Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 27 – Bab Berkenaan Sifat Wudhu’Nabi s.a.w.
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 27 – Bab Berkenaan Sifat Wudhu’Nabi s.a.w.

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 27 – 12-Sept-04

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 27 – 12-Sept-04

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:09 – Terjemahan Hadis.
2 – 10:09 – Sambungan Bab : Gambaran Wudhu’ Nabi SAW.

 

 

 

111 –  حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ خَالِدِ بْنِ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ خَيْرٍ قَالَ أَتَانَا عَلِيٌّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَقَدْ صَلَّى فَدَعَا بِطَهُورٍ فَقُلْنَا مَا يَصْنَعُ بِالطَّهُورِ وَقَدْ صَلَّى مَا يُرِيدُ إِلَّا لِيُعَلِّمَنَا فَأُتِيَ بِإِنَاءٍ فِيهِ مَاءٌ وَطَسْتٍ فَأَفْرَغَ مِنْ الْإِنَاءِ عَلَى يَمِينِهِ فَغَسَلَ يَدَيْهِ ثَلَاثًا ثُمَّ تَمَضْمَضَ وَاسْتَنْثَرَ ثَلَاثًا فَمَضْمَضَ وَنَثَرَ مِنْ الْكَفِّ الَّذِي يَأْخُذُ فِيهِ ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثًا و غَسَلَ يَدَهُ الْيُمْنَى ثَلَاثًا وَغَسَلَ يَدَهُ الشِّمَالَ ثَلَاثًا ثُمَّ جَعَلَ يَدَهُ فِي الْإِنَاءِ فَمَسَحَ بِرَأْسِهِ مَرَّةً وَاحِدَةً ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَهُ الْيُمْنَى ثَلَاثًا وَرِجْلَهُ اليسرى ثَلَاثًا ثُمَّ قَالَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَعْلَمَ وُضُوءَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَهُوَ هَذَا 

111 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu `Awanah  meriwayatkan kepada kami daripada Khalid bin `Alqamah daripada `Abd Khair, katanya: `Ali r.a datang kepada kami ketika itu beliau telahpun bersembahyang, beliau meminta air untuk berwudhu’. Kami pun berkata: Apa yang akan dilakukannya dengan air wudhu’ itu sedangkan dia telah bersembahyang, nampaknya tidak lain kecuali untuk mengajar kita. Maka dibawakan kepadanya satu bekas berisi air dan satu besen. Kemudian menuangkan air ke atas tangan kanannya, dibasuhnya kedua0dua tangannya itu tiga kali kemudian berkumur dan menghembuskan air dari hidung tiga kali. Beliau berkumur dan menghembuskan air dari hidung itu dari tangan yang digunakan untuk mengambil air tadi (ya`ni tangan kanan juga) kemudian beliau membasuh mukanya tiga kali dan membasuh tangan kanannya tiga kali dan membasuh tangan kirinya tiga kali kemudian beliau memasukkan tangannya ke dalam bekas itu lalu disapu di kepalanya sekali kemudian dia membasuh kaki kanannya tiga kali dan kaki kirinya tiga kali kemudian beliau berkata: Sesiapa yang suka untuk mengetahui cara wudhu’ Rasulillah s.a.w maka inilah (caranya).

 

112 –  حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْحُلْوَانِيُّ حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ عَلِيٍّ الْجُعْفِيُّ عَنْ زَائِدَةَ حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ عَلْقَمَةَ الْهَمْدَانِيُّ عَنْ عَبْدِ خَيْرٍ قَالَ صَلَّى عَلِيٌّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ الْغَدَاةَ ثُمَّ دَخَلَ الرَّحْبَةَ فَدَعَا بِمَاءٍ فَأَتَاهُ الْغُلَامُ بِإِنَاءٍ فِيهِ مَاءٌ وَطَسْتٍ قَالَ فَأَخَذَ الْإِنَاءَ بِيَدِهِ الْيُمْنَى فَأَفْرَغَ عَلَى يَدِهِ الْيُسْرَى وَغَسَلَ كَفَّيْهِ ثَلَاثًا ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ الْيُمْنَى فِي الْإِنَاءِ فَتمَضْمَضَ ثَلَاثًا وَاسْتَنْشَقَ ثَلَاثًا ثُمَّ سَاقَ قَرِيبًا مِنْ حَدِيثِ أَبِي عَوَانَةَ قَالَ ثُمَّ مَسَحَ رَأْسَهُ مُقَدَّمَهُ وَمُؤَخّرَهُ مَرَّةً ثُمَّ سَاقَ الْحَدِيثَ نَحْوَهُ

112 – Al-Hasan bin `Ali Al-Hulwani meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Husain bin `Ali Al-Ju`fi  meriwayatkan kepada kami daripada Za’idah, katanya: Khalid bin `Alqamah bin Al-Hamdani meriwayatkan kepada kami daripada `Abd Khair, katanya: `Ali r.a bersembahyang pagi kemudian dia masuk ke satu ruang yang luas beliau pun air kemudian seorang budak membawakan satu bekas berisi air kepadanya bersama satu bekas ketul. Kata perawi (`Abd Khair): Dia punmengambil bekas air itu dengan tangan kanannya lalu dituangkan ke atas tangan kirinya dan dibasuh kedua-dua tapak tangannya itu tiga kali kemudian beliau memasukkan tangan kanannya ke dalam bekas itu dan berkumurtiga kali dan menghisap air ke hidung tiga kali. Kemudian perawi (Za’idah) mengemukakan hadits yang hampir ma`nanya dengan hadits Abi `Awanah dahulu. Katanya: kemudian `Ali menyapu kepalanya bahagian depan dan bahagian belakangnya satu kali kemudian dia mengemukakan hadits yang sema`na dengan hadits Abi `Awanah tadi.

113 –   حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنِي شُعْبَةُ قَالَ سَمِعْتُ مَالِكَ بْنَ عُرْفُطَةَ سَمِعْتُ عَبْدَ خَيْرٍ رَأَيْتُ عَلِيًّا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أُتِيَ بِكُرْسِيٍّ فَقَعَدَ عَلَيْهِ ثُمَّ أُتِيَ بِكُوزٍ مِنْ مَاءٍ فَغَسَلَ يده ثَلَاثًا ثُمَّ تَمَضْمَضَ مَعَ الِاسْتِنْشَاقِ بِمَاءٍ وَاحِدٍ وَذَكَرَ الْحَدِيثَ

113 – Muhammad bin Al-Mutsanna meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Ja`far meriwayatkan kepada kami, katanya Syu`bah meriwayatkan kepada saya, katanya: Saya mendengar Malik bin `Urfuthah berkata: Saya telah mendengar `Abd Khair berkata: Saya telah melihat `Ali yang dibawakan kerusi kepadanya, beliau pu  duduk dia atas kerusi itu kemudian dibawakan satu jag air, dia membasuh tangannya tiga kali kemudian berkumur serta menghembuskan air dari hidung dengan air yang sama dan seterusnya dia mengemukakan hadits selanjutnya.

114 –   حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا رَبِيعَةُ الْكِنَانِيُّ عَنْ الْمِنْهَالِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ زِرِّ بْنِ حُبَيْشٍ أَنَّهُ سَمِعَ عَلِيًّا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَسُئِلَ عَنْ وُضُوءِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ الْحَدِيثَ وَقَالَ وَمَسَحَ عَلَى رَأْسِهِ حَتَّى لَمَّا يَقْطُرْ وَغَسَلَ رِجْلَيْهِ ثَلَاثًا ثَلَاثًا ثُمَّ قَالَ هَكَذَا كَانَ وُضُوءُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

114 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Nu`aim meriwayatkan kepada kami, katanya: Rabi`ah Al-Kinani meriwayatkan kepada kami daripada Al-Minhal bin `Amr daripada Zirr bin  Hubaisy bahawasanya dia mendengar `Ali r.a ketika mana beliau ditanya tentang wudhu’ Rasulillah s.a.w kemudian dia menyebutkan hadits seterusnya. Dia (Zirr) di dalam riwayatnya menyebutkan: `Ali telah menyapu kepalanya sehingga tidak menitis pun dan membasuh kedua-dua kakinya tiga-tiga kali kemudian dia berkata: Beginilah wudhu’ Rasulillah s.a.w 

115 –  حَدَّثَنَا زِيَادُ بْنُ أَيُّوبَ الطُّوسِيُّ حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى حَدَّثَنَا فِطْرٌ عَنْ أَبِي فَرْوَةَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي لَيْلَى قَالَ رَأَيْتُ عَلِيًّا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ تَوَضَّأَ فَغَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثًا وَغَسَلَ ذِرَاعَيْهِ ثَلَاثًا وَمَسَحَ بِرَأْسِهِ وَاحِدَةً ثُمَّ قَالَ هَكَذَا تَوَضَّأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 

115 – Ziyad bin Ayyub At-Thusi meriwayatkan kepada kami, katanya: `Ubaidullah bin Musa meriwayatkan kepada kami, katanya: Fithr meriwayatkan kepada kami daripada Abi Farwah daripada `Abdir Rahman bin Abi Laila, katanya: Saya telah melihat `Ali r.a berwudhu’, beliau membasuh mukanya tiga kali dan membasuh lengannya tiga kali dan menyapu kepalanya sekali kemudian berkata: Beginilah Rasulullah s.a.w telah berwudhu’ 

116 –  حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ وَأَبُو تَوْبَةَ قَالَا حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ ح و أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عَوْنٍ أَخْبَرَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ أَبِي حَيَّةَ قَالَ رَأَيْتُ عَلِيًّا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ تَوَضَّأَ فَذَكَرَ وُضُوءَهُ كُلَّهُ ثَلَاثًا ثَلَاثًا قَالَ ثُمَّ مَسَحَ رَأْسَهُ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ثُمَّ قَالَ إِنَّمَا أَحْبَبْتُ أَنْ أُرِيَكُمْ طُهُورَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

116 – Musaddad dan Abu `Awanah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Al-Ahwash ح `Amr bin `Aun meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Al-Ahwash meriwayatkan kepada kami daripada Abi  Is-haq dariapda Abi Hayyah, katanya: Saya telah  melihat `Ali r.a berwudhu’, dia pun menyebut semua wudhu’nya tiga-tiga kali. Dia menyambung: Kemudian beliau (`Ali) menyapu kepalanya kemudian membasuh kedua-dua kakinya hingga buku lali kemudian berkata: Sebenarnya saya mahu menunjukkan kepada kamu cara bersuci Raulillah s.a.w

 

117 –  حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ يَحْيَى الْحَرَّانِيُّ حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ يَعْنِي ابْنَ سَلَمَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَقَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ طَلْحَةَ بْنِ يَزِيدَ بْنِ رُكَانَةَ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ الْخَوْلَانِيُّ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ دَخَلَ عَلَيَّ عَلِيٌّ يَعْنِي ابْنَ أَبِي طَالِبٍ وَقَدْ أَهْرَاقَ الْمَاءَ فَدَعَا بِوَضُوءٍ فَأَتَيْنَاهُ بِتَوْرٍ فِيهِ مَاءٌ حَتَّى وَضَعْنَاهُ بَيْنَ يَدَيْهِ فَقَالَ يَا ابْنَ عَبَّاسٍ أَلَا أُرِيكَ كَيْفَ كَانَ يَتَوَضَّأُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُلْتُ بَلَى قَالَ فَأَصْغَى الْإِنَاءَ عَلَى يَدِهِ فَغَسَلَهَا ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ الْيُمْنَى فَأَفْرَغَ بِهَا عَلَى الْأُخْرَى ثُمَّ غَسَلَ كَفَّيْهِ ثُمَّ تَمَضْمَضَ وَاسْتَنْثَرَ ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَيْهِ فِي الْإِنَاءِ جَمِيعًا فَأَخَذَ بِهِمَا حَفْنَةً مِنْ مَاءٍ فَضَرَبَ بِهَا عَلَى وَجْهِهِ ثُمَّ أَلْقَمَ إِبْهَامَيْهِ مَا أَقْبَلَ مِنْ أُذُنَيْهِ ثُمَّ الثَّانِيَةَ ثُمَّ الثَّالِثَةَ مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ أَخَذَ بِكَفِّهِ الْيُمْنَى قَبْضَةً مِنْ مَاءٍ فَصَبَّهَا عَلَى نَاصِيَتِهِ فَتَرَكَهَا تَسْتَنُّ عَلَى وَجْهِهِ ثُمَّ غَسَلَ ذِرَاعَيْهِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ ثَلَاثًا ثَلَاثًا ثُمَّ مَسَحَ رَأْسَهُ وَظُهُورَ أُذُنَيْهِ ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَيْهِ جَمِيعًا فَأَخَذَ حَفْنَةً مِنْ مَاءٍ فَضَرَبَ بِهَا عَلَى رِجْلِهِ وَفِيهَا النَّعْلُ فَفَتَلَهَا بِهَا ثُمَّ الْأُخْرَى مِثْلَ ذَلِكَ قَالَ قُلْتُ وَفِي النَّعْلَيْنِ قَالَ وَفِي النَّعْلَيْنِ قَالَ قُلْتُ وَفِي النَّعْلَيْنِ قَالَ وَفِي النَّعْلَيْنِ قَالَ قُلْتُ وَفِي النَّعْلَيْنِ قَالَ وَفِي النَّعْلَيْنِ

قَالَ أَبُو دَاوُد حَدِيثُ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنْ شَيْبَةَ يُشْبِهُ حَدِيثَ عَلِيٍّ لِأَنَّهُ قَالَ فِيهِ حَجَّاجُ بْنُ مُحَمَّدِ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ وَمَسَحَ بِرَأْسِهِ مَرَّةً وَاحِدَةً وَقَالَ ابْنُ وَهْبٍ فِيهِ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ وَمَسَحَ بِرَأْسِهِ ثَلَاثًا 

117 – `Abdul `Aziz bin Yahya Al-Harrani meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad iaitu Ibn Salamah meriwayatkan kepada kami dariapda Muhammad bin Is-haq daripada Muhammad bin Thalhah bin Yazid bin Rukanah daripada `Ubaidillah Al-Khaulani daripada Ibn `Abbas, katanya: `Ali iaitu Ibn Abu Thalib datang menemuiku ketika itu beliau telah selesai membuang air, beliau pun meminta air untuk berwudhu’ kami pun bawakan kepadanya satu bekas yang berisi air sehinggalah kami meletakkannya di hadapannya. Lalu dia pu berkata: Wahai Ibn `Abbas mahukah aku tunjukkan padamu bagaimana Rasulullah s.a.w berwudhu’. Saya (Ibn `Abbas) menjawab: Ya! Tentulah. Beliau pun menuangkannya ke atas tangannya lalu dibasuh tangannya itu. Kemudian dimasukkan pula tangan kanannya, dituangkan pula ke atas tanagn yang sebelah lagi kemudian membasuh kedua-dua tangannya kemudian berkumur dan menghembuskan air dari hidung. Kemudian dia memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam bekas tersebut lalu menyebuk air lalu memukulkan air itu ke mukanya kemudian dia memasukkan kedua-dua ibu jarinya ke bahagian depan (bahagian dalam) telinganya kemudian pada kali yang kedua dan begitu juga pada kali yang ketiga dilakukannya kemudian beliau mengambil secebuk air dengan tapak tangan kanannya lalu dituangkan ke atas bahagian depan kepalanya dan membiarkan air itu menitis di atas mukanya. Kemudian dia membasuh kedua-dua lengannya hingga ke siku tiga-tiga kali kemudian dia menyapu kepalanya dan bahagian belakang dua telinganya kemudian dia memasukkan kedua-dua tangannya sekali ke dalam bekas itu lalu diambilnya secebuk air dengan kedua-dua belah tangannya dan dipukulkan ke atas kakinya sedangkan kakinya memakai selipar kemudian kali yang kedua begitu juga. Perawi (Ibn `Abbsa) berkata: Saya pun bertanya dia: Sekali dengan selipar? Dia menjawab: Sekali dengan selipar. Perawi bertanya lagi: Sekali dengan selipar? Dia menjawab: Sekali dengan selipar. Perawi bertanya lagi: Sekali dengan selipar? Dia menjawab lagi: Sekali dengan selipar.

Abub Daud berkata: Hadits Ibn Juraij daripada Syaibah menyerupai hadits `Ali kerana Hajjaj bin Muhammad daripada Ibn Juraij dalam riwayatnya berkata daripada Ibn Juraij: Dia sapu kepalanya satu kali manakala Ibn Wahb di dalam riwayatnya daripada Ibn juraij juga: Dia sapu kepalanya tiga kali.

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *