Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 24 – Bab Seseorang Menggerakan Tangan Dalam Bekas Sebelum Membasuhnya
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 24 – Bab Seseorang Menggerakan Tangan Dalam Bekas Sebelum Membasuhnya

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 24 – 22-Ogs-04

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 24 – 22-Ogs-04

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:08 – Terjemahan Hadis.
2 – 07:00 – Sambungan Bab : Orang Yang Masukkan Tangannya Ke Dalam Bekas Air Sebelum Basuh Tangan.
3 – 10:23 – Bab : Gambaran Wuduk Nabi SAW.
4 – 15:28 – Utman Bin Affan.

 

 

 

بَاب فِي الرَّجُلِ يُدْخِلُ يَدَهُ فِي الْإِنَاءِ قَبْلَ أَنْ يَغْسِلَهَا

Bab Seseorang Memasukkan Tangannya Ke Dalam Bekas Sebelum Membasuhnya

103 –  حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي رَزِينٍ وَأَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ مِنْ اللَّيْلِ فَلَا يَغْمِسْ يَدَهُ فِي الْإِنَاءِ حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ 

103 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Mu`awiyah meiwayatkan kepada kami daripada Al-A`masy daripada Abi Razin dan Abi Shalih daripada Abi Hurairah, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang kamu bangun malam maka janganlah dia mencelup tangannya ke dalam bekas sehinggalah dia membasuhnya tiga kali kerana sesungguhnya dia tidak mengetahui di manakah tangannya bermalam.” 

104 –  حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْنِي بِهَذَا الْحَدِيثِ قَالَ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا وَلَمْ يَذْكُرْ أَبَا رَزِينٍ 

104 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: `Isa bin Yunus meriwayatkan daripada Al-A`masy daripada Abi Shalih daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w iaitu hadits ini juga, katanya dua kali atau tiga kali (basuhan) dan dia tidak menyebut Aba Razin (dalam sanad)

 

باب يحرك يده في الإناء قبل أن يغسلها

Bab Seseorang Menggerakkan Tangannya Di Dalam Bekas Sebelum Dia Membasuhnya 

105 –  حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ السَّرْحِ وَمُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ الْمُرَادِيُّ قَالَا حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ صَالِحٍ عَنْ أَبِي مَرْيَمَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ نَوْمِهِ فَلَا يُدْخِلْ يَدَهُ فِي الْإِنَاءِ حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَا يَدْرِي أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ أَوْ أَيْنَ كَانَتْ تَطُوفُ يَدُهُ 

105 – Ahmad bin `Amr bin As-Sarh dan Muhammad bin Salamah Al-Muradi berkata: Ibn Wahb meriwayatkan kepada kami daripada Mu`awiyah bin Shalih daripada Abi Maryam, dia berkata: Aku mendengar Aba Hurairah berkata: Aku mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu bangun tidur maka janganlah dia memasukkan tangannya ke dalam bekas sehingga dia membasuh tangannya tiga kali kerana dia tidak mengetahui di manakah tangannya bermalam atau di manakah tangannya telah merayau.”

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *