Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 22 – Sambungan Bab Bolehkah Seseorang Itu Bersembahyang Dalam Keadaan Dia Menahan Air Kecil Dan Air Besar.
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 22 – Sambungan Bab Bolehkah Seseorang Itu Bersembahyang Dalam Keadaan Dia Menahan Air Kecil Dan Air Besar.

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 22 – 01-Ogos-04

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 22 – 01-Ogos-04

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:09 – Terjemahan Hadis.
2 – 08:29 – Sambungan Bab : Bolehkah Seseorang Itu Sembahyang Dalam Keadaan Menahan Air Kecil Atau Air Besar.
3 – 32:23 – Bab :Kadar Air Yang MEncukupi Dalam Berwuduk.
4 – 53:26 – Bab : Melampau Dalam Berwuduk.
5 – 01:04:24 – Bab : Menyempurnakan Wuduk.

 

بَاب مَا يُجْزِئُ مِنَ الْمَاءِ فِي الْوُضُوءِ

Bab Kadar Air Yang Memadai Untuk Berwudhu’

92 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ صَفِيَّةَ بِنْتِ شَيْبَةَ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صلى االه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَغْتَسِلُ بِالصَّاعِ وَيَتَوَضَّأُ بِالْمُدِّ

 قَالَ أبو دَاود رَوَاهُ أَبَانُ عَنْ قَتَادَةَ قَالَ سَمِعْتُ صَفِيَّةَ

92 – Muhammad bin Katsir meriwayatkan kepada kami, katanya:  Hammam meriwayatkan kepada kami daripada Qatadah daripada Shafiyyah binti Syaibah daripada `A’isyah bahawa Nabi s.a.w mandi menggunakan satu gantang dan berwudhu’ dengan satu cupak.

Abu Daud mengatakan Aban meriwayatkan hadits  ini daripada Qatadah katanya saya telah mendengar Shafiyyah (meriwayatkannya).

93 –  حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ حَنْبَلٍ حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ أَخْبَرَنَا يَزِيدُ بْنُ أَبِي زِيَادٍ عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ عَنْ جَابِرٍ قَالَ كَانَ النبي صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَغْتَسِلُ بِالصَّاعِ وَيَتَوَضَّأُ بِالْمُدِّ

93 – Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, telah meriwayatkan kepada kami, katanya:  Husyaim, telah menceritakan kepada kami, katanya: Yazid bin Abi Ziad meriwayatkan kepada kami daripada Salim bin Abi Al-Ja`d daripada Jabir katanya Nabi s.a.w mandi menggunakan satu gantang dan berwudhu’ menggunakan satu cupak.

94 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ حَبِيبٍ الانْصَارِيِّ قَالَ سَمِعْتُ عَبَّادَ بْنَ تَمِيمٍ عَنْ جَدَّتِهِ وَهِيَ أُمُّ عُمَارَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ فَأُتِيَ بِإِنَاءٍ فِيهِ مَاءٌ قَدْر ثُلُثَيِ الْمُدِّ

94 – Muhammad bin Basysyar meriwayatkan kepada kami, katanya:  Muhammad bin Ja`far meriwayatkan kepada kami, katanya:  Syu`bah meriwayatkan kepada kami daripada Habib Al-Anshari katanya saya telah mendengar `Abbad bin Tamim daripada neneknya iaitu Ummu `Umarah bahawa Nabi s.a.w mahu berwudhu’ maka dibawa kepada baginda sebekas air yang dapat memenuhi kadar 2/3 cupak.

95 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ الْبَزَّازُ حَدَّثَنَا شَرِيكٌ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عِيسَى عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَبْرٍ عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ بِإِنَاءٍ يَسَعُ رَطْلَيْنِ وَيَغْتَسِلُ بِالصَّاعِ

قَالَ أبو دَاود وَرَوَاهُ شُعْبَةُ قَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَبْرٍ سَمِعْتُ أَنَسًا إِلا أَنَّهُ قَالَ يَتَوَضَّأُ بِمَكُّوكٍ وَلَمْ يَذْكُرْ رَطْلَيْنِ

قَالَ أبو دَاود رَوَاهُ يَحْيَى بْنُ آدَمَ عَنْ شَرِيكٍ قَالَ عَنِ ابْنِ جَبْرِ بْنِ عَتِيكٍ قَالَ وَرَوَاهُ سُفْيَانُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عِيسَى حَدَّثَنِي جَبْرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ

قَالَ أبو دَاود و سَمِعْت أَحْمَدَ بْنَ حَنْبَلٍ يَقُولُ الصَّاعُ خَمْسَةُ أَرْطَالٍ وَهُوَ صَاعُ ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ وَهُوَ صَاعُ النَّبِيِّ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

95 – Muhammad bin As-Shabbah Al-Bazzaz meriwayatkan kepada kami, katanya:  Syarik meriwayatkan kepada kami daripada `Abdullah bin `Isa daripada `Abdillah bin Jabr daripada Anas katanya: Nabi s.a.w selalu berwudhu’ menggunakan bekas yang memenuhi 2 kati dan mandi menggunakan satu gantang.

Abu Daud berkata: Syu`bah meriwayatkannya katanya:  `Abdullah bin `Abdillah bin Jabr meriwayatkan kepada saya bahawa beliau berkata: Aku hanya mendengar Anas (meriwayatkannya) dia berkata: “Baginda berwudhu’ dengan menggunakan semangkuk air” dan dia tidak menyebut 2 kati.

Abu Daud berkata Yahya bin Adam meriwayatkannya daripada Syarik katanya daripada Ibn Jabr bin `Atik katanya: Sufyan juga telah meriwayatkannya daripada `Abdillah bin `Isa katanya: Jabr bin `Abdillah meriwayatkan kepada saya.

Abu Daud berkata dia ada mendengar Ahmad bin Hanbal menyebut satu gantang menyamai 5 kati dan itulah gantang Ibni Abi Zi’b dan ia menyamai gantang Nabi s.a.w.

 

بَاب الاسْرَافِ فِي الْمَاءِ

Bab Berkenaan Membazir Dalam Menggunakan Air 

96 حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ حَدَّثَنَا سَعِيدٌ الْجُرَيْرِيُّ عَنْ أَبِي نَعَامَةَ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مُغَفَّلٍ سَمِعَ ابْنَهُ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْقَصْرَ الابْيَضَ عَنْ يَمِينِ الْجَنَّةِ إِذَا دَخَلْتُهَا فَقَالَ أَيْ بُنَيَّ سَلِ اللَّهَ الْجَنَّةَ وَتَعَوَّذْ بِهِ مِنَ النَّارِ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّهُ سَيَكُونُ فِي هَذِهِ الامَّةِ قَوْمٌ يَعْتَدُونَ فِي الطّهُورِ وَالدُّعَاءِ

96 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya:  Hammad meriwayatkan kepada kami, katanya:  Sa`id Al-Jurairi meriwayatkan kepada kami daripada Abi Na`amah bahawa `Abdallah bin Mughaffal mendengar anaknya berdoa: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu istana putih di sebelah kanan syurga apabila aku masuk syurga (kelak).” Dia pun berkata: “Wahai anakku, pohonlah kepada Allah syurga dan pohonlah perlindungan daripada neraka kerana aku telah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: Akan ada satu golongan dalam umat ini (umat Nabi) yang melampau dalam bersuci dan berdoa.”

 

 

بَاب فِي إِسْبَاغِ الْوُضُوءِ

Bab Berkenaan Menyempurnakan Wuduk

 

 97 حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ سُفْيَانَ حَدَّثَنَا مَنْصُورٌ عَنْ هِلالِ بْنِ يَسَافٍ عَنْ أَبِي يَحْيَى عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى قَوْمًا وَأَعْقَابُهُمْ تَلُوحُ فَقَالَ وَيْلٌ لِلاعْقَابِ مِنَ النَّارِ أَسْبِغُوا الْوُضُوءَ

97 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya:  Yahya meriwayatkan kepada kami daripada Sufyan, katanya:  Manshur meriwayatkan kepada kami daripada Hilal bin Yasaf daripada Abi Yahya daripada `Abdillah bin `Amr bahawa Rasulallah s.a.w. telah melihat satu kaum dalam keadaan tumit-tumit mereka bersinar lalu baginda pun bersabda: “Kecelakaan dari neraka untuk tumit-tumit itu, sempurnakanlah wudhu’ kamu.”

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *