Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 39 – Bab Tentang Tidak Perlu Berwudhu’ Kerana Memakan Sesuatu Yang Telah Dimasak Dengan Api
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 39 – Bab Tentang Tidak Perlu Berwudhu’ Kerana Memakan Sesuatu Yang Telah Dimasak Dengan Api

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 39 – 30-Jan-05

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 39 – 30-Jan-05

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:14 – Terjemahan Hadis.
2 – 13:51 – Bab : Tidak Perlu Berwudhu’ Kerana Memakan Atau Menggunakan Sesuatu Yang Disediakan Atau Dimasak Dengan Api.
3 – 01:03:34 – Bab : Perintah Yang Kuat Atau Keras Berhubung Dengan Perkara Ini.
4 – 01:10:05 – Bab : Berwudhu’ Kerana Minum Susu.
5 – 01:12:57 – Bab : Tidak Perlu Berwudhu’ Kerana Minum Susu.

 

 

 

بَاب فِي تَرْكِ الْوُضُوءِ مِمَّا مَسَّتْ النَّارُ

Bab Tidak Perlu Berwudhu’ Kerana memakan Sesuatu Yang Disentuh Api

186 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ حَدَّثَنَا مَالِكٌ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكَلَ كَتِفَ شَاةٍ ثُمَّ صَلَّى وَلَمْ يَتَوَضَّأْ

186 – `Abdullah bin Maslamah meriwayatkan kepada kami, katanya: Malik meriwayatkan kepada  kami daripada Zaid bin Aslam daripada `Atha’ bin Yasar daripada Ibn `Abbas bahawa Rasulullah s.a.w pernah memakan paha kambing kemudian Baginda s.a.w bersembahyang dengan tidak berwudhu’ terlebih dahulu.

187 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَمُحَمَّدُ بْنُ سُلَيْمَانَ الْأَنْبَارِيُّ الْمَعْنَى قَالَا حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ مِسْعَرٍ عَنْ أَبِي صَخْرَةَ جَامِعِ بْنِ شَدَّادٍ عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ ضِفْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَأَمَرَ بِجَنْبٍ فَشُوِيَ وَأَخَذَ الشَّفْرَةَ فَجَعَلَ يَحُزُّ لِي بِهَا مِنْهُ قَالَ فَجَاءَ بِلَالٌ فَآذَنَهُ بِالصَّلَاةِ قَالَ فَأَلْقَى الشَّفْرَةَ وَقَالَ مَا لَهُ تَرِبَتْ يَدَاهُ وَقَامَ يُصَلِّ

وزَادَ الْأَنْبَارِيُّ وَكَانَ شَارِبِي وَفَى فَقَصَّهُ لِي عَلَى سِوَاكٍ أَوْ قَالَ أَقُصُّهُ لَكَ عَلَى سِوَاكٍ

187 – `Utsman bin Abi Syaibah dan Muhammad bin Sulaiman Al-Anbari meriwayatkan kepada kami, sama dari segi maknanya, kata mereka: Waki` meriwayatkan kepada kami daripada Mis`ar daripada Abi Shahrah iaitu Jami` bin Syaddad daripada Al-Mughirah bin `Abdillah daripada Al-Mughirah bin Syu`bah, katanya: Aku pernah menjadi tetamu kepada Nabi s.a.w pada suatu malam, Baginda pun menyuruh orang supaya dipanggang rusuk kambing, dan Baginda mengambil pisau lalu terus menghiris rusuk kambing tersebut. Kata perawi (Mughirah): kemudian Bilal pun datang membertahu kepada Baginda tentang sembahyang. Kata perawi: Nabi s.a.w terus mencampakkan pisaunya sambil dia berkata: apalah engkau ni! dan Baginda pun bangkit pergi bersembahyang. Al-Anbari menambahkan dalam riwayatnya (kata perawi) ketika itu misai saya sudah panjang, maka Nabi s.a.w memotongnya dengan meletakkan kayu sugi di bawahnya atau (syak daripada perawi) dia berkata: aku akan gunting misai engkau ini dengan meletakkan kayu sigi di bawahnya nanti.

188 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ حَدَّثَنَا سِمَاكٌ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ أَكَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَتِفًا ثُمَّ مَسَحَ يَدَهُ بِمِسْحٍ كَانَ تَحْتَهُ ثُمَّ قَامَ فَصَلَّى

188 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Al-Ahwash meriwayatkan kepada kami, katanya: Simak meriwayatkan kepada kami daripada `Ikrimah daripada Ibn `Abbas, katanya: Rasulullah s.a.w pernah memakan paha kambing, kemudian Baginda menyapu tangannya dengan sehelai kain yang berada di bawahnya, kemudaian Baginda bangun lalu bersembahyang.

189 – حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ النَّمَرِيُّ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ يَحْيَى بْنِ يَعْمَرَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْتَهسََ مِنْ كَتِفٍ ثُمَّ صَلَّى وَلَمْ يَتَوَضَّأْ

189 – Hafsh bin `Umar An-Namari meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammam meriwayatkan kepada kami daripada Qatadah daripada Yahya bin Ya`mar daripada Ibn `Abbas bahawa Rasulullah s.a.w telah menggigit daging kambing kemudian Baginda s.a.w bersembahyang tampa berwudhu’ terlebih dahulu.

190 – حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْحَسَنِ الْخَثْعَمِيُّ حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ قَالَ ابْنُ جُرَيْجٍ أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ الْمُنْكَدِرِ قَالَ سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ قَرَّبْتُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُبْزًا وَلَحْمًا فَأَكَلَ ثُمَّ دَعَا بِوَضُوءٍ فَتَوَضَّأَ بِهِ ثُمَّ صَلَّى الظُّهْرَ ثُمَّ دَعَا بِفَضْلِ طَعَامِهِ فَأَكَلَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ

190 – Ibrahim bin Al-Hasan Al-Khats`ami meriwayatkan kepada kami, katanya: Hajjaj meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Al-Munkadir meriwayatkan kepada kami, katanya: Aku telah mendengar Jabir bin `Abdillah berkata: pernah aku membawakan roti dan daging kepada Nabi s.a.w, baginda memakannya kamudian meminta air buat berwudhu’ lalu berwudhu’ dengannya kamudian Baginda s.a.w bersembahyang zohor, setelah itu Baginda s.a.w meminta makanan yang masih berbaki lalu memakannya pula kamudian baginda s.a.w pergi bersembahyang tampa berwudhu’ terlebi dahulu.

191 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ سَهْلٍ أَبُو عِمْرَانَ الرَّمْلِيُّ حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَيَّاشٍ حَدَّثَنَا شُعَيْبُ بْنُ أَبِي حَمْزَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ عَنْ جَابِرٍ قَالَ كَانَ آخِر الْأَمْرَيْنِ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَرْك الْوُضُوءِ مِمَّا غَيَّرَتْ النَّارُ

قَالَ أَبُو دَاوُد هَذَا اخْتِصَارٌ مِنْ الْحَدِيثِ الْأَوَّلِ

191 – Musa bin Sahl iaitu Abu `Imran Ar-Ramli meriwayatkan kepada kami, katanya: `Ali bin `Ayyasy meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`aib bin Abi Hamzah meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin Al-Munkadir daripada Jabir, katanya: yang terakhir dari dua keadaan Nabi s.a.w ialah tidak berwudhu’ kerana memakan sesuatu yang dimasak dengan api.

Abu Daud berkata: Hadits ini adalah ringkasan daripada hadits yang pertama.

192 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ السَّرْحِ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ أَبِي كَرِيمَةَ قَالَ ابْنُ السَّرْحِ مِنْ خِيَارِ الْمُسْلِمِينَ قَالَ حَدَّثَنِي عُبَيْدُ بْنُ ثُمَامَةَ الْمُرَادِيُّ قَالَ قَدِمَ عَلَيْنَا مِصْرَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْحَارِثِ بْنِ جَزْءٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعْتُهُ يُحَدِّثُ فِي مَسْجِدِ مِصْرَ قَالَ لَقَدْ رَأَيْتُنِي سَابِعَ سَبْعَةٍ أَوْ سَادِسَ سِتَّةٍ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي دَارِ رَجُلٍ فَمَرَّ بِلَالٌ فَنَادَاهُ بِالصَّلَاةِ فَخَرَجْنَا فَمَرَرْنَا بِرَجُلٍ وَبُرْمَتُهُ عَلَى النَّارِ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَطَابَتْ بُرْمَتُكَ قَالَ نَعَمْ بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي فَتَنَاوَلَ مِنْهَا بَضْعَةً فَلَمْ يَزَلْ يَعْلُكُهَا حَتَّى أَحْرَمَ بِالصَّلَاةِ وَأَنَا أَنْظُرُ إِلَيْهِ

192 – Ahmad bin `Amr bin As-Sarh meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul Malik bin Abi Karimah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn As-Sarh adalah antara Muslimin terpilih, katanya: `Ubaid bin Tsumamah Al-Muradi meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdullah bin Al-Harits bin Jaz’ salah seorang daripada shahabat Nabi s.a.w telah datang kepada kami di Mesir, aku pun mendengar beliau bercerita di masjid Mesir, katanya: aku adalah salah seorang daripada tujuh orang atau salah seorang daripada enam orang yang bersam Nabi s.a.w di sebuah rumah seorang lelaki, setelah itu Bilal datang lalu menyeru Nabi s.a.w untuk bersembahyang, kami pun keluar, maka kami lalu dekat seorang yang mana periuknya sedang berada di atas api, Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: daging yang ada dalam periuk engkau itu telah masak kah? Orang itu menjawab: ya! Ku tebus engkau dengan ayah dan ibuku. Maka Nabi s.a.w mengambil seketul daging daripada periuk itu, terus baginda mengunyah daging tersebut sehingga sebelum baginda  mengangkat takbiiratul ihram dan aku memerhatikannya.

 

بَاب التَّشْدِيدِ فِي ذَلِكَ 

Bab Perintah Yang Kuat Berhubung Perkara Ini (kemestian berwudhu’ setelah memakan sesuatu yang dimasak oleh api) 

193 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ شُعْبَةَ حَدَّثَنِي أَبُو بَكْرِ بْنُ حَفْصٍ عَنْ الْأَغَرِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْوُضُوءُ مِمَّا أَنْضَجَتْ النَّارُ

193 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya meriwayatkan daripada Syu`bah, katanya: Abu Bakr bin Hafsh meriwayatkan kepadaku daripada Al-Aghar daripada Abi Hurairah, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Perlu berwudhu’ kerana sesuatu yang dimasak oleh api”.

194 – حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا أَبَانُ عَنْ يَحْيَى يَعْنِي ابْنَ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ أَنَّ أَبَا سُفْيَانَ بْنَ سَعِيدِ بْنِ الْمُغِيرَةِ حَدَّثَهُ أَنَّهُ دَخَلَ عَلَى أُمِّ حَبِيبَةَ فَسَقَتْهُ قَدَحًا مِنْ سَوِيقٍ فَدَعَا بِمَاءٍ فَتَمَضْمَضَ فَقَالَتْ يَا ابْنَ أُخْتِي أَلَا تَوَضَّأُ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَوَضَّئُوا مِمَّا غَيَّرَتْ النَّارُ أَوْ قَالَ مِمَّا مَسَّتْ النَّارُ

قَالَ أَبُو دَاوُد فِي حَدِيثِ الزُّهْرِيِّ يَا ابْنَ أَخِي

194 – Muslim bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami, katanya: Aban meriwayatkan kepada kami daripada Yahya iaitu Ibn Abi Katsir daripada Abi Salamah bahawa Aba Sufyan bin Sa`id bin Al-Mughirah telah menceritakan kepadanya bahawasanya beliau telah pergi mengunjungi Ummi habibah, maka Ummi Habibah memberi minum kepadanya semangkuk sawiq, dia pun meminta air lalu berkumur, maka Ummi Habibah berkata: wahai anak makcik ku! Kenapa engkau tidak berwudhu’ sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: berwudhu’lah kamu kerana sesuatu yang diubah oleh api atau sabdaNya: sesuatu yang telah disentuh api.

 

بَاب فِي الْوُضُوءِ مِنْ اللَّبَنِ

Bab Berwudhu’ Kerana Minum Susu

195 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرِبَ لَبَنًا فَدَعَا بِمَاءٍ فَتَمَضْمَضَ ثُمَّ قَالَ إِنَّ لَهُ دَسَمًا

195 – Qutaibah bin Sa`id meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Laits meriwayatkan kepada kami daripada `uqail daripada Az-Zuhri daripada `Ubaidillah bin `Abdillah daripada Ibn `Abbas bahawa Nabi s.a.w pernah minum susu setelah itu Baginda meminta air lalu berkumur, kemudian Baginda s.a.w bersabda: sesungguhnya susu itu mengandungi lemak.

 

بَاب الرُّخْصَةِ فِي ذَلِكَ

Bab Kelonggaran Berhubung Perkara Tersebut

196 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ عَنْ زَيْدِ بْنِ الْحُبَابِ عَنْ مُطِيعِ بْنِ رَاشِدٍ عَنْ تَوْبَةَ الْعَنْبَرِيِّ أَنَّهُ سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرِبَ لَبَنًا فَلَمْ يُمَضْمِضْ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ وَصَلَّى قَالَ زَيْدٌ دَلَّنِي شُعْبَةُ عَلَى هَذَا الشَّيْخِ

196 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami daripada Zaid bin Al-Hubab daripada Muthi` bin Rasyid daripada Taubah Al-`Anbari bahawasanya dia telah mendengar Anas bin Malik berkata bahawa Rasulallah s.a.w pernah minum susu tetapi Baginda tidak berkumur dan tidak berwudhu’ dan Baginda telah bersembahyang (dengan tidak mengambil wudhu’ terlebih dahulu), Zaid berkata: Syu’bah telah menunjukkan Syaikh ini kepada ku.

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *