Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 34 – Bab Bagaimana Menyapu Khuf & Bab Tentang Beristinja’Menggunakan Air.
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 34 – Bab Bagaimana Menyapu Khuf & Bab Tentang Beristinja’Menggunakan Air.

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 34 – 19-Dis-04

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 34 – 19-Dis-04

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:08 – Terjemahan Hadis.
2 – 08:17 – Bab : Bagaimana Menyapu Khuf.
3 – 54:44 – Bab : Intidhah.

 

 

بَاب كَيْفَ الْمَسْحُ

Bab Bagaimana Menyapu Khuf

161 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ الْبَزَّازُ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي الزِّنَادِ قَالَ ذَكَرَهُ أَبِي عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَمْسَحُ عَلَى الْخُفَّيْنِ و قَالَ غَيْرُ مُحَمَّدٍ عَلَى ظَهْرِ الْخُفَّيْنِ

161 – Muhammad bin as-Shabbah al-Bazzaz meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdur Rahman bin Abu az-Zinad meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayahku menyebutkannya [meriwayatkan hadits ini secara muzakarah –zul?] daripada `Urwah bin az-Zubair daripada al-Mughirah bin Syu`bah bahawa Rasulullah s.a.w menyapu dua khufnya. Selain Muhammad berkata: Nabi s.a.w menyapu di bahagian atas khufnya.

162 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ حَدَّثَنَا حَفْصٌ يَعْنِي ابْنَ غِيَاثٍ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ عَبْدِ خَيْرٍ عَنْ عَلِيٍّ قَالَ لَوْ كَانَ الدِّينُ بِالرَّأْيِ لَكَانَ أَسْفَلُ الْخُفِّ أَوْلَى بِالْمَسْحِ مِنْ أَعْلَاهُ وَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ عَلَى ظَاهِرِ خُفَّيْهِ

162 – Muhammad bin al-`Ala’ meriwayatkan kepada kami, katanya: Hafsh iaitu Ibn Ghiats meriwayatkan kepada kami daripada al-A`masy daripada Abu Is-haq daripada `Abd Khair daripada `Ali, katanya: Sekiranya ugama itu dapat ditentukan dengan `aqal nescaya bahagaian bawah khuf lebih patut disapu berbanding bahagian atasnya. Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah s.a.w menyapu bahagian atas dua khufnya

163 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ آدَمَ قَالَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ عَنْ الْأَعْمَشِ بِإِسْنَادِهِ بِهَذَا الْحَدِيثِ قَالَ مَا كُنْتُ أرَى بَاطِنَ الْقَدَمَيْنِ إِلَّا أَحَقَّ بِالْغَسْلِ حَتَّى رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ عَلَى ظَهْرِ خُفَّيْهِ

163 – Muhammad bin Rafi` meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Adam meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid bin `Abdul `Aziz meriwayatkan daripada al-A`masy dengan isnadnya berhubung hadits ini, kata perawi (samada Saiyidina `Ali atau Yazid): Dahulu aku fikir bahagian bawah khuf itulah yang lebih patut dibasuh (disapu) sehinggalah aku melinat Rasulullah s.a.w menyapu di bahagian atas dua khufnya.

164 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ غِيَاثٍ عَنْ الْأَعْمَشِ بِهَذَا الْحَدِيثِ قَالَ لَوْ كَانَ الدِّينُ بِالرَّأْيِ لَكَانَ بَاطِنُ الْقَدَمَيْنِ أَحَقَّ بِالْمَسْحِ مِنْ ظَاهِرِهِمَا وَقَدْ مَسَحَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى ظَهْرِ خُفَّيْهِ وَرَوَاهُ وَكِيعٌ عَنْ الْأَعْمَشِ بِإِسْنَادِهِ قَالَ كُنْتُ أَرَى أَنَّ بَاطِنَ الْقَدَمَيْنِ أَحَقُّ بِالْمَسْحِ مِنْ ظَاهِرِهِمَا حَتَّى رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ عَلَى ظَاهِرِهِمَا قَالَ وَكِيعٌ يَعْنِي الْخُفَّيْنِ وَرَوَاهُ عِيسَى بْنُ يُونُسَ عَنْ الْأَعْمَشِ كَمَا رَوَاهُ وَكِيعٌ وَرَوَاهُ أَبُو السَّوْدَاءِ عَنْ ابْنِ عَبْدِ خَيْرٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ رَأَيْتُ عَلِيًّا تَوَضَّأَ فَغَسَلَ ظَاهِرَ قَدَمَيْهِ وَقَالَ لَوْلَا أَنِّي رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْعَلُهُ وَسَاقَ الْحَدِيثَ

164 – Muhammad bin al-`Ala’ meriwayatkan kepada kami, katanya: Hafsh bin Ghiats meriwayatkan kepada kami daripada al-A`masy berhubung hadits ini (dengan sanad yang lain) katanya (Saiyidina `Ali): Sekiranya ugama itu dapat ditentukan dengan `aqal nescaya bahagian bawah dua khuf itu lebih berhak disapu berbanding bahagian atasnya. Sesungguhnya Nabi s.a.w telah menyapu bahagian atas dua khuf itu. Hadits ini telah diriwayatkan oleh Waki` daripad al-A`masy dengan isnadnya, katanya (Saiyidina `Ali): Dahulu aku fikir bahagian bawah dua khuf itu lebih patut disapu berbanding bahagian atasnya sehinggalah aku melihat Rasulullah s.a.w menyapu bahagian atas kedua-duanya. Waki` berkata: iaitu bahagian atas kedua-dua khuf. `Isa bin Yunus juga meriwayatkannya daripada al-A`masy sebagaimana Waki` meriwayatkannya. dan Abu as-Sauda’ meriwayatkannya daripada Ibn `Abd Khair daripada ayahnya, beliau berkata: Saya telah melihat `Ali berwudhu’, beliau membasuh (menyapu –zul?) kedua-dua bahagian atas khufnya kemudian dia berkata: Kalaulah tidak kerana aku pernah melihat Rasulullah s.a.w melakukannya. Dan seterusnya perawi mengemukakan hadits yang seterusnya.

165 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ مَرْوَانَ وَمَحْمُودُ بْنُ خَالِدٍ الدِّمَشْقِيُّ الْمَعْنَى قَالَا حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ قَالَ مَحْمُودٌ قَالَ أَخْبَرَنَا ثَوْرُ بْنُ يَزِيدَ عَنْ رَجَاءِ بْنِ حَيْوَةَ عَنْ كَاتِبِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ وَضَّأْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزْوَةِ تَبُوكَ فَمَسَحَ علَى الْخُفَّيْنِ وَأَسْفَلهمَا

قَالَ أَبُو دَاوُد وَبَلَغَنِي أَنَّهُ لَمْ يَسْمَعْ ثَوْرُ هَذَا الْحَدِيثَ مِنْ رَجَاءٍ

165 – Musa bin Marwan dan Mahmud bin Khalid ad-Dimasyqi meriwayatkan kepada kami hadits yang sama maknanya dengan hadits yang sebelumnya, mereka berkata: al-Walid meriwayatkan kepada kami. Mahmud berkata: Tsaur bin Yazid meriwayatkan kepada kami daripada Raja’ bin Haiwah daripada penulis al-Mughirah bin Syu`bah daripada al-Mughirah bin Syu`bah, katanya: Aku telah menuangkan air wudhu’ kepada Nabi s.a.w dalam peristiwa peperangan Tabuk, baginda menyapu kedua-dua khufnya dan bahagian bawahnya.

Abu Daud berkata: Saya mendapat tahu bahawa Tsaur tidak mendengar hadits ini daripada Raja’.

 

بَاب فِي الِانْتِضَاحِ

Bab Beristinja’ Menggunakan Air

166 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ هُوَ الثَّوْرِيُّ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ سُفْيَانَ بْنِ الْحَكَمِ الثَّقَفِيِّ أَوْ الْحَكَمِ بْنِ سُفْيَانَ الثَّقَفِيِّ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا بَالَ يَتَوَضَّأُ وَيَنْتَضِحُ

قَالَ أَبُو دَاوُد وَافَقَ سُفْيَانَ جَمَاعَةٌ عَلَى هَذَا الْإِسْنَادِ و قَالَ بَعْضُهُمْ الْحَكَمُ أَوْ ابْنُ الْحَكَمِ

166 – Muhammad bin Katsir meriwayatkan kepad kami, katanya: Sufyan iaitu Sufyan ats-Tsauri meriwayatkan kepada kami daripada Manshur daripada Mujahid daripada Sufyan bin al-Hakam ats-Tsaqafi atau al-Hakam bin Sufyan ats-Tsaqafi, katanya: Apabila Rasulullah s.a.w selesai kencing, baginda akan berwudhu’ dan berenjis (merenjiskan air pada kain di bahagian kemaluan).

Abu daud berkata: Segolongan perawi bersetuju dengan pendapat Sufyan berhubung dengan isnad ini, sebahagian mereka mengatakan ‘al-Hakam’ ataupun ‘Ibn al-Hakam’

167 – حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ رَجُلٍ مِنْ ثَقِيفٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَالَ ثُمَّ نَضَحَ فَرْجَهُ

167 – Ishaq bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan (iaitu Sufyan bin `Uyainah) meriwayatkan kepad kami daripada Ibn Abu Najih daripada Mujahid daripada seorang lelaki Bani Tsaqif daripada ayahnya, katanya: Saya melihat Rasulullah s.a.w membuang air kecil kemudian baginda merenjiskan kawasan kemaluannya.

168 – حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ الْمُهَاجِرِ حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ عَمْرٍو حَدَّثَنَا زَائِدَةُ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ الْحَكَمِ أَوْ ابْنِ الْحَكَمِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَالَ ثُمَّ تَوَضَّأَ وَنَضَحَ فَرْجَهُ

168 – Nashr bin al-Muhajir meriwayatkan kepad kami, katanya: Mu`awiyah bin `Amar meriwayatkan kepada kami, katanya: Za’idah meriwayatkan kepada kami daripada Manshur daripada Mujahid daripada al-Hakam atau Ibn al-Hakam daripada ayahnya bahawa apabila Nabi s.a.w membuang air kecil, baginda berwudhu’ dan merenjiskan air pada kawasan kemaluannya.

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *