Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Taharah / Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 11 – Bab Siwak.
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Thoharah – Sesi 11 – Bab Siwak.

Sunan Abi Daud – Matan Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 11 – 02-Mei-04

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3
 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadith – Kitab Thoharah – Sesi 11 – 02-Mei-04

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

KLIK MINIT DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:12 – Terjemahan Hadis.
2 – 06:41 – Bab : Siwak.
3 – 06:56 – Pendapat Ulama Tentang Hukum Siwak.
4 – 10:45 – Antara Kelebihan Berus Gigi.
5 – 13:33 – Rijal A’raj.
6 – 14:25 – Maksud Marfu’kan.
7 – 26:23 – Khilaf Ulama Tentang Gosok Gigi Sebelum Wudhu’ Atau Dekat Sembahyang.
8 – 40:21 – Muhammad Bin Ishak Dalam Riwayat Kedua Dan Ketiga.
9 – 01:04:31 – Ibnu Umar.

 

 

  بَاب السِّوَاكِ

Bab Memberus Gigi

46  حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ عَنْ سُفْيَانَ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنِ الاعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ يَرْفَعُهُ قَالَ لَوْلا أَنْ أَشُقَّ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ لامَرْتُهُمْ بِتَأْخِيرِ الْعِشَاءِ وَبِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلاةٍ

Qutaibah bin Sa`id meriwayatkan kepada kami daripada Sufyan daripada Abi Az-Zinad daripada Al-A`raj daripada Abi Hurairah (dia memarfu`kan hadits  ini sampai kepada Nabi s.a.w.) katanya: “Kalau tidak kerana aku takut akan menyusahkan orang-orang Mu’min nescaya aku menyuruh mereka melewatkan solat `Isya’ dan memberus gigi ketika setiap kali hendak sembahyang”

47 حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إسحاق عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى اللَّهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَوْلا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لامَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلاةٍ قَالَ أَبُو سَلَمَةَ فَرَأَيْتُ زَيْدًا يَجْلِسُ فِي الْمَسْجِدِ وَإِنَّ السِّوَاكَ مِنْ أُذُنِهِ مَوْضِعَ الْقَلَمِ مِنْ أُذُنِ الْكَاتِبِ فَكُلَّمَا قَامَ إِلَى الصَّلاةِ اسْتَاكَ

Ibrahim bin Musa meriwayatkan kepada kami, katanya: `Isa bin Yunus menceritakan kepada kami, katanya: Muhammad bin Is-haq meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin Ibrahim At-Taimi daripada Abi Salamah bin `Abdir Rahman daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani, katanya: Saya telah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: “Kalau tidak kerana aku takut akan menyusahkan umatku nescaya aku akan menyuruh mereka memberus gigi ketika setiap sembahyang.” Abu Salamah berkata: Saya melihat Zaid duduk dalam masjid dalam keadaan siwak/berus gigi berada di telinganya iaitu di tempat penulis meletakkan pen di telinganya. Setiap kali dia bangun untuk bersembahyang dia akan memberus gigi.

48 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَوْفٍ الطَّائِيُّ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ خَالِدٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إسحاق عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ قُلْتُ أَرَأَيْتَ تَوَضُّؤَ ابْنِ عُمَرَ لِكُلِّ صَلاةٍ طَاهِرًا وَغَيْرَ طَاهِرٍ عَمَّ ذَاكَ فَقَالَ حَدَّثَتْنِيهِ أَسْمَاءُ بِنْتُ زَيْدِ بْنِ الْخَطَّابِ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ حَنْظَلَةَ بْنِ أَبِي عَامِرٍ حَدَّثَهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى اللَّهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُمِرَ بِالْوُضُوءِ لِكُلِّ صَلاةٍ طَاهِرًا وَغَيْرَ طَاهِرٍ فَلَمَّا شَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِ أُمِرَ بِالسِّوَاكِ لِكُلِّ صَلاةٍ فَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَرَى أَنَّ بِهِ قُوَّةً فَكَانَ لا يَدَعُ الْوُضُوءَ لِكُلِّ صَلاةٍ

قَالَ أبو دَاود إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ رَوَاهُ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إسحاق قَالَ عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ

Muhammad bin `Auf Atl-Tha’i meriwayatkan kepada kami, katanya:  Ahmad bin Khalid meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Is-haq meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin Yahya bin Habban daripada `Abdillah bin `Abdillah bin `Umar, katanya (Muhammad bin Yahya bin Habban): “Saya berkata: “Apa pendapatmu tentang wudhu’ Ibn `Umar untuk setiap sembahyang sama ada dia dalam keadaan suci atau tidak suci? Kenapakah begitu?” Maka beliau (`Abdullah bin Abdillah bin `Umar) berkata: Asma’ binti Zaid bin Al-Khatthab menceritakan kepadaku bahawa `Abdallah bin Hanzhalah bin Abi `Amir menceritakan kepadanya bahawa Rasulallah s.a.w. diperintahkan untuk berwudhu’ untuk setiap sembahyang sama ada baginda dalam keadaan suci atau pun tidak suci. Apabila keadaan itu menyusahkannya baginda diperintah supaya memberus gigi untuk setiap kali hendak sembahyang. Ibn `Umar berasa bahawa dia ada kemampuan (untuk melakukan demikian) maka dia tidak meninggalkan wudhu’ untuk setiap sembahyang.

Abu Daud berkata: Ibrahim bin Sa`d meriwayatkannya daripada Muhammad bin Is-haq, katanya: `Ubaidullah bin Abdillah (bukan Abdullah bin Abdillah

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *