Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 18 – Bab Sisa Kucing & Bab Berwuduk Dengan Air Lebihan Bersuci Perempuan & Bab Berkenaan Larangan Berbuat Demikian.
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 18 – Bab Sisa Kucing & Bab Berwuduk Dengan Air Lebihan Bersuci Perempuan & Bab Berkenaan Larangan Berbuat Demikian.

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 18 – 04-Jul-04

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 18 – 04-Jul-04

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:24 – Matan Dan Terjemahan Hadis.

2 – 03:16 – Khilaf Ulama Tentang Air Sedikit Dan Banyak.

3 – 07:15 – Bab : Berwuduk Dengan Air Laut.

 

 

بَاب سُؤْرِ الْهِرَّةِ

Bab Sisa Kucing

75 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ إسحاق بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ عَنْ حُمَيْدَةَ بِنْتِ عُبَيْدِ بْنِ رِفَاعَةَ عَنْ كَبْشَةَ بِنْتِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ وَكَانَتْ تَحْتَ ابْنِ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ أَبَا قَتَادَةَ دَخَلَ فَسَكَبَتْ لَهُ وَضُوءًا فَجَاءَتْ هِرَّةٌ فَشَرِبَتْ مِنْهُ فَأَصْغَى لَهَا الانَاءَ حَتَّى شَرِبَتْ قَالَتْ كَبْشَةُ فَرَآنِي أَنْظُرُ إِلَيْهِ فَقَالَ أَتَعْجَبِينَ يَا ابْنَةَ أَخِي فَقُلْتُ نَعَمْ فَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّهَا مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ

75 – `Abdullah bin Maslamah Al-Qa`nabi meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Is-hak bin `Abdillah bin Abi Thalhah daripada Humaidah binti `Ubaid bin Rifa`ah daripada Kabsyah binti Ka`b bin Malik – beliau ialah isteri kepada anak Abi Qatadah – bahawa Abu Qatadah telah masuk ke rumahnya lalu beliau (Kabsyah) pun menuangkan air wudhu’ kepadanya. Tiba-tiba datang seekor kucing terus saja kucing itu meminum air daripada bekas itu. Dia pun menyenggengkan bekas tersebut supaya kucing itu dapat minum. Kabsyah berkata: Abu Qatadah pun melihat aku memerhatikan kepadanya maka dia pun berkata: “Adakah engkau berasa hairan wahai anak saudaraku”? Maka aku pun mengiyakannya. Abu Qatadah pun berkata bahawa sesungguhnya Rasuallah s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya kucing itu bukan najis, ia ialah sebahagian (binatang) yang lalu-lalang di antara kamu  di kalangan lelaki dan perempuan”

76 –  حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ عَنْ دَاوُدَ بْنِ صَالِحِ بْنِ دِينَارٍ التَّمَّارِ عَنْ أُمِّهِ أَنَّ مَوْلاتَهَا أَرْسَلَتْهَا بِهَرِيسَةٍ إِلَى عَائِشَةَ رَضِي اللَّهم عَنْهَا فَوَجَدَتْهَا تُصَلِّي فَأَشَارَتْ إِلَيَّ أَنْ ضَعِيهَا فَجَاءَتْ هِرَّةٌ فَأَكَلَتْ مِنْهَا فَلَمَّا انْصَرَفَتْ أَكَلَتْ مِنْ حَيْثُ أَكَلَتِ الْهِرَّةُ فَقَالَتْ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّمَا هِيَ مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ بِفَضْلِهَا

76 – `Abdullah bin Maslamah meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul `Aziz meriwayatkan kepada kami daripada Daud bin Shalih bin Dinar At-Tammar daripada ibunya bahawa hamba bebasan tuannya telah mengutusnya supaya menghantar bekas makanan kepada `A’isyah r.a. kemudian saya mendapati `A’ishah sedang bersembahyang. Beliau pun memberi isyarat kepada saya supaya diletakkan bekas itu lalu datanglah seekor kucing memakan sedikit daripada bekas makanan itu. Apabila `A’isyah selesai bersembahyang maka dia pun makan di tempat kucing itu makan sambil berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya kucing itu bukan najis, ia ialah sebahagian yang lalu-lalang di antara kamu di kalangan lelaki dan sesungguhnya saya telah melihat Rasulallah s.a.w. berwudhu’ menggunakan sisa kucing.”

 

بَاب الْوُضُوءِ بِفَضْلِ وَضُوءِ الْمَرْأَةِ

Bab Berwudhu’ Dengan Air Lebihan Bersuci Perempuan

77 –  حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ سُفْيَانَ حَدَّثَنِي مَنْصُورٌ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنِ الاسْوَدِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ وَنَحْنُ جُنُبَانِ

77 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya meriwayatkan kepada kami daripada Sufyan, katanya:  Manshur meriwayatkan kepada saya daripada Ibrahim daripada Al-Aswad daripada `A’isyah, beliau  berkata: “Saya sendiri  mandi bersama Nabi s.a.w. daripada satu bekas dalam keadaan kami berjunub.”

78 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ النُّفَيْلِيُّ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ عَنِ ابْنِ خَرَّبُوذَ عَنْ أُمِّ صُبَيَّةَ الْجُهَنِيَّةِ قَالَتِ اخْتَلَفَتْ يَدِي وَيَدُ رَسُولِ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْوُضُوءِ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ

78 – `Abdullah bin Muhammad An-Nufaili meriwayatkan kepada kami, katanya: Waki` meriwayatkan kepada kami daripada Usamah bin Zaid daripada Ibn Kharrabudz daripada Ummi Shubaiyah Al-Juhaniyyah, beliau berkata: “Tangan saya dan tangan Rasulillah s.a.w. bergilir-gilir masuk ke dalam bekas wudhu’ yang sama.”

79 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ ح و حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ كَانَ الرِّجَالُ وَالنِّسَاءُ يَتَوَضَّئُونَ فِي زَمَانِ رَسُولِ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مُسَدَّدٌ مِنَ الانَاءِ الْوَاحِدِ جَمِيعًا

79 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami daripada Ayyub daripada Nafi` (ح) `Abdillah bin Maslamah juga meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Nafi` daripada Ibn `Umar, beliau berkata: Lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan berwudhu’ di zaman Rasulillah s.a.w. Musaddad berkata: “…dengan menggunakan satu bekas yang sama kesemuanya.”

80 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ حَدَّثَنِي نَافِعٌ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ كُنَّا نَتَوَضَّأُ نَحْنُ وَالنِّسَاءُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ نُدْلِي فِيهِ أَيْدِيَنَا

80 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya meriwayatkan kepada kami daripada `Ubaidillah, katanya: Nafi` meriwayatkan kepada saya daripada `Abdillah bin `Umar, beliau berkata: “Kami dan perempuan-perempuan selalu berwudhu’ di zaman Rasulillah s.a.w daripada bekas yang sama, kami hulurkan tangan-tangan kami ke dalam bekas air itu.”

 

بَاب النَّهْيِ عَنْ ذَلِكَ

Bab Berkenaan Larangan Berbuat Demikian

81 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ عَنْ دَاوُدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ح و حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ دَاوُدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ حُمَيْدٍ الْحِمْيَرِيِّ قَالَ لَقِيتُ رَجُلا صَحِبَ النَّبِيَّ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعَ سِنِينَ كَمَا صَحِبَهُ أَبُو هُرَيْرَةَ قَالَ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تَغْتَسِلَ الْمَرْأَةُ بِفَضْلِ الرَّجُلِ أَوْ يَغْتَسِلَ الرَّجُلُ بِفَضْلِ الْمَرْأَةِ زَادَ مُسَدَّدٌ وَلْيَغْتَرِفَا جَمِيعًا

81 – Ahmad bin Yunus meriwayatkan kepada kami, katanya:  Zuhair daripada Daud bin Abdullah (ح) Musaddad juga meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu `Awanah  meriwayatkan kepada kami daripada Daud bin `Abdullah daripada Humaid Al-Himyari, beliau berkata: Aku telah bertemu dengan seseorang yang telah bersahabat dengan Nabi s.a.w selama 4 tahun sebagaimana Abu Hurairah telah bersahabat dengan baginda, beliau berkata: Nabi s.a.w melarang perempuan mandi menggunakan air lebihan lelaki atau lelaki mandi menggunakan air lebihan perempuan. Musaddad menambah: Hendaklah mereka cebuk bersama-sama (dalam bekas itu).

82 – حَدَّثَنَا ابْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ يَعْنِي الطَّيَالِسِيَّ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي حَاجِبٍ عَنِ الْحَكَمِ بْنِ عَمْرٍو وَهُوَ الاقْرَعُ أَنَّ النَّبِيَّ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يَتَوَضَّأَ الرَّجُلُ بِفَضْلِ طَهُورِ الْمَرْأَةِ

82 – Ibn Basysyar meriwayatkan kepada kami, katanya:  Abu Daud ya`ni At-Thayalisi meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah meriwayatkan kepada kami daripada `Ashim daripada Abi Hajib daripada Al-Hakam bin `Amr iaitu Al-Aqra` bahawa Nabi s.a.w. melarang lelaki berwudhu’ menggunakan air lebihan wudhu’ perempuan.

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *