Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 14 – Bab Kemestian / Kefardhuan Wuduk & Bab Seseorang Yang Memperbaharui Wuduk Bukan Kerana Berhadas.
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 14 – Bab Kemestian / Kefardhuan Wuduk & Bab Seseorang Yang Memperbaharui Wuduk Bukan Kerana Berhadas.

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 14 – 23-Mei-04

 

Matan Mp3:

[sc_embed_player_template1 fileurl=”https://dl.dropboxusercontent.com/u/42004575/Syarahan%20Hadits%20Maulana%20Asri%20Yusoff/Sunan%20Abi%20Daud/01%20Kitab%20Thaharah/03%20-%20MP3/MP3%20-%20Abu%20Daud%20-%20Sesi%2014%20-%20Matan%20-%20Kitab%20Thaharah%20-%20Maulana%20Asri%20-%20230504.mp3″] [easy_media_download url=”https://www.dropbox.com/s/4vkqo5glqyxexr9/MP3%20-%20Abu%20Daud%20-%20Sesi%2014%20-%20Matan%20-%20Kitab%20Thaharah%20-%20Maulana%20Asri%20-%20230504.mp3?dl=1″ text =”Download MP3″ width=”170″ height=”25″ color=”grey_light”]

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 14 – 23-Mei-04

 

 Syarah Mp3:

[sc_embed_player_template1 fileurl=”https://dl.dropboxusercontent.com/u/42004575/Syarahan%20Hadits%20Maulana%20Asri%20Yusoff/Sunan%20Abi%20Daud/01%20Kitab%20Thaharah/03%20-%20MP3/MP3%20-%20Abu%20Daud%20-%20Sesi%2014%20-%20Syarah%20-%20Kitab%20Thaharah%20-%20Maulana%20Asri%20-%20230504.mp3″] [easy_media_download url=”https://www.dropbox.com/s/6je7z1mc67zeb4v/MP3%20-%20Abu%20Daud%20-%20Sesi%2014%20-%20Syarah%20-%20Kitab%20Thaharah%20-%20Maulana%20Asri%20-%20230504.mp3?dl=1″ text =”Download MP3″ width=”170″ height=”25″ color=”grey_light”]

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:06 – Terjemahan Hadis.

2 – 02:53 – Sambungan Bab L Kemestian Berwuduk.

3 – 03:22 – Ahmad bin Muhammad Bin Hanbal.

4 – 06:14 – Hammam Bin Munabbih.

5 – 10:09 – Makna ‘Terima’ Dan Bentuknya.

6 – 26:34 – Usman Bin Abi Syaibah.

7 – 29:13 – Sufyan

8 – 31:45 – Ibnu ‘Aqil.

9 – 38:51 – Muammad Bin Hanafiah.

10 – 40:43 – Perbezaan Antara Syarat Dan Rukun.

11 – 43:32 – Tentang Takbiratul Ihram.

 

بَاب فَرْضِ الْوُضُوءِ

Bab Kemestian / Kefardhuan Wuduk

  

54 حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي الْمَلِيحِ عَنْ أَبِيهِ عَنِ النَّبِيِّ صلى االه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لا يَقْبَلُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ صَدَقَةً مِنْ غُلُولٍ وَلا صَلاةً بِغَيْرِ طُهُورٍ

Muslim bin Ibrahim telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami daripada Qatadah daripada Abu al-Malih daripada ayahnya daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Allah tidak menerima sedekah daripada hasil pengkhianatan dan sembahyang tanpa bersuci”.

55 حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى االه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَقْبَلُ اللَّهُ صَلاةَ أَحَدِكُمْ إِذَا أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأ

Ahmad bin Hanbal telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abdul Razzaq telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ma’mar telah menceritakan kepada kami daripada Hammam bin Munabbih daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah tidak menerima  sembahyang seseorang kamu apabila dia telah berhadas sehinggalah dia berwuduk”.

56 حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ سُفْيَانَ عَنِ ابْنِ عَقِيلٍ عَنْ مُحَمَّدِ ابْنِ الْحَنَفِيَّةِ عَنْ عَلِيٍّ رَضِي اللَّهم عَنْهم قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى االه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِفْتَاحُ الصَّلاةِ الطُّهُورُ وَتَحْرِيمُهَا التَّكْبِيرُ وَتَحْلِيلُهَا التَّسْلِيمُ

‘Uthman bin Abi Syaibah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Waki’ telah meriwayatkan kepada kami daripada Sufyan daripada Ibnu ‘Aqil daripada Muhammad bin al-Hanafiyah daripada ‘Ali, katanya: Nabi s.a.w. bersabda: “Anak kunci sembahyang itu ialah bersuci, tahrimnya (ucapan yang menandakan haram apa-apa yang sebelumnya halal) ialah takbir dan tahlilnya (ucapan yang menandakan halal apa-apa yang sebelumnya haram) ialah memberi salam”.

بَاب الرَّجُلِ يُجَدِّدُ الْوُضُوءَ مِنْ غَيْرِ حَدَثٍ

Bab Seseorang Yang Memperbaharui Wuduk Bukan Kerana Berhadas

 

57 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ فَارِسٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَزِيدَ الْمُقْرِئُ ح و حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ قَالا حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ زِيَادٍ قَالَ أبو دَاود وَأَنَا لِحَدِيثِ ابْنِ يَحْيَى أَتْقَنُ عَنْ غُطَيْفٍ وَقَالَ مُحَمَّدٌ عَنْ أَبِي غُطَيْفٍ الْهُذَلِيِّ قَالَ كُنْتُ عِنْدَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ فَلَمَّا نُودِيَ بِالظُّهْرِ تَوَضَّأَ فَصَلَّى فَلَمَّا نُودِيَ بِالْعَصْرِ تَوَضَّأَ فَقُلْتُ لَهُ فَقَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى االه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ تَوَضَّأَ عَلَى طُهْرٍ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ قَالَ أبو دَاود وَهَذَا حَدِيثُ مُسَدَّدٍ وَهُوَ أَتَم

Muhammad bin Yahya bin Faris telah meriwayatkan kepada kami, katanya:  Abdullah bin Yazid al-Muqri` telah meriwayatkan kepada kami, katanya: ( ح ) dan Musaddad telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Isa bin Yunus telah meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Abdul Rahman bin Ziyad telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Daud berkata: Pada pendapatku hadits Ibnu Yahya lebih Atqan[1] daripada hadits Abi Ghutaif. Muhammad berkata sebagai meriwayatkan daripada Abi Ghutaif al-Huzali, katanya: “Saya berada dekat Ibnu Umar. Bila dilaungkan azan Zohor , dia berwuduk lalu bersembahyang. Bila dilaungkan azan untuk sembahyang ‘Asar, dia pun berwuduk lalu aku pun berkata kepadanya: “Kenapa engkau buat begitu?” Lalu dia pun menjawab bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan dia sudah pun suci, dituliskan untuknya sepuluh kebajikan.” Abu Daud berkata: Hadits  Musaddad ini adalah lebih sempurna.

[1] Lebih kuat, lebih kukuh, lebih teliti.

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *