Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 20 – Bab Berwudhu’ Dengan Nabiz
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 20 – Bab Berwudhu’ Dengan Nabiz

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 20 – 18-Jul-04

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 20 – 18-Jul-04

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:06 – Terjemahan Hadis
2 – 02:45 – Bab : Berwuduk Dengan Nabiz.
3 – 04:55 – Tentang Nabiz.
4 – 24:04 – Abu Qazarah.
5 – 26:35 – Abu Zaid.

 

بَاب الْوُضُوءِ بِالنَّبِيذِ

Bab Berkenaan Wudhu’ Menggunakan Air Perahan Tamar

 

84 –  حَدَّثَنَا هَنَّادٌ وَسُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْعَتَكِيُّ قَالا حَدَّثَنَا شَرِيكٌ عَنْ أَبِي فَزَارَةَ عَنْ أَبِي زَيْدٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ أَنَّ النَّبِيَّ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ لَيْلَةَ الْجِنِّ مَا فِي إِدَاوَتِكَ قَالَ نَبِيذٌ قَالَ تَمْرَةٌ طَيِّبَةٌ وَمَاءٌ طَهُورٌ

قَالَ أبو دَاود و قَالَ سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ عَنْ أَبِي زَيْدٍ أَوْ زَيْدٍ كَذَا قَالَ شَرِيكٌ وَلَمْ يَذْكُرْ هَنَّادٌ لَيْلَةَ الْجِنِّ

84 – Hannad dan Sulaiman bin Daud al-`Ataki meriwayatkan kepada kami, mereka berkata: Syarik meriwayatkan kepada kami daripada Abi Fazarah daripada Abi Zaid daripada `Abdullah bin Mas`ud bahawa Nabi s.a.w telah berkata kepadanya pada Malam Jin: “Apakah yang ada dalam bekas airmu itu?” Ibn Mas`ud pun menjawab: “Air perahan tamar.” Nabi s.a.w pun berkata: “Tamar yang suci dan air yang menyucikan.”

Abu Daud berkata: Sulaiman bin Daud mengatakan daripada Abi Zaid ataupun Zaid. Demikianlah juga kata Syarik tetapi Hannad tidak menyebut ‘Malam Jin’ (di dalam riwayatnya).

85 –  حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ عَنْ دَاوُدَ عَنْ عَامِرٍ عَنْ عَلْقَمَةَ قَالَ قُلْتُ لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ مَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةَ الْجِنِّ فَقَالَ مَا كَانَ مَعَهُ مِنَّا أَحَدٌ

85 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Wuhaib meriwayatkan kepada kami daripada Daud daripada `Amir daripada `Alqamah, beliau berkata aku telah berkata kepada Abdullah bin Mas`ud : “Siapakah dikalangan kamu yang bersama Nabi s.a.w pada Malam Jin itu?.” Ibn Mas`ud pun menjawab: “Tiada seorang pun di kalangan kami yang bersama baginda.”

86 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ مَنْصُورٍ عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنْ عَطَاءٍ أَنَّهُ كَرِهَ الْوُضُوءَ بِاللَّبَنِ وَالنَّبِيذِ وَقَالَ إِنَّ التَّيَمُّمَ أَعْجَبُ إِلَيَّ مِنْهُ

86 – Muhammad bin Basysyar meriwayatkan kepada kami, katanya:  `Abdur Rahman meriwayatkan kepada kami, katanya:  Bisyr bin Manshur meriwayatkan kepada kami daripada Ibn Juraij daripada `Atha’ bahawa dia tidak suka berwudhu’ dengan ‘menggunakan susu dan air perahan tamar. Dia mengatakan bahawa dia lebih suka bertayamum daripada menggunakan benda tersebut.

87 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنَا أَبُو خَلْدَةَ قَالَ سَأَلْتُ أَبَا الْعَالِيَةِ عَنْ رَجُلٍ أَصَابَتْهُ جَنَابَةٌ وَلَيْسَ عِنْدَهُ مَاءٌ وَعِنْدَهُ نَبِيذٌ أَيَغْتَسِلُ بِهِ قَالَ لا

87 – Muhammad bin Basysyar meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdur Rahman meriwayatkan kepada kami, katanya:  Abu Khaldah meriwayatkan kepada kami, beliau berkata: Saya telah bertanya Aba Al-`Aliah tentang seorang lelaki yang telah berjunub dan dia tidak mempunyai air tetapi ada bersamanya air perahan tamar, bolehkah dia menggunakannya untuk mandi? Abu Al-`Aliah menjawab : “Tidak boleh.”

 

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *