٌ وَحَدِيثَ ابْنِ عَبَّاسٍ حَدَّثَنِي رِجَالٌ مَرْضِيُّونَ مِنْهُمْ عُمَرُ وَأَرْضَاهُمْ عِنْدِي عُمَرُ

201 – Yahya bin Ma`in, Hannad bin As-Sariy dan `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami daripada `Abd As-Salam bin Harb. Dan ini adalah lafaz hadis yang diriwayatkan oleh Yahya daripada Abi Khalid Ad-Dalani daripada Qatadah daripada Abi Al-`Aliyah daripada Ibn `Abbas bahawa Rasulallah s.a.w sujud dan tertidur sehingga berdengkur, kemudian Baginda bangkit bersembahyang tetapi Baginda tidak berwudhu’ terlebih dahulu. Maka saya berkata kepadanya: engkau bersembahyang tampa berwudhu’ terlebih dahulu, padahal engkau telah tidur tadi?. Lalu Baginda bersabda: Wudhu’ hanya mesti kepada orang yang tidur dengan berbaring. `Utsman dan Hannad telah membuat penambahan “kerana apabila seseorang itu berbaring akan menjadi lembutlah sendi-sendinya”.

Abu Daud berkata: kata-kata “perlu berwudhu’ kepada orang yang tidur secara berbaring” itu merupakan hadits munkar. Tidak ada orang lain yang meriwayatkannya melainkan Yazid Ad-Dalani. Bahagian awal hadits ini telah diriwayatkan oleh sekumpulan perawi daripada Ibn `Abbas tetapi mereka tidak ada menyebutkan sesuatu pun daripada perkara tersebut. Dan dia berkata: Nabi s.a.w terpelihara orangnya. `Aisyah berkata: Nabi s.a.w bersabda: dua mataku tidur tetapi hatiku berjaga. Syu’bah berkata: Qatadah hanya mendengar empat hadits sahaja daripada Abi Al-`Aliah, yaitu hadits Yunus bin Matta, hadits Ibn `Umar tentang sembahyang, hadits tentang hakim itu ada tiga macam dan hadits Ibn `Abbas yang mana Ibn `Abbas menyebutkan bahawa ada beberapa orang yang disenangi telah meriwayatkan hadits kepadaku, diantara mereka ialah `Umar dan yang paling aku senangi antara mereka adalah `Umar.

202 – حَدَّثَنَا حَيْوَةُ بْنُ شُرَيْحٍ الْحِمْصِيُّ فِي آخَرِينَ قَالُوا حَدَّثَنَا بَقِيَّةُ عَنْ الْوَضِينِ بْنِ عَطَاءٍ عَنْ مَحْفُوظِ بْنِ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَائِذٍ عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ  قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وِكَاءُ السَّهِ الْعَيْنَانِ فَمَنْ نَامَ فَلْيَتَوَضَّأْ

202 – Haiwah bin Syuraih Al-Himshiy dengan sanad yang lain meriwayatkan kepada kami, kata mereka: Baqiyyah meriwayatkan daripada Al-Wadhin bin `Atha’ daripada Mahfuzh bin `Alqamah daripada `Abdir Rahman bin `A’idz daripada `Ali bin Abi Thalib r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: pengikat dubur itu ialah dua mata, oleh itu sesiapa yang tertidur hendaklah dia berwudhu’.

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *