Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 37 – Bab Berwudhu’ Kerana Menyentuh Zakar & Bab Kebenaran Atau Kelonggaran Dalam Masaalah Menyentuh Zakar.
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 37 – Bab Berwudhu’ Kerana Menyentuh Zakar & Bab Kebenaran Atau Kelonggaran Dalam Masaalah Menyentuh Zakar.

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 37 – 09-Jan-05

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 37 – 09-Jan-05

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:09 – Terjemahan Hadis.
2 – 03:58 – Bab : Berwudhu’ Kerana Menyentuh Zakar.

 

 

بَاب الْوُضُوءِ مِنْ مَسِّ الذَّكَرِ

Bab Berwudhu’ Kerana Menyentuh Zakar

181 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ أَنَّهُ سَمِعَ عُرْوَةَ يَقُولُ دَخَلْتُ عَلَى مَرْوَانَ بْنِ الْحَكَمِ فَذَكَرْنَا مَا يَكُونُ مِنْهُ الْوُضُوءُ فَقَالَ مَرْوَانُ وَمِنْ مَسِّ الذَّكَرِ فَقَالَ عُرْوَةُ مَا عَلِمْتُ ذَلِكَ فَقَالَ مَرْوَانُ أَخْبَرَتْنِي بُسْرَةُ بِنْتُ صَفْوَانَ أَنَّهَا سَمِعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ مَسَّ ذَكَرَهُ فَلْيَتَوَضَّأْ

181 – `Abdullah bin Maslamah meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada `Abdillah bin Abi Bakr bahawasanya dia telah mendengar `Urwah berkata: Saya masuk menemui Marwan bin Al-Hakam, kami pun menyebutkan perkara-perkara yang membatalkan wudhu’, maka Marwan berkata: Dan di antara perkara yang membatalkan wudhu’ ialah menyentuh zakar, `Urwah terus berkata: Saya tidak tahu mengenai perkara itu. Marwan pun berkata: Busrah binti Shafwan telah memberitahuku bahawa dia telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang menyentuh zakarnya maka hendaklah dia berwudhu’”.

 

بَاب الرُّخْصَةِ فِي ذَلِكَ

Bab Kelonggaran Di Dalam Perkara Tersebut (Menyentuh Zakar)

182 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا مُلَازِمُ بْنُ عَمْرٍو الْحَنَفِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بَدْرٍ عَنْ قَيْسِ بْنِ طَلْقٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَدِمْنَا عَلَى نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَ رَجُلٌ كَأَنَّهُ بَدَوِيٌّ فَقَالَ يَا نَبِيَّ اللَّهِ مَا تَرَى فِي مَسِّ الرَّجُلِ ذَكَرَهُ بَعْدَ مَا يَتَوَضَّأُ فَقَالَ هَلْ هُوَ إِلَّا مُضْغَةٌ مِنْهُ أَوْ  بَضْعَةٌ مِنْهُ

قَالَ أَبُو دَاوُد رَوَاهُ هِشَامُ بْنُ حَسَّانَ وَسُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ وَشُعْبَةُ وَابْنُ عُيَيْنَةَ وَجَرِيرٌ الرَّازِيُّ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جَابِرٍ عَنْ قَيْسِ بْنِ طَلْقٍ

182 – Musaddad meriwayatkan keapd kami, katanya: Mulazim bin `Amr Al-Hanafi meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdullah bin Badr meriwayatkan kepada kami daripada Qais bin Thalq daripada ayahnya, beliau berkata: Kami mengunjungi Nabi Allah s.a.w tiba-tiba ada seorang lelaki semacam seorang lelaki Badwi datang, dia bertanya: Wahai Nabi Allah! Apa katamu tentang seseorang yang menyentuh zakarnya setelah dia berwudhu’?. Nabi s.a.w menjawab: “Bukankah ia satu bahagian daripada anggotanya, Atau zakar itu tidak lebih daripada seketul anggotanya.

Abu Daud berkata: Hisyam bin Hassan, Sufyan Ats-Tsauri, Syu`bah, Ibn `Uyainah, dan Jarir Ar-Razi telah meriwayatkan hadits ini daripada Muhammad bin Jabir daripada Qais bin Thalq.

183 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَابِرٍ عَنْ قَيْسِ بْنِ طَلْقٍ بِإِسْنَادِهِ وَمَعْنَاهُ وَقَالَ فِي الصَّلَاةِ

183 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Jabir meriwayatkan kepada kami daripada Qais bin Thalq dengan sanadnya (sanad hadits `Abdullah bin Badr) dan sama dari segi ma`nanya dengan hadits yang tersebut sebelum ini, cuma di dalam hadits ini dia ada menyebutkan فِي الصَّلَاةِ (ya`ni menyentuh zakar itu ketika berada di dalam sembahyang).

 

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *