Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 21 – Bab Bolehkah Seseorang Itu Sembahyang Dalam Keadaan Menahan Air Kecil Dan Air Besar.
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 21 – Bab Bolehkah Seseorang Itu Sembahyang Dalam Keadaan Menahan Air Kecil Dan Air Besar.

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 21 – 25-Jul-04

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 21 – 25-Jul-04

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:09 – Terjemahan Hadis.
2 – 13:02 – Bab : Bolehkah Seseorang Itu Sembahyang Dalam Keadaan Menahan Air Kecil Atau Air Besar.
3 – 15:53 – Abdullah Bin Arqam.
4 – 28:20 – Salah Satu Sebab Golongan Anti Hadis Tidak Terima Hadis,

 

 

 

بَاب أَيُصَلِّي الرَّجُلُ وَهُوَ حَاقِنٌ

Bab Adakah Seseorang Boleh Sembahyang Dalam Keadaan Menahan Air Kecil Dan Air Besar 

88 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الارْقَمِ أَنَّهُ خَرَجَ حَاجًّا أَوْ مُعْتَمِرًا وَمَعَهُ النَّاسُ وَهُوَ يَؤُمُّهُمْ فَلَمَّا كَانَ ذَاتَ يَوْمٍ أَقَامَ الصَّلاةَ صَلاةَ الصُّبْحِ ثُمَّ قَالَ لِيَتَقَدَّمْ أَحَدُكُمْ وَذَهَبَ إِلَى الْخَلاءِ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا أَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يَذْهَبَ الْخَلاءَ وَقَامَتِ الصَّلاةُ فَلْيَبْدَأْ بِالْخَلاءِ

 قَالَ أبو دَاود رَوَى وُهَيْبُ بْنُ خَالِدٍ وَشُعَيْبُ بْنُ إسحاق وَأَبُو ضَمْرَةَ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَجُلٍ حَدَّثَهُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَرْقَمَ وَالاكْثَرُ الَّذِينَ رَوَوْهُ عَنْ هِشَامٍ قَالُوا كَمَا قَالَ زُهَيْرٌ

88 – Ahmad bin Yunus meriwayatkan kepada kami, katanya:  Zuhair meriwayatkan kepada kami, katanya:  Hisyam bin `Urwah meriwayatkan kepada kami daripada ayahnya daripada `Abdillah bin Al-Arqam bahawa dia keluar untuk mengerjakan haji atau umrah, terdapat orang ramai bersamanya dan dia menjadi imam kepada mereka. Pada suatu hari setelah  sembahyang diiqamatkan iaitu sembahyang Subuh dia pun berkata: “Hendaklah seseorang daripada kamu tampil ke hadapan.” Dia sendiri telah pergi ke tempat buang air sambil berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Apabila seseorang kamu mahu pergi ke tempat buang air dan sembahyang sudah diiqamatkan maka hendaklah dia pergi buang air terlebih dahulu.”

Abu Daud berkata: Wuhaib bin Khalid, Syu`aib bin Is-haq dan Abu Dhamrah meriwayatkan hadits  ini daripada Hisyam bin `Urwah daripada ayahnya daripada seorang lelaki yang telah meriwayatkan daripada `Abdullah bin Arqam. Kebanyakan mereka yang meriwayatkan hadits  ini meriwayatkannya daripada Hisyam, riwayat mereka  seperti yang diriwayatkan oleh Zuhair.

89 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ حَنْبَلٍ وَمُسَدَّدٌ وَمُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى الْمَعْنَى قَالُوا حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ أَبِي حَزْرَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ ابْنُ عِيسَى فِي حَدِيثِهِ ابْنُ أَبِي بَكْرٍ ثُمَّ اتَّفَقُوا أَخُو الْقَاسِمِ بْنِ مُحَمَّدٍ قَالَ كُنَّا عِنْدَ عَائِشَةَ فَجِيءَ بِطَعَامِهَا فَقَامَ الْقَاسِمُ يُصَلِّي فَقَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لا يُصَلَّى بِحَضْرَةِ الطَّعَامِ وَلا وَهُوَ يُدَافِعُهُ الاخْبَثَانِ

89 – Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, Musaddad dan Muhammad bin `Isa meriwayatkan kepada kami sama dari segi ma`nanya dengan hadits yang tersebut sebelum ini. Mereka berkata:  Yahya bin Sa`id meriwayatkan kepada kami daripada Abi Hazrah, katanya: `Abdullah bin Muhammad meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn `Isa berkata dalam riwayatnya menyebutkan Ibn Abi Bakar, kemudian mereka bersepakat bahawa `Abdullah ialah saudara Qasim bin Muhammad, beliau berkata: “Kami pernah berada dekat `A’isyah lalu dibawakan makanan kepada mereka. Qasim pun berdiri untuk menunaikan sembahyang kemudian `A’isyah pun berkata: Saya ada mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Janganlah kamu sembahyang dengan kehadiran makanan dan ketika mahu membuang air (besar atau air kecil).”

90 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى حَدَّثَنَا ابْنُ عَيَّاشٍ عَنْ حَبِيبِ بْنِ صَالِحٍ عَنْ يَزِيدَ بْنِ شُرَيْحٍ الْحَضْرَمِيِّ عَنْ أَبِي حَيٍّ الْمُؤَذِّنِ عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلاثٌ لا يَحِلُّ لاحَدٍ أَنْ يَفْعَلَهُنَّ لا يَؤُمُّ رَجُلٌ قَوْمًا فَيَخُصُّ نَفْسَهُ بِالدُّعَاءِ دُونَهُمْ فَإِنْ فَعَلَ فَقَدْ خَانَهُمْ وَلا يَنْظُرُ فِي قَعْرِ بَيْتٍ قَبْلَ أَنْ يَسْتَأْذِنَ فَإِنْ فَعَلَ فَقَدْ دَخَلَ وَلا يُصَلِّي وَهُوَ حَقِنٌ حَتَّى يَتَخَفَّفَ

90 – Muhammad bin `Isa meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn `Ayyasy meriwayatkan kepada kami daripada Habib bin Shalih daripada Yazid bin Syuraih Al-Hadhrami daripada Abi Hayy Al-Muadzdzin daripada Tsauban, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda : “Tiga perkara yang tidak halal bagi kamu melakukannya iaitu seseorang itu tidak boleh menjadi imam kepada satu golongan lalu mengkhususkan do`a untuk dirinya sahaja dan bukan untuk orang lain, jika dia melakukannya maka dia telah mengkhianati mereka. Dan seseorang tidak boleh memandang ke dalam rumah orang lain sebelum meminta izin, jika dia melakukannya bererti dia telah masuk. Dan seseorang itu tidak boleh sembahyang dalam keadaan menahan air kecil atau air besar sehinggalah dia meringankan dirinya” (membuang air terlebih dahulu).

91 – حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ خَالِدٍ السُّلَمِيُّ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَلِيٍّ حَدَّثَنَا ثَوْرٌ عَنْ يَزِيدَ بْنِ شُرَيْحٍ الْحَضْرَمِيِّ عَنْ أَبِي حَيٍّ الْمُؤَذِّنِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لا يَحِلُّ لِرَجُلٍ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الاخِرِ أَنْ يُصَلِّيَ وَهُوَ حَقِنٌ حَتَّى يَتَخَفَّفَ ثُمَّ سَاقَ نَحْوَهُ عَلَى هَذَا اللَّفْظِ قَالَ وَلا يَحِلُّ لِرَجُلٍ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الاخِرِ أَنْ يَؤُمَّ قَوْمًا إِلا بِإِذْنِهِمْ وَلا يَخْتَصُّ نَفْسَهُ بِدَعْوَةٍ دُونَهُمْ فَإِنْ فَعَلَ فَقَدْ خَانَهُمْ

 قَالَ أبو دَاود هَذَا مِنْ سُنَنِ أَهْلِ الشَّامِ لَمْ يُشْرِكْهُمْ فِيهَا أَحَدٌ

91 –  Ahmad bin `Ali meriwayatkan kepada kami, katanya:  Tsaur meriwayatkan kepada kami daripada Yazid bin Syuraih Al-Hadhrami meriwayatkan kepada kami daripada Abi Hayy Al-Mu’adzdzin daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w. baginda bersabda: “Tidak halal kepada seseorang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat bersembahyang dalam keadaan menahan air kecil atau air besar sehinggalah dia meringankan dirinya” (membuang air terlebih dahulu). Kemudian perawi mengemukakan hadits  yang sama dari segi ma`nanya dengan hadits yang tersebut sebelum ini berdasarkan lafazh ini. Kata perawi itu: “Tidak halal kepada seseorang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat mengimamkan mana-mana golongan melainkan dengan izin mereka dan tidak boleh seseorang itu mengkhususkan doa untuk dirinya tanpa mempedulikan orang lain. Kalau dia melakukannya bererti dia telah mengkhianati mereka.”

Abu Daud berkata: Ini termasuk di dalam Sunan Ahli Syam (hadits  yang diriwayatkan oleh orang Syam), tiada sesiapapun yang berkongsi dengan mereka dalam meriwayatkan hadits  ini.

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *