Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 8 – Bab Berhubung Dengan Orang Yang Tertidur Sehingga Tertinggal Sembahyang Atau orang Yang Terlupa Sembahyang
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 8 – Bab Berhubung Dengan Orang Yang Tertidur Sehingga Tertinggal Sembahyang Atau orang Yang Terlupa Sembahyang

Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Tentang Solat Sesi – 8 – 041205

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah  Hadis – Kitab Tentang Solat Sesi – 8 – 041205

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan
2- 11:45 : Bab orang yang tertidur sehingga tertinggal sembahyang atau terlupa sembahyang
3- 25:25 : Maksud berpindah tempat sembahyang kerana tertidur
4- 35:43 : dirikan sembahyang jika ingat
5- 41:36 : Maksud “Aqimis Solata Lizzikri”
6- 46:13 : Khilaf qadha’ sembahyang bagi orang yang tinggal sembahyang dengan sengaja
7- 01:16:45 : Sanad hadits no 2
 

 

 

بَاب فِي مَنْ نَامَ عَنْ صلَاة أَوْ نَسِيَهَا

Bab Orang Tentang Yang Tidur atau Tertidur Sehingga Tertinggal Sembahyang Atau Orang Yang Terlupa Sehingga Tertinggal Sembahyang

433 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ ابْن ِ الْمُسَيّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ قَفَلَ مِنْ غَزْوَةِ خَيْبَرَ فَسَارَ لَيْلَةً حَتَّى إِذَا أَدْرَكنَا الْكَرَى عَرَّسَ وَقَالَ لِبِلَالٍ اكْلَأْ لَنَا اللَّيْلَ قَالَ فَغَلَبَتْ بِلَالًا عَيْنَاهُ وَهُوَ مُسْتَنِدٌ إِلَى رَاحِلَتِهِ فَلَمْ يَسْتَيْقِظْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَا بِلَالٌ وَلَا أَحَدٌ مِنْ أَصْحَابِهِ حَتَّى إِذَا ضَرَبَتْهُمْ الشَّمْسُ فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوَّلَهُمْ اسْتِيقَاظًا فَفَزِعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا بِلَالُ فَقَالَ أَخَذَ بِنَفْسِي الَّذِي أَخَذَ بِنَفْسِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي فَاقْتَادُوا رَوَاحِلَهُمْ شَيْئًا ثُمَّ تَوَضَّأَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَمَرَ بِلَالًا فَأَقَامَ لَهُمْ الصَّلَاةَ وَصَلَّى بِهِمْ الصُّبْحَ فَلَمَّا قَضَى الصَّلَاةَ قَالَ مَنْ نَسِيَ صَلَاةً فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى قَالَ أَقِمْ الصَّلَاةَ لِلذِّكْرَى

قَالَ يُونُسُ وَكَانَ ابْنُ شِهَابٍ يَقْرَؤُهَا كَذَلِكَ قَالَ أَحْمَدُ قَالَ عَنْبَسَةُ يَعْنِي عَنْ يُونُسَ فِي هَذَا الْحَدِيثِ للِذِّكْرَي قَالَ أَحْمَدُ الْكَرَى النُّعَاسُ 

433 – Ahmad bin Shalih meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Wahb meriwayatkan kepada kami, katanya: Yunus meriwayatkan kepada saya daripada Ibn Syihab daripada Ibn Al-Musayyab daripada Abi Hurairah bahawa Rasulallah s.a.w ketika pulang daripada peperangan Khaibar, baginda berjalan semalaman sehingga apabila kami mengantuk baginda berhenti di hujung malam (untuk berehat). Baginda berkata kepada Bilal: “Berjagalah untuk kita semua pada malam ini.” Perawi berkata: “Bilal tertidur dalam keadaan menyandarkan belakangnya pada kenderaannya, sesiapapun tidak sedar baik Nabi, Bilal atau sahabat-sahabat lain sehinggalah mereka terkena cahaya matahari. Rasulullah s.a.w orang yang paling awal sedar di antara mereka, baginda terkejut seraya berkata: “Hai Bilal!” Bilal menjawab: “Tuhan yang menghilangkan kesedaranku itulah Tuhan yang telah menghilangkan kesedaranmu, wahai Rasulallah kutebus engkau dengan ayah dan ibuku.” Mereka pun mengheret kenderaan masing-masing ke suatu tempat yang tidak jauh dari situ, kemudian baginda s.a.w berwudhu’ dan memerintahkan Bilal lalu Bilal pun mengiqamatkan sembahyang untuk mereka dan baginda mengimami sembahyang Shubuh tersebut. Setelah selesai, baginda bersabda: “Sesiapa yang terlupa mana-mana sembahyang maka hendaklah dia mengerjakannya apabila dia teringat kerana Allah telah berfirman: “Dirikanlah sembahyang apabila teringat (akan sembahyang yang telah terlupa itu).”

Yunus berkata: Ibn Syihab telah membaca ayat tersebut (ketika meriwayatkan hadits ini) begitu. Ahmad (bin Shalih) berkata: `Anbasah mengatakan – maksud beliau daripada Yunus – berhubung hadits ini, juga dengan lafaz للِذِّكْرَي   Ahmad berkata: maksud الْكَرَى  ialah mengantuk. 

434- حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا أَبَانُ حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ فِي هَذَا الْخَبَرِ قَالَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَحَوَّلُوا عَنْ مَكَانِكُمْ الَّذِي أَصَابَتْكُمْ فِيهِ الْغَفْلَةُ قَالَ فَأَمَرَ بِلَالًا فَأَذَّنَ وَأَقَامَ وَصَلَّى قَالَ أَبُو دَاوُد رَوَاهُ مَالِكٌ وَسُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ وَالْأَوْزَاعِيُّ وَعَبْدُ الرَّزَّاقِ عَنْ مَعْمَرٍ وَابْنِ إِسْحَقَ لَمْ يَذْكُرْ أَحَدٌ مِنْهُمْ الْأَذَانَ فِي حَدِيثِ الزُّهْرِيِّ هَذَا وَلَمْ يُسْنِدْهُ مِنْهُمْ أَحَدٌ إِلَّا الْأَوْزَاعِيُّ وَأَبَانُ الْعَطَّارُ عَنْ مَعْمَرٍ

434 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Aban meriwayatkan kepada kami, katanya: Ma`mar meriwayatkan kepada kami daripada Az-Zuhri daripada Sa`id bin Al-Musayyab daripada Abi Hurairah dalam kisah ini, Rasulullah s.a.w bersabda: “Beralihlah dari tempat yang telah melalaikan kalian.” Perawi berkata: Baginda menyuruh Bilal berazan dan beriqamat dan baginda bersembahyang.

Abu daud berkata: Hadits ini telah diriwayatkan oleh Malik, Sufyan bin `Uyainah, Al-Awza`i dan `Abdur Rahman daripada `Abdir Razzaq daripada Ma`mar dan Ibn Is-haq. Tidak seorang pun daripada mereka menyebutkan berkenaan azan di dalam hadits Az-Zuhri ini dan tiada yang mengisnadkannya selain Al-Awza`i dan Aban Al-`Atthar daripada Ma`mar. 

435 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ ثَابِتٍ الْبُنَانِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ رَبَاحٍ الْأَنْصَارِيِّ حَدَّثَنَا أَبُو قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ فِي سَفَرٍ لَهُ فَمَالَ النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمِلْتُ مَعَهُ فَقَالَ انْظُرْ فَقُلْتُ هَذَا رَاكِبٌ هَذَانِ رَاكِبَانِ هَؤُلَاءِ ثَلَاثَةٌ حَتَّى صِرْنَا سَبْعَةً فَقَالَ احْفَظُوا عَلَيْنَا صَلَاتَنَا يَعْنِي صَلَاةَ الْفَجْرِ فَضُرِبَ عَلَى آذَانِهِمْ فَمَا أَيْقَظَهُمْ إِلَّا حَرُّ الشَّمْسِ فَقَامُوا فَسَارُوا هُنَيَّةً ثُمَّ نَزَلُوا فَتَوَضَّئُوا وَأَذَّنَ بِلَالٌ فَصَلَّوْا رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ ثُمَّ صَلَّوْا الْفَجْرَ وَرَكِبُوا فَقَالَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ قَدْ فَرَّطْنَا فِي صَلَاتِنَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّهُ لَا تَفْرِيطَ فِي النَّوْمِ وإِنَّمَا التَّفْرِيطُ فِي الْيَقَظَةِ فَإِذَا سَهَا أَحَدُكُمْ عَنْ صَلَاةٍ فَلْيُصَلِّهَا حِينَ يَذْكُرُهَا وَمِنْ الْغَدِ لِلْوَقْتِ

435 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami daripada Tsabit Al-Bunani daripada `Abdillah bin Rabah Al-Anshari, katanya: Abu Qatadah telah meriwayatkan kepada kami bahawa pernah Nabi s.a.w di dalam satu perjalanannya, lalu Nabi s.a.w melencongkan kenderaannya ke suatu arah, aku pun memusingkan kenderaanku bersamanya, baginda bersabda: “Tengok!” saya pun berkata: Ini ada seorang yang berkenderaan, ini pula dua orang, itu pula tiga orang sehingga kami semua menjadi tujuh orang, lalu baginda s.a.w bersabda: “Berjagalah untuk sembahyang kita.” Maksud baginda ialah sembahyang Shubuh tetapi mereka telah tertidur tiada yang menyedarkan mereka selain daripada kepanasan matahari, mereka pun bangkit dan berganjak sedikit (ke tempat lain) kemudian berhenti lalu berwudhu’ dan Bilal melaungkan azan, mereka pun bersembahyang (sunat) dua raka`at Shubuh di susuli dengan sembahyang Shubuh kemudian mereka berkenderaan semula. Sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain: “Sesungguhnya kita telah cuai dalam sembahyang kita,” lalu Nabi s.a.w bersabda: “Sebenarnya tiada kecuaian ketika tidur, kecuaian hanya ada ketika sedar. Apabila seseorang daripada kalian terlupa mengerjakan sesuatu sembahyang maka hendaklah dia mengerjakannya apabila teringat dan pada keesokan harinya hendaklah dia bersembahyang pada waktunya.” 

436 – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ نَصْرٍ حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ حَدَّثَنَا الْأَسْوَدُ بْنُ شَيْبَانَ حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ سُمَيْرٍ قَالَ قَدِمَ عَلَيْنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ رَبَاحٍ الْأَنْصَارِيُّ مِنْ الْمَدِينَةِ وَكَانَتْ الْأَنْصَارُ تُفَقِّهُهُ فَحَدَّثَنَا قَالَ حَدَّثَنِي أَبُو قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيُّ فَارِسُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَيْشَ الْأُمَرَاءِ بِهَذِهِ الْقِصَّةِ قَالَ فَلَمْ تُوقِظْنَا إِلَّا الشَّمْسُ طَالِعَةً فَقُمْنَا وَهِلِينَ لِصَلَاتِنَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رُوَيْدًا رُوَيْدًا حَتَّى إِذَا تَعَالَتْ الشَّمْسُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَ مِنْكُمْ يَرْكَعُ رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ فَلْيَرْكَعْهُمَا فَقَامَ مَنْ كَانَ يَرْكَعُهُمَا وَمَنْ لَمْ يَكُنْ يَرْكَعُهُمَا فَرَكَعَهُمَا ثُمَّ أَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُنَادَى بِالصَّلَاةِ فَنُودِيَ بِهَا فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى بِنَا فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ أَلَا إِنَّا نَحْمَدُ اللَّهَ أَنَّا لَمْ نَكُنْ فِي شَيْءٍ مِنْ أُمُورِ الدُّنْيَا يَشْغَلُنَا عَنْ صَلَاتِنَا وَلَكِنَّ أَرْوَاحَنَا كَانَتْ بِيَدِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فَأَرْسَلَهَا أَنَّى شَاءَ فَمَنْ أَدْرَكَ مِنْكُمْ صَلَاةَ الْغَدَاةِ مِنْ غَده صَالِحًا فَلْيَقْضِ مَعَهَا مِثْلَهَا

436 – `Ali bin Nasr meriwayatkan kepada kami, katanya: Wahb bin Jarir meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Aswad bin Syaiban meriwayatkan kepda kami, katanya: Khalid bin Sumair meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdullah bin Rabah Al-Anshari telah datang dari Madinah untuk menemui kami, orang-orang Anshar mengajar `ilmu agama kepadanya dengan mendalam, beliau memberitahu kami (kata perawi – Khalid bin Sumair) Abu Qatadah menceritakan kepadaku – (beliau merupakan) Faris Rasulillah s.a.w, seorang yang tangkas berkuda (dari kalangan para sahabat) – beliau berkata: Rasulullah s.a.w telah menghantar tentera yang dipimpin oleh beberapa orang panglima dengan kisah ini seterusnya. Beliau berkata: Kami tidak disedarkan kecuali oleh matahari yang sedang  meninggi, kami pun bangun dalam keadaan ketakutan kerana sembahyang kami (yang telah terlepas), Nabi s.a.w pula bersabda kepada kami: “Bertenang, bertenang,” sehingga apabila matahari sudah agak meninggi, Rasulullah  s.a.w bersabda: “Sesiapa di antara kamu yang mahu mengerjakan (sembahyang sunat) dua raka`at Shubuh bolehlah dia mengerjakannya,” maka bangkitlah orang yang yang telah biasa mengerjakannya dan orang yang tidak pernah mengerjakannya, baginda juga bersembahyang dua raka`at Shubuh itu. Selepas itu baginda s.a.w menyuruh supaya dilaungkan azan untuk solat lalu dilaungkan untuk sembahyang kemudian Rasulullah s.a.w bangun dan mengimami kami. Apabila telah selesai, baginda bersabda: “Ketahuilah sesungguhnya kita memuji Allah kerana kita tidak berada dalam apa-apa urusan dunia yang menyibukkan kita hingga tertinggal sembahyang tetapi roh-roh kita berada di tangan Allah, Dia boleh melepaskannya bila-bila saja dikehendakinya, sesiapa di antara kalian yang sempat bersembahyang Shubuh esok dengan baik (pada waktunya) maka hendaklah dikerjakan bersamanya (sembahyang) seumpamanya.” 

437 – حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَوْنٍ أَخْبَرَنَا خَالِدٌ عَنْ حُصَيْنٍ عَنْ ابْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ فِي هَذَا الْخَبَرِ قَالَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ قَبَضَ أَرْوَاحَكُمْ حَيْثُ شَاءَ وَرَدَّهَا حَيْثُ شَاءَ قُمْ فَأَذِّنْ بِالصَّلَاةِ فَقَامُوا فَتَطَهَّرُوا حَتَّى إِذَا ارْتَفَعَتْ الشَّمْسُ قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى بِالنَّاسِ

437 – `Amr bin `Aun meriwayatkan kepada kami, katanya: Khalid meriwayatkan kepada kami daripada Hushain daripada Ibn Abi Qatadah daripada Abi Qatadah dalam cerita ini, katanya: Maka Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah mengambil ruh-ruh kamu bila-bila sahaja dikehendaki-Nya dan mengembalikannya bila-bila sahaja dikehendaki-Nya, bangun! Azanlah!” mereka pun berdiri dan bersuci sehingga apabila matahari telah naik, Nabi s.a.w pun bangkit lalu menjadi imam kepada orang ramai.

438 – حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا عَبْثَرٌ عَنْ حُصَيْنٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَعْنَاهُ قَالَ فَتَوَضَّأَ حِينَ ارْتَفَعَتْ الشَّمْسُ فَصَلَّى بِهِمْ 

438 – Hannad meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abtsar meriwayatkan kepada kami daripada Huhain daripada `Abdillah bin Abi Qatadah daripada ayahnya daripada Nabi s.a.w sama dari segi ma`nanya (dengan hadits Abu Qatadah tadi tetapi dalam hadits ini) perawi berkata: Nabi s.a.w berwudhu’ ketika matahari telahpun naik lalu mengimami sembahyang mereka. 

439 – حَدَّثَنَا الْعَبَّاسُ الْعَنْبَرِيُّ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ وَهُوَ الطَّيَالِسِيُّ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ يَعْنِي ابْنَ الْمُغِيرَةِ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ رَبَاحٍ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ فِي النَّوْمِ تَفْرِيطٌ إِنَّمَا التَّفْرِيطُ فِي الْيَقَظَةِ أَنْ تُؤَخّر          َ صَلَاةً حَتَّى يَدْخُلَ وَقْت أُخْرَى 

439 – Al-`Abbas Al-`Anbari meriwayatkan kepada kami, katanya: Sulaiman bin Daud iaitu Ath-Thayalisi meriwayatkan kepada kami, katanya: Sulaiman iaitu Ibn Al-Mughirah meriwayatkan kepada kami daripada Tsabit daripada `Abdillah bin Rabah daripada Abu Qatadah, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak ada kecuaian dalam tidur, sebenarnya kecuaian itu ada pada berjaga iaitu dengan dilewatkan sembahyang sehingga masuk waktu yang lain.” 

440 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أَخْبَرَنَا هَمَّامٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ نَسِيَ صَلَاةً فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا لَا كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ 

440 – Muhammad bin Katsir meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammam meriwayatkan kepada kami daripada Qatadah daripada Anas bin Malik bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang terlupa mana-mana sembahyang, maka hendaklah dia mengerjakannya apabila teringat, tiada kaffarah baginya selain dari itu.” 

441 – حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ بَقِيَّةَ عَنْ خَالِدٍ عَنْ يُونُسَ بْنِ عُبَيْدٍ عَنْ الْحَسَنِ عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ فِي مَسِيرٍ لَهُ فَنَامُوا عَنْ صَلَاةِ الْفَجْرِ فَاسْتَيْقَظُوا بِحَرِّ الشَّمْسِ فَارْتَفَعُوا قَلِيلًا حَتَّى اسْتَقَلَّتْ الشَّمْسُ ثُمَّ أَمَرَ مُؤَذِّنًا فَأَذَّنَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَقَامَ ثُمَّ صَلَّى الْفَجْرَ

441 – Wahb bin Baqiyyah meriwayatkan kepada kami daripada Khalid daripada Yunus bin `Ubaid daripada Al-Hasan daripada `Imran bin Husain bahawa Rasulallah s.a.w pernah berada dalam satu perjalanan, mereka (para sahabat) tertidur sehingga tertinggal sembahyang Shubuh, mereka tersedar dengan kepanasan matahari lalu beralih sedikit ke tempat lain sehingga matahari betul-betul naik kemudian Nabi s.a.w menyuruh mu’azzin supaya azan lalu diazankan. Selepas itu, baginda bersembahyang dua raka`at sebelum Sshubuh kemudian mu’azzin itu mengiqamatkan untuk sembahyang kemudian Nabi s.a.w bersembahyang Shubuh. 

442 – حَدَّثَنَا عَبَّاسٌ الْعَنْبَرِيُّ ح و حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ وَهَذَا لَفْظُ عَبَّاسٍ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ يَزِيدَ حَدَّثَهُمْ عَنْ حَيْوَةَ بْنِ شُرَيْحٍ عَنْ عَيَّاشِ بْنِ عَبَّاسٍ يَعْنِي الْقِتْبَانِيَّ أَنَّ كُلَيْبَ بْنَ صُبْحٍ حَدَّثَهُمْ أَنَّ الزِّبْرِقَانَ حَدَّثَهُ عَنْ عَمِّهِ عَمْرِو بْنِ أُمَيَّةَ الضَّمْرِيِّ قَالَ كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَعْضِ أَسْفَارِهِ فَنَامَ عَنْ الصُّبْحِ حَتَّى طَلَعَتْ الشَّمْسُ فَاسْتَيْقَظَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ تَنَحَّوْا عَنْ هَذَا الْمَكَانِ قَالَ ثُمَّ أَمَرَ بِلَالًا فَأَذَّنَ ثُمَّ تَوَضَّئُوا وَصَلَّوْا رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ ثُمَّ أَمَرَ بِلَالًا فَأَقَامَ الصَّلَاةَ فَصَلَّى بِهِمْ صَلَاةَ الصُّبْحِ

442 – `Abbas Al-`Anbari meriwayatkan kepada kami, ح Ahmad bin Shalih telah meriwayatkan kepada kami, ini adalah lafaz `Abbas bahawa `Abdallah bin Yazid meriwayatkan kepada mereka daripad Haiwah bin Syuraih daripada `Ayyasy bin `Abbas iaitu Al-Qitbani bahawa Kulaib bin Shubh meriwayatkan kepada mereka bahawa Az-Zibriqan meriwayatkan kepadanya daripada bapa saudara (sebelah ayahnya) iaitu `Amr bin Umayyah Ad-Dhamri, katanya: Pernah kami bersama Rasulillah s.a.w dalam satu perjalanan, baginda tertidur sehingga tertinggal Shubuh, matahari naik barulah Rasulullah s.a.w terjaga. Baginda bersabda: “Beralihlah kalian dari tempat ini” perawi berkata: Kemudian baginda menyuruh Bilal supaya azan kemudian mereka pun berwudhu’ dan bersembahyang dua raka`at Shubuh kemudin baginda menyuruh Bilal mengiqamatkan untuk sembahyang Shubuh lantas baginda pun mengimami sembahyang Shubuh mereka. 

443 – حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْحَسَنِ حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ يَعْنِي ابْنَ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا حَرِيزٌ ح و حَدَّثَنَا عُبَيْدُ بْنُ أَبِي الْوَزِيرِ حَدَّثَنَا مُبَشِّرٌ يَعْنِي الْحَلَبِيَّ حَدَّثَنَا حَرِيزٌ يَعْنِي ابْنَ عُثْمَانَ حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ صَالِحٍ عَنْ ذِي مِخْبَرٍ الْحَبَشِيِّ وَكَانَ يَخْدُمُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذَا الْخَبَرِ قَالَ فَتَوَضَّأَ يَعْنِي النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وُضُوءًا لَمْ يَلْثَ مِنْهُ التُّرَابُ ثُمَّ أَمَرَ بِلَالًا فَأَذَّنَ ثُمَّ قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَكَعَ رَكْعَتَيْنِ غَيْرَ عَجِلٍ ثُمَّ قَالَ لِبِلَالٍ أَقِمْ الصَّلَاةَ ثُمَّ صَلَّى الْفَرْضَ وَهُوَ غَيْرُ عَجِلٍ قَالَ عَنْ حَجَّاجٍ عَنْ يَزِيدَ بْنِ صُلَيْحٍ حَدَّثَنِي ذُو مِخْبَرٍ رَجُلٌ مِنْ الْحَبَشَةِ و قَالَ عُبَيْدٌ يَزِيدُ بْنُ صلحٍ 

443 – Ibrahim bin Al-Hasan meriwayatkan kepada kami, katanya: Hajjaj iaitu Ibn Muhammad meriwayatkan kepada kami, katanya: Hariz meriwayatkan kepada kami, ح `Ubaid bin Abi Al-Wazir meriwayatkan kepada kami, katanya: Mubasy-syir iaitu Al-Halabi meriwayatkan kepada kami, katanya: Hariz iaitu Ibn `Utsman meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid bin Shalih teah meriwayatkan kepada saya daripada Dzi Mikhbar Al-Habasyi, beliau selalu berkhidmat kepada Nabi s.a.w dalam ceritanya berhubung dengan peristiwa ini juga, katanya: Dia pun berwudhu’ – maksud beliau ialah Nabi s.a.w – dengan ringkas sekali (wudhu’ yang tanah pun tidak basah) kemudian Nabi s.a.w menyuruh Bilal berazan kemudian berdiri lalu bersembahyang dua raka`at dengan tidak gopoh-gapah. Selepas itu baginda berkata kepada Bilal: “Iqamatkan untuk sembahyang” kemudian baginda bersembahyang fardhu dalam keadaan tidak gopoh. Perawi berkata (meriwayatkan) daripada Hajjaj daripada Yazid bin Sulaih katanya: “Dia menceritakan kepadaku Dzu Mikhbar ialah seorang lelaki dari Habsyah dan `Ubaid berkata: “Yazid bin Shulh” 

444 – حَدَّثَنَا مُؤَمَّلُ بْنُ الْفَضْلِ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ عَنْ حَرِيزٍ يَعْنِي ابْنَ عُثْمَانَ عَنْ يَزِيدَ بْنِ صَالِحٍ عَنْ ذِي مِخْبَرٍ ابْنِ أَخِي النَّجَاشِيِّ فِي هَذَا الْخَبَرِ قَالَ فَأَذَّنَ وَهُوَ غَيْرُ عَجِلٍ 

444 – Mu’ammal bin Al-Fadhl telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Walid telah meriwayatkan kepada kami daripada Hariz ya`ni Ibn `Utsman daripada Yazid bin Shalih daripada Dzu Mikhbar iaitu anak kepada saudara lelaki an-Najasyi dalam cerita ini, beliau berkata: Bilal pun berazan dalam keadaan tidak gopoh. 

445 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ جَامِعِ بْنِ شَدَّادٍ سَمِعْتُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ أَبِي عَلْقَمَةَ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ قَالَ أَقْبَلْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَمَنَ الْحُدَيْبِيَةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَكْلَؤُنَا فَقَالَ بِلَالٌ أَنَا فَنَامُوا حَتَّى طَلَعَتْ الشَّمْسُ فَاسْتَيْقَظَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ افْعَلُوا كَمَا كُنْتُمْ تَفْعَلُونَ قَالَ فَفَعَلْنَا قَالَ فَكَذَلِكَ فَافْعَلُوا لِمَنْ نَامَ أَوْ نَسِيَ 

445 – Muhammad bin Al-Mutsanna meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Ja`far meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah meriwayatkan kepada kami daripada Jami` bin Syaddad, katanya: Aku telah mendengar `Abdar Rahman bin Abi `Alqamah berkata: Aku telah mendengar `Abdallah bin Mas`ud berkata: “Kami pulang bersama Rasulullah s.a.w pada masa Hudaibiah, Rasulullah s.a.w bertanya: “Siapa akan berjaga (Shubuh) untuk kita”? Bilal pun menjawab: Saya. mereka semua tidur sehingga matahari naik barulah Nabi s.a.w terjaga kemudian bersabda: “Lakukan sepertimana kamu biasa lakukan.” Perawi berkata: “Kami pun melakukan (seperti yang Nabi s.a.w suruh), baginda berkata lagi: “Kamu lakukanlah begitu (ya`ni) kepada sesiapa yang tertidur atau terlupa.”

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *