Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 15 – Bab Apa Yang Menajiskan Air.
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 15 – Bab Apa Yang Menajiskan Air.

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 15 – 30-Mei-04

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 15 – 30-Mei-04

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:06 – Terjemahan Hadis.
2 – 11:38 – Bab : Apa Yang Menajiskan Air.
3 – 29:20 – Bab : Berkenaan Telaga Budha’ah.
4 – 30:28 – Muhammad bin Kaab.
5 – 32:33 – Ubaidullah Bin Abdullah Bin Rafi’.

 

 

بَاب مَا يُنَجِّسُ الْمَاءَ

Bab Apa Yang Menajiskan Air 

64 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلاءِ وَعُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَالْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ وَغَيْرُهُمْ قَالُوا حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنِ الْوَلِيدِ بْنِ كَثِيرٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جَعْفَرِ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْمَاءِ وَمَا يَنُوبُهُ مِنَ الدَّوَابِّ وَالسِّبَاعِ فَقَالَ صلى االه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ الْمَاءُ قُلَّتَيْنِ لَمْ يَحْمِلِ الْخَبَثَ

 قَالَ أبو دَاود وَهَذَا لَفْظُ ابْنُ الْعَلاءِ و قَالَ عُثْمَانُ وَالْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبَّادِ بْنِ جَعْفَرٍ قَالَ أبو دَاود وَهُوَ الصَّوَابُ

64 – Muhammad bin Al-`Ala’ dan `Utsman bin Abi Syaibah dan Hasan bin `Ali dan selain mereka meriwayatkan kepada kami, mereka berkata: Abu Usamah meriwayatkan kepada kami daripada al-Walid bin Katsir daripada Muhammad bin Ja`far bin Az-Zubair daripada Abdillah  bin `Abdillah bin `Umar daripada ayahnya katanya: “Nabi s.a.w. ditanya tentang air dan tempat air yang didatangi binatang-binatang dan binatang buas lalu baginda pun bersabda: “Apabila air itu 2 kolah , ia tidak menanggung kekotoran.”

Abu Daud berkata bahawa: Ini adalah lafazh Ibn Al-`Ala’ dan `Utsman serta Hasan meriwayatkan daripada `Ali daripada Muhammad bin `Abbad bin Ja`far. Abu Daud berkata: Itulah yang betul.

65 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ ح و حَدَّثَنَا أَبُو كَامِلٍ حَدَّثَنَا يَزِيدُ يَعْنِي ابْنَ زُرَيْعٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إسحاق عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جَعْفَرٍ قَالَ أَبُو كَامِلٍ ابْنُ الزُّبَيْرِ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنِ الْمَاءِ يَكُونُ فِي الْفَلاةِ فَذَكَرَ مَعْنَاهُ

65 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami ( ح ). Dan Abu Kamil meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid iaitu Ibn Zurai` meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin Is-hak daripada Muhammad bin Ja’far, Abu Kamil (Ibn Zubair) meriwayatkan daripada Ubaidillah bin `Abdullah bin `Umar daripada ayahnya bahawa Nabi s.a.w. telah ditanya tentang air yang berada di padang lalu dia menyebutkan hadits  yang sema`na (dengan hadits  tadi).

66 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ أَخْبَرَنَا عَاصِمُ بْنُ الْمُنْذِرِ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى االه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا كَانَ الْمَاءُ قُلَّتَيْنِ فَإِنَّهُ لا يَنْجُسُ

قَالَ أبو دَاود حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ وَقَفَهُ عَنْ عَاصِمٍ

66 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami, katanya: `Ashim bin Al-Munzir telah menceritakan kepada kami daripada `Ubaidillah bin `Abdillah bin `Umar, katanya: Ayahku telah menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Apabila air itu dua kolah maka ia bukan najis.”

Abu Daud berkata: Hammad bin Zaid memauqufkan (menghentikan hadits  ini) daripada `Ashim

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *