Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 13 – Bab Berus Gigi Untuk Orang Yang Bangun Pada Waktu Malam
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 13 – Bab Berus Gigi Untuk Orang Yang Bangun Pada Waktu Malam

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 13 – 16-Mei-04

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 13 – 16-Mei-04

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:26 – Terjemahan Hadis.
2 – 07:39 – Bab : Berus Gigig Bagi Orang Yang Bangkit @ Bangun Pada Waktu Malam.
3 – 08:06 – Antara Yang Digalakkan @ Disunnahkan Seseorang Berus Gigi.
4 – 15:57 – Bahz Ibnu Hakim.
5 – 17:57 – Zurarah Bin Aufa.
6 – 19:07 – Saad Bin Hisyam.
7 – 24:47 – Ali Bin Zaid.
8 – 31:18 – Habib Bin Abi Tsabit.
9 – 35:19 – Muhammad Bin Ali Bin Abdullah Bin Abbas.
10 – 01:04:53 – Bab : Kemestian Berwuduk.
11 – 01:05:13 – Abi Al-Malih.

 

 

بَاب السِّوَاكِ لِمَنْ قَامَ مِنَ اللَّيْلِ

Bab Memberus Gigi Bagi Orang Yang Bangun Pada Waktu Malam

55 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ مَنْصُورٍ وَحُصَيْنٍ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ حُذَيْفَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى االه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ يَشُوصُ فَاهُ بِالسِّوَاك

55 – Muhammad bin Katsir telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan telah meriwayatkan kepada kami daripada Manshur dan Hushain daripada Abi Wa’il daripada Huzaifah bahawa: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila bangun pada waktu malam, baginda menggosok/membersihkan mulutnya dengan berus gigi.”

56 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ أَخْبَرَنَا بَهْزُ بْنُ حَكِيمٍ عَنْ زُرَارَةَ بْنِ أَوْفَى عَنْ سَعْدِ بْنِ هِشَامٍ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُوضَعُ لَهُ وَضُوءُهُ وَسِوَاكُهُ فَإِذَا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ تَخَلَّى ثُمَّ اسْتَاكَ

56 – Musa bin Isma`il telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Bahz bin Hakim telah menceritakan kepada kami daripada Zurarah bin Aufa daripada Sa`d bin Hisyam daripada `A’isyah bahawa: Nabi s.a.w. selalu diletakkan untuknya air (untuk Baginda berwuduk) dan berus giginya. Apabila baginda bangun pada waktu malam, baginda akan pergi ke tempat yang sunyi untuk membuang air kemudian baginda memberus gigi.

57 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ عَنْ عَلِيِّ بْنِ زَيْدٍ عَنْ أُمِّ مُحَمَّدٍ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صلى االه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ لا يَرْقُدُ مِنْ لَيْلٍ وَلا نَهَارٍ فَيَسْتَيْقِظُ إِلا تَسَوَّكَ قَبْلَ أَنْ يَتَوَضَّأ

57 – Muhamad bin Katsir telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammam telah meriwayatkan kepada kami daripada `Ali bin Zaid daripada Ummi Muhammad daripada `A’isyah bahawa: Nabi s.a.w. tidak tidur baik pada waktu malam atau siang lalu baginda terjaga (daripada tidurnya) melainkan baginda akan memberus gigi sebelum berwudhu’.

58 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ أَخْبَرَنَا حُصَيْنٌ عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِي ثَابِتٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ بِتُّ لَيْلَةً عِنْدَ النَّبِيِّ صلى االه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا اسْتَيْقَظَ مِنْ مَنَامِهِ أَتَى طَهُورَهُ فَأَخَذَ سِوَاكَهُ فَاسْتَاكَ ثُمَّ تَلا هَذِهِ الايَاتِ ( إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالارْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لايَاتٍ لاولِي الالْبَابِ ) حَتَّى قَارَبَ أَنْ يَخْتِمَ السُّورَةَ أَوْ خَتَمَهَا ثُمَّ تَوَضَّأَ فَأَتَى مُصَلاهُ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ رَجَعَ إِلَى فِرَاشِهِ فَنَامَ مَا شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ اسْتَيْقَظَ فَفَعَلَ مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ رَجَعَ إِلَى فِرَاشِهِ فَنَامَ ثُمَّ اسْتَيْقَظَ فَفَعَلَ مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ رَجَعَ إِلَى فِرَاشِهِ فَنَامَ ثُمَّ اسْتَيْقَظَ فَفَعَلَ مِثْل ذَلِكَ كُلُّ ذَلِكَ يَسْتَاكُ وَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ أَوْتَرَ

قَالَ أبو دَاود رَوَاهُ ابْنُ فُضَيْلٍ عَنْ حُصَيْنٍ قَالَ فَتَسَوَّكَ وَتَوَضَّأَ وَهُوَ يَقُولُ ( إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالارْضِ ) حَتَّى خَتَمَ السُّورَةَ

58 – Muhammad bin `Isa telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Husyaim telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hushain telah menceritakan kepada kami, daripada Habib bin Abi Tsabit daripada Muhammad bin `Ali bin `Abdillah bin `Abbas daripada ayahnya daripada datuknya `Abdillah bin `Abbas katanya: “Pada suatu malam aku telah bermalam di samping Nabi s.a.w maka apabila baginda terjaga daripada tidurnya baginda pergi kepada air yang akan digunakan untuk bersuci. Maka baginda pun mengambil berus giginya lalu bersugi kemudian baginda membaca ayat-ayat ini:  { Sesungguhnya pada kejadian langit-langit dan bumi dan pada silih berganti siang dan malam benar-benar ada tanda kepada orang-orang yang mempunyai fikiran } sehingga baginda hampir habis membaca surah itu atau telah habis membaca surah itu. Kemudian baginda pun berwudhu’ lalu pergi ke tempat sembahyangnya maka baginda bersembahyang dua raka`at kemudian kembali ke tilamnya lalu tidur (selama yang dikehendaki Allah) kemudian bangkit lalu melakukan seperti mana yang dilakukannya tadi lalu baginda pun kembali semula ke tilamnya lalu tidur. Kemudian baginda bangkit dan melakukan seperti yang telah dilakukannya tadi kemudian kembali semula ke tempat tidurnya lalu tidur. Kemudian baginda sedar dan dilakukannya seperti itu juga. Pada setiap kalinya Nabi s.a.w. memberus gigi dan bersembahyang dua raka`at kemudian baginda menunaikan solat Witir.”

Abu Daud berkata: Ibn Fuhdail meriwayatkan hadits  ini daripada Hushain, katanya: “Lalu Nabi s.a.w. memberus gigi dan berwudhu’ sambil baginda membaca ( إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالارْضِ ) sehingga tamat surah.”

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *