Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 38 – Bab Berwudhu’ Kerana Memakan Daging Unta & Bab Berwudhu’ Kerana Menyentuh Daging Yang Mentah Dan Membasuhnya
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 38 – Bab Berwudhu’ Kerana Memakan Daging Unta & Bab Berwudhu’ Kerana Menyentuh Daging Yang Mentah Dan Membasuhnya

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 38 – 16-Jan-05

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 38 – 16-Jan-05

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:09 – Terjemahan Hadis.
2 – 17:16 – Bab : Berwudhu’ Kerana Memakan Daging Unta.
3 – 46:04 – Bab : Berwudhu’ Kerana Menyentuh Daging.
4 – 57:53 – Bab :Tidak Perlu Berwudhu’ Kerana Menyentuh Bangkai.

 

 

َاب الْوُضُوءِ مِنْ لُحُومِ الْإِبِلِ

Bab Berwudhu’ Kerana makan Daging Unta

183 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الرَّازِيِّ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي لَيْلَى عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْوُضُوءِ مِنْ لُحُومِ الْإِبِلِ فَقَالَ تَوَضَّئُوا مِنْهَا وَسُئِلَ عَنْ لُحُومِ الْغَنَمِ فَقَالَ لَا تَوَضَّئُوا مِنْهَا وَسُئِلَ عَنْ الصَّلَاةِ فِي مَبَارِكِ الْإِبِلِ فَقَالَ لَا تُصَلُّوا فِي مَبَارِكِ الْإِبِلِ فَإِنَّهَا مِنْ الشَّيَاطِينِ وَسُئِلَ عَنْ الصَّلَاةِ فِي مَرَابِضِ الْغَنَمِ فَقَالَ صَلُّوا فِيهَا فَإِنَّهَا بَرَكَةٌ

183 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Mu`awiyah meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-A`masy meriwayatkan daripada `Abdillah bin `Abdillah Ar-Razi daripada `Abdir Rahman bin Abi Laila daripada Al-Bara’ bin `Azib, katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang wudhu’ kerana memakan daging unta. Maka Rasulullah s.a.w menjawab :berwudhu’lah kamu kerananya. Bagina pernah ditanya tentang berwudhu’ kerana memakan daging kambing. Maka baginda menjawab: tidak perlulah kamu berwudhu’ kerananya. Baginda ditanya tentang bersembahyang di kandang unta. Baginda menjawab: janganlah kamu bersembahyang di kandang unta kerana ia adalah sebahagian daripada syaitan. Baginda ditanya tentang bersembahyang di kandang kambing. Baginda menjawab: bersembahyanglah di kandang kambing itu kerana kambing adalah berkat.

 

 

بَاب الْوُضُوءِ مِنْ مَسِّ اللَّحْمِ النِّيءِ وَغَسْلِهِ

Bab Berwudhu’ Kerana Menyentuh Daging Yang mentah dan membasuhnya(tangan kerana menyentuhnya)

184 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ وَأَيُّوبُ بْنُ مُحَمَّدٍ الرَّقِّيُّ وَعَمْرُو بْنُ عُثْمَانَ الْحِمْصِيُّ الْمَعْنَى قَالُوا حَدَّثَنَا مَرْوَانُ بْنُ مُعَاوِيَةَ أَخْبَرَنَا هِلَالُ بْنُ مَيْمُونٍ الْجُهَنِيُّ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَزِيدَ اللَّيْثِيِّ قَالَ هِلَالٌ لَا أَعْلَمُهُ إِلَّا عَنْ أَبِي سَعِيدٍ وَقَالَ أَيُّوبُ وَعَمْرٌو أُرَاهُ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِغُلَامٍ يَسْلخُ شَاةً فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَنَحَّ حَتَّى أُرِيَكَ فَأَدْخَلَ يَدَهُ بَيْنَ الْجِلْدِ وَاللَّحْمِ فَدَحَسَ بِهَا حَتَّى تَوَارَتْ إِلَى الْإِبِطِ ثُمَّ مَضَى فَصَلَّى لِلنَّاسِ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ زَادَ عَمْرٌو فِي حَدِيثِهِ يَعْنِي لَمْ يَمَسَّ مَاءً وَقَالَ عَنْ هِلَالِ بْنِ مَيْمُونٍ الرَّمْلِيِّ

قَالَ أَبُو دَاوُد وَرَوَاهُ عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ زِيَادة  وَأَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ هِلَالٍ عَنْ عَطَاءٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرْسَلًا لَمْ يَذْكُرا أَبَا سَعِيدٍ

184 – Muhammad bin Al-`Ala’, Ayyub bin Muhammad Ar-Raqqi dan `Amr bin `Utsman Al-Himshi meriwayatkan kepada kami sama dari segi maknanya, kata mereka: Marwan bin Mu`awiyah meriwayatkan kepada kami, katanya Hilalbin Maimun Al-Juhani meriwayatkan kepada kami daripada `Atha’ bin Yazid Al-Laitsi, Hilal berkata: Tidak aku ketahuinya(‘atha’) melainkan dia mengambil daripada Abi Sa`id. Ayyub dan Amar berkata: saya rasa dia mengambil daripada Abi Said, bahawa Nabi s.a.w telah lalu dekat seorang budak lelaki yang sedang melapah kambing maka Baginda berkata: ketepi, biar aku tunjukkan kepadamu(cara melapah kambing), maka Baginda memasukkan tangannya di antara kulit dan daging kambing, lalu ditekannya dengan tangannya itu hingga lindung tangannya sampai dekat ketiak, kemudian Baginda pergi, terus ersembahyang menjadi imam kepada orang ramai dengan tidak berwudhu’ terlebih dahulu. Amar menambahkan dalam haditsnya :maksudnya Nabi s.a.w tidak menyentuh air langsung. Dan dia berkata: marwam bin Mu’awiyah mengambil daripda Hilal bin Maimun Ar-Ramli.

Abu Daud berkata: hadits ini telah diriwayatkan oleh Abdul Wahid bin Ziadah dan Mu’awiyah daripada Hilal daripada ‘Atha’ daripada Nabi s.a.w secara mursal, mereka berdua tidak menyebutkan (dalam sanadnya)Aba Sa’id.

 

بَاب تَرْكِ الْوُضُوءِ مِنْ مَسِّ الْمَيْتَةِ

Bab Tidak Perlu Berwudhu’ Kerana Menyentuh Bangkai

185 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ يَعْنِي ابْنَ بِلَالٍ عَنْ جَعْفَرٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَابِرٍأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِالسُّوقِ دَاخِلًا مِنْ بَعْضِ الْعَالِيَةِ وَالنَّاسُ كَنَفَتَيْهِ فَمَرَّ بِجَدْيٍ أَسَكَّ مَيِّتٍ فَتَنَاوَلَهُ فَأَخَذَ بِأُذُنِهِ ثُمَّ قَالَ أَيُّكُمْ يُحِبُّ أَنَّ هَذَا لَهُ وَسَاقَ الْحَدِيثَ

185 – `Abdullah bin Maslamah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sulaiman iaitu Ibn Bilal meriwayatkan kepada kami daripada Ja`far daripada ayahnya daripada Jabir bahawa Rasulullah s.a.w lalu dekat pekan dengan memasukinya dari salah satu kawasan ‘aliah, orang ramai berada di kedua belah Nabi s.a.w. setelah itu Nabi s.a.w lalu dekat bangkai seekor anak kambing yang telinganya melekat pada dagingnya/telinganya terpotong, Baginda mengambilnya dengan memegang telinganya, kemudian Baginda s.a.w bersabda: siapakah di atara kamu yang suka mengambil bangkai ini menjadi haknya?. Dan perawi telah mengemukakan hadits seterusnya.

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *