Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 31 – Bab Menyapu Serban & Bab Membasuh Kaki.
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 31 – Bab Menyapu Serban & Bab Membasuh Kaki.

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 31 – 10-Okt-04

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 31 – 10-Okt-04

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:09 – Terjemahan Hadis.
2 – 02:47 – Bab : Menyapu Serban.
3 – 40:17 – Bab : Basuh Kaki

 

 

بَاب الْمَسْحِ عَلَى الْعِمَامَةِ

Bab Menyapu Serban

146 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ حَنْبَلٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ ثَوْرٍ عَنْ رَاشِدِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَرِيَّته فَأَصَابَهُمْ الْبَرْدُ فَلَمَّا قَدِمُوا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُمْ أَنْ يَمْسَحُوا عَلَى الْعَصَائِبِ وَالتَّسَاخِينِ

Ahmad bin Muhammad bin Hanbal meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Sa`id meriwayatkan kepada kami daripada Tsaur daripada Rasyid bin Sa`d daripada Tsauban, katanya: Rasulullah  s.a.w mengutus satu pasukan tenteranya lalu mereka kesejukan, bilamana mereka kembali kepada Rasulillah s.a.w, baginda menyuruh mereka supaya menyapu serban-serban dan khuf-khuf.

147 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ حَدَّثَنِي مُعَاوِيَةُ بْنُ صَالِحٍ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ مُسْلِمٍ عَنْ أَبِي مَعْقِلٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ وَعَلَيْهِ عِمَامَةٌ قِطْرِيَّةٌ فَأَدْخَلَ يَدَهُ مِنْ تَحْتِ الْعِمَامَةِ فَمَسَحَ مُقَدَّمَ رَأْسِهِ  فلَمْ يَنْقُضْ الْعِمَامَةَ

Ahmad bin Shalih meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Wahb meriwayatkan kepada kami, katanya: Mu`awiyah bin Shalih meriwayatkan kepda saya daripada `Abdil `Aziz bin Muslim daripada Abi Ma`qil daripada Anas bin Malik, katanya: Saya telah melihat Rasulallah s.a.w berwudhu’ dalam keadaan baginda memakai serban Qithriyyah, baginda memasukkan tangannya dari bawah serban lalu disapu bahagian hadapan kepalanya, baginda tidak membuka serbannya.

 

بَاب غَسْلِ الرِّجْل

Bab Membasuh kaki

148 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا ابْنُ لَهِيعَةَ عَنْ يَزِيدَ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْحُبُلِيِّ عَنْ الْمُسْتَوْرِدِ بْنِ شَدَّادٍ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا تَوَضَّأَ يَدْلُكُ أَصَابِعَ رِجْلَيْهِ بِخِنْصَرِهِ

Qutaibah bin Sa`id meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Lahi`ah meriwayatkan kepada kami daripada Yazid bin `Amr dan daripada Abiu `Abdir Rahman Al-Hubuli daripada Al-Mustaurid bin Syaddad, katanya: Saya telah melihat Rasulallah s.a.w apabila berwudhu’, baginda menggosok jari kedua-dua belah kakinya dengan jari kelingkingnya.

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *