Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 28 – Sambungan Bab Sifat Wudhu’ Nabi SAW.
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 28 – Sambungan Bab Sifat Wudhu’ Nabi SAW.

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 28 – 19-Sept-04

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 28 – 19-Sept-04

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:08 – Terjemahan Hadis.
2 – 07:06 – Sambungan Bab : Gambaran Wudhu’ Nabi SAW.
3 – 08:55 – Bishr Bin Mufaddhal.
4 – 10:12 – Abdullah Bin Muhammad Bin ‘Aqil.
5 – 20:49 – Makna Wudhu’.

 

 

118 –  حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى الْمَازِنِيِّ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ قَالَ لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدِ بْنِ عَاصِمٍ وَهُوَ جَدُّ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى الْمَازِنِيِّ هَلْ تَسْتَطِيعُ أَنْ تُرِيَنِي كَيْفَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ زَيْدٍ نَعَمْ فَدَعَا بِوَضُوءٍ فَأَفْرَغَ عَلَى يَدَيْهِ فَغَسَلَ يَدَيْهِ ثُمَّ تَمَضْمَضَ وَاسْتَنْثَرَ ثَلَاثًا ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثًا ثُمَّ غَسَلَ يَدَيْهِ مَرَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ ثُمَّ مَسَحَ رَأْسَهُ بِيَدَيْهِ فَأَقْبَلَ بِهِمَا وَأَدْبَرَ بَدَأَ بِمُقَدَّمِ رَأْسِهِ ثُمَّ ذَهَبَ بِهِمَا إِلَى قَفَاهُ ثُمَّ رَدَّهُمَا حَتَّى رَجَعَ إِلَى الْمَكَانِ الَّذِي بَدَأَ مِنْهُ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ 

118 – `Abdullah bin Maslamah meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada `Amr bin yahya Al-Mazini daripada ayahnya bahawa dia berkata kepada `Abdillah bin Zaid bin `Ashim –dia ialah datuk kepada `Amr bin Yahya Al-Mazini: Bolehkah engkau menunjukkan kepadaku bagaimana Rasulullah s.a.w berwudhu’ maka `Abdullah bin Zaid berkata: Ya, boleh. Dia meminta air lalu dituangkannya ke atas tangannya, dibasuh kedua-dua tangannya kemudian berkumur-kumur dan menghembuskan air dari hidung tiga kali kemudian dia membasuh mukanya tiga kali kemudian membasuh kedua-dua tangannya dua-dua kali hingga ke siku kemudian menyapu kepalanya dengan tangannya dimulakannya dari hadapan dan dari belakang pula, dia memulakan dari bahagian depan kepalanya kemudian membawa kedua-dua tangannya hingga ke batang tengkuk kemudian mengembalikan kedua-dua tangannya itu hingga sampai ke tempat yang dimulainya kemudian dia membasuh kedua-dua kakinya. 

119 –  حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا خَالِدٌ عَنْ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى الْمَازِنِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدِ بْنِ عَاصِمٍ بِهَذَا الْحَدِيثِ قَالَ فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ مِنْ كَفٍّ وَاحِدَةٍ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلَاثًا ثُمَّ ذَكَرَ نَحْوَهُ 

119 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Khalid meriwayatkan (hadits ini) kepada kami daripada `Amr bin Yahya Al-Mazini daripada ayahnya daripada `Abdillah bin Zaid bin `Ashim, katanya: Dia berkumur dan menghisap air ke hidung menggunakan sebelah tangan, beliau melakukan begitu tiga kali kemudian dia menyebutkan hadits yang sema`na dengan hadits yang tersebut tadi. 

120 –  حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ السَّرْحِ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ الْحَارِثِ أَنَّ حَبَّانَ بْنَ وَاسِعٍ حَدَّثَهُ أَنَّ أَبَاهُ حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ زَيْدِ بْنِ عَاصِمٍ الْمَازِنِيَّ يَذْكُرُ أَنَّهُ رَأَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ وُضُوءَهُ وَقَالَ وَمَسَحَ رَأْسَهُ بِمَاءٍ غَيْرِ فَضْلِ يَدَيْهِ وَغَسَلَ رِجْلَيْهِ حَتَّى أَنْقَاهُمَا

 

120 – Ahmad bin `Amr bin as-Sarh meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Wahb meriwayatkan kepada kami daripada `Amr bin Al-Harits bahawa Habban bin Wasi` meriwayatkan kepadanya bahawa ayahnya menceritakan kepadanya bahawa dia mendengar `Abdallah bin Zaid  bin `Ashim Al-Mazini menyebutkan bahawa dia melihat Rasulallah s.a.w lalu disebutnya tentang wudhu’nya (wudhu’ Rasulullah s.a.w) Dia berkata: Baginda menyapu kepalanya dengan iar yang bukan dari lebihan dua tangannya dan dia membasuh kedua-dua kakinya sehingga dia betul-betul membersihkannya 

121 –  حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ حَنْبَلٍ حَدَّثَنَا أَبُو الْمُغِيرَةِ حَدَّثَنَا حَرِيزٌ حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَيْسَرَةَ الْحَضْرَمِيُّ سَمِعْتُ الْمِقْدَامَ بْنَ مَعْدِي كَرِبَ الْكِنْدِيَّ قَالَ أُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِوَضُوءٍ فَتَوَضَّأَ فَغَسَلَ كَفَّيْهِ ثَلَاثًا وَغَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثًا ثُمَّ غَسَلَ ذِرَاعَيْهِ ثَلَاثًا ثَلَاثًا ثُمَّ تَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ ثَلَاثًا ثُمَّ مَسَحَ بِرَأْسِهِ وَأُذُنَيْهِ ظَاهِرِهِمَا وَبَاطِنِهِمَا

121 – Ahmad bin Muhammad bin Hanbal meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Al-Mughirah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hariz meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdur Rahman bin Maisarah Al-Hadhrami meriwayatkan kepada saya, katanya: Saya mendengar Al-Miqdam bin Ma`di Karib Al-Kindi berkata: Dibawakan air sembahyang kepada Rasulullah s.a.w, baginda pun berwudhu’ dibasuhnya kedua-dua tapak tangannya tiga kali dan membasuh mukanya tiga kali dan membasuh kedua-dua lengannya tiga-tiga kali kemudian baginda berkumur dan menghisap air ke dalam hidung tiga kali kemudian disapu kepala dan kedua-dua telinganya bahagian belakang dan bahagian dalam 

122 –  حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ خَالِدٍ وَيَعْقُوبُ بْنُ كَعْبٍ الْأَنْطَاكِيُّ لَفْظُهُ قَالَا حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ عَنْ حَرِيزِ بْنِ عُثْمَانَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ مَيْسَرَةَ عَنْ الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِي كَرِبَ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ فَلَمَّا بَلَغَ مَسْحَ رَأْسِهِ وَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى مُقَدَّمِ رَأْسِهِ فَأَمَرَّهُمَا حَتَّى بَلَغَ الْقَفَا ثُمَّ رَدَّهُمَا إِلَى الْمَكَانِ الَّذِي مِنْهُ  بَدَأَ قَالَ مَحْمُودٌ قَالَ أَخْبَرَنِي حَرِيزٌ 

122 – Mahmud bin Khalid dan Ya`qub bin Ka`b Al-Anthaki berkata: Al-Walid bin Muslim meriwayatkan kepada kami daripada Hariz bin `Utsman daripada `Abdur Rahman bin Maisarah daripada Al-Miqdam bin Ma`di Karib, katanya: Aku melihat Rasulallah s.a.w berwudhu’, bilamana baginda sampai kepada sapuan kepala, baginda pun meletakkan kedua-dua tapak tangannya di bahagian depan kepalanya lalu diperlalukan sehingga ke bahagian belakang tengkuk kemudian baginda mengembalikan semula kedua-dua tapak tangannya tadi ke tempat ia bermula. Mahmud berkata (dalam riwayatnya): Al-Walid bin Muslim berkata: أَخْبَرَنِي حَرِيزٌ  Hariz telah meriwayatkan kepadaku. (adapun riwayat tadi secara `An’anah) 

123 –  حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ خَالِدٍ وَهِشَامُ بْنُ خَالِدٍ الْمَعْنَى قَالَا حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بِهَذَا الْإِسْنَادِ قَالَ وَمَسَحَ بِأُذُنَيْهِ ظَاهِرِهِمَا وَبَاطِنِهِمَا زَادَ هِشَامٌ وَأَدْخَلَ أَصَابِعَهُ فِي صِمَاخِ أُذُنَيْهِ 

123 – Mahmud bin Khalid dan Hisyam bin Khalid berkata: Al-Walid meriwayatkan hadits ini kepada kami dengan isnad ini, katanya (Al-Miqdam): Dan baginda menyapu kedua-dua telinganya bahagian belakang dan bahagian dalamnya. Hisyam menambah: Dan dia memasukkan jarinya ke pelipatan-pelipatan telinganya

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *