Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 16 – Bab Tentang Telaga Budha’ah & Bab Air Tidak Berjunub.
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 16 – Bab Tentang Telaga Budha’ah & Bab Air Tidak Berjunub.

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 16 – 13-Jun-04

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 16 – 13-Jun-04

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:05 – Terjemahan Hadis.
2 – 06:17 – Sambungan Bab : Berkenaan Hadis Tentang Telaga Budha’ah.
3 – 22:23 – Persoalan : Apa Maksud Hadis Ini.
4 – 59:48 – Bab : Air Tidak Berjunub.

 

 

 

بَاب مَا جَاءَ فِي بِئْرِ بُضَاعَةَ

Bab Berkenaan Telaga Budha`ah

67 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلاءِ وَالْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ وَمُحَمَّدُ بْنُ سُلَيْمَانَ الانْبَارِيُّ قَالُوا حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنِ الْوَلِيدِ بْنِ كَثِيرٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ كَعْبٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ رَافِعِ بْنِ خَدِيجٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّهُ قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صلى االه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُطْرَحُ فِيهَا الْحِيَضُ وَلَحْمُ الْكِلابِ وَالنَّتْنُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَاءُ طَهُورٌ لا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ

 قَالَ أبو دَاود وَقَالَ بَعْضُهُمْ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ رَافِعٍ

67 – Muhammad bin Al-`Ala’, Hasan bin `Ali, Muhammad dan Muhammad bin Sulaiman Al-Anbari meriwayatkan kepada kami, mereka berkata:  Abu Usamah meriwayatkan kepada kami daripada Al-Walid bin Katsir daripada Muhammad bin Ka`b daripada `Ubaidillah bin `Abdillah bin Rafi` bin Khadij daripada Abu Sa`id al-Khudri bahawasanya Rasulullah s.a.w. ditanya: Adakah kita boleh mengambil air sembahyang daripada air yang diambil dari Telaga Budha`ah . Ia adalah telaga yang dicampakkan ke dalamnya kain-kain yang dipakai oleh perempuan untuk menahan haidh mereka, daging anjing dan juga benda-benda yang berbau busuk. Nabi s.a.w. pun menjawab: “Air itu menyucikan, tiada sesuatu pun yang menajiskannya.”

Abu Daud berkata bahawa: Sebahagian perawi mengatakan `Abdur Rahman bin Rafi` (bukan `Abdullah bin Rafi`) .

68 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ أَبِي شُعَيْبٍ وَعَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ يَحْيَى الْحَرَّانِيَّانِ قَالا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إسحاق عَنْ سَلِيطِ بْنِ أَيُّوبَ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ رَافِعٍ الانْصَارِيِّ ثُمَّ الْعَدَوِيِّ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى االه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يُقَالُ لَهُ إِنَّهُ يُسْتَقَى لَكَ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا لُحُومُ الْكِلابِ وَالْمَحَايِضُ وَعَذِرُ النَّاسِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْمَاءَ طَهُورٌ لا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ

 قَالَ أبو دَاود و سَمِعْت قُتَيْبَةَ بْنَ سَعِيدٍ قَالَ سَأَلْتُ قَيِّمَ بِئْرِ بُضَاعَةَ عَنْ عُمْقِهَا قَالَ أَكْثَرُ مَا يَكُونُ فِيهَا الْمَاءُ إِلَى الْعَانَةِ قُلْتُ فَإِذَا نَقَصَ قَالَ دُونَ الْعَوْرَةِ قَالَ أبو دَاود وَقَدَّرْتُ أَنَا بِئْرَ بُضَاعَةَ بِرِدَائِي مَدَدْتُهُ عَلَيْهَا ثُمَّ ذَرَعْتُهُ فَإِذَا عَرْضُهَا سِتَّةُ أَذْرُعٍ وَسَأَلْتُ الَّذِي فَتَحَ لِي بَابَ الْبُسْتَانِ فَأَدْخَلَنِي إِلَيْهِ هَلْ غُيِّرَ بِنَاؤُهَا عَمَّا كَانَتْ عَلَيْهِ قَالَ لا وَرَأَيْتُ فِيهَا مَاءً مُتَغَيِّرَ اللَّوْنِ

68 – Ahmad bin Abu Syu`aib Al-Harrani dan `Abdul `Aziz bin Yahya Al-Harrani meriwayatkan kepada kami, mereka berkata: Muhammad bin Salamah meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin Is-hak daripada Salith bin Ayyub daripada `Ubaidillah bin `Abdir Rahman bin Rafi` Al-Anshari kemudian `Adawi daripada Abi Sa`id Al-Khudri, katanya: Aku telah mendengar Rasulallah s.a.w. ketika baginda ditanya bahawa diambil air dari Telaga Budha`ah untuk diberi minum (kepada Nabi s.a.w. atau orang lain) pada hal telaga itu adalah telaga yang dicampakkan ke dalamnya daging-daging anjing, kain-kain yang dipakai oleh perempuan untuk menahan haidh mereka dan kekotoran-kekotoran manusia. Rasulullah s.a.w pun menjawab: “Sesungguhnya air itu menyucikan, tiada sesuatu pun yang menajiskannya.”

Abu Daud berkata bahawa saya mendengar Qutaibah bin Sa`id berkata : “Saya bertanya kepada penjaga Telaga Budha`ah tentang kedalamannya.” Qutaibah berkata: “Paling banyak air yang terdapat dalam telaga itu sebanyak mana?” Penjaga itu pun berkata: “Hingga ke ari-ari (bawah paras pusat).” Qutaibah bertanya lagi : “Sebanyak mana air itu ketika kurang?” Penjaga itu pun menjawab : “Di bawah daripada aurat (bawah daripada paras lutut)”

Abu Daud pun berkata : “Saya telah mengukur Telaga Budho’ah itu dengan merentangkan kain selimut saya di atasnya kemudian saya ukur dengan hasta saya . Saya dapati lebarnya 6 hasta dan saya bertanya orang yang membuka pintu kebun itu untuk saya lalu dia membawa saya masuk ke dalam : “Adakah binaannya itu telah diubah daripada keadaan sebelumnya ?”. Maka orang itu mengatakan tidak maka saya melihat dalam telaga itu air yang sudah berubah warnanya (tidak jernih)”  (07/13:40)

بَاب الْمَاءِ لا يُجْنِبُ

Bab Air Tidak Berjunub

69 –  حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا أَبُو الاحْوَصِ حَدَّثَنَا سِمَاكٌ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ اغْتَسَلَ بَعْضُ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صلى اللَّهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي جَفْنَةٍ فَجَاءَ النَّبِيُّ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيَتَوَضَّأَ مِنْهَا أَوْ يَغْتَسِلَ فَقَالَتْ لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي كُنْتُ جُنُبًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْمَاءَ لا يُجْنِبُ

69 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya:  Abu Al-Ahwas meriwayatkan kepada kami, katanya:  Simak meriwayatkan kepada kami daripada `Ikrimah daripada Ibn `Abbas, beliau berkata: Salah seorang isteri Nabi s.a.w. mandi di dalam satu bekas (besen) maka Nabi s.a.w. pun datang untuk berwudhu’ atau mandi dengan menggunakan air itu. Isterinya itu pun berkata kepada baginda : “Wahai Rasulullah, tadi saya berjunub.” Maka Rasulullah s.a.w. pun bersabda : “Sesungguhnya air tidak berjunub.”

 

 

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *