Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Solat – Sesi 7 – Bab Apabila Imam Menta’khirkan Sembahyang Dari Waktunya
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Solat – Sesi 7 – Bab Apabila Imam Menta’khirkan Sembahyang Dari Waktunya

Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Tentang Solat Sesi – 7 – 271105

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3
 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadis – Kitab Tentang Solat Sesi – 7 – 271105

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Bab bagaimana kalau Imam Menta’khirkan sembahyang dari waktu ,Terjemahan Hadits
2- 05:42 : Bab bagaimana kalau Imam Menta’khirkan sembahyang dari waktu
3- 08:02 : Sanad hadits ini
4- 11:07 : bersembahyanglah pada waktunya
5- 14:38 : Seseorang itu sudah menunaikan solat dirumahnya seorang diri kemadian dia solat bersama dengan imam pula
6- 33:23 : Pemimpin-pemimpin ada yang Menta’khirkan Sembahyang “Waktu Mukhtar”
7- 42:34 : Sembahyang teman dan pemujaan kubur dan bid’ah
8- 56:23 : Sanad hadits no 3 sanad Ubadah bin as-somit
9- 59:20 : Riwayat bil Makna
10- 01:03:29 : Sanad hadits ada Abu Hasyim az-Zakfarani dan Soleh bin Ubaid
11- 01:16:11 : Nabi s.a.w bersabda, nanti akan ada pemimpin-pemimpin kamu sesudah aku menta’khirkan sembahyang, akan untung kepada kamu

 

 

 

 

بَاب إِذَا أَخَّرَ الْإِمَامُ الصَّلَاةَ عَنْ الْوَقْتِ

Bab Apabila Imam Melewatkan Sembahyang Dari Waktunya

429 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ أَبِي عِمْرَانَ يَعْنِي الْجَوْنِيَّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الصَّامِتِ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَبَا ذَرٍّ كَيْفَ أَنْتَ إِذَا كَانَتْ عَلَيْكَ أُمَرَاءُ يُمِيتُونَ الصَّلَاةَ أَوْ قَالَ يُؤَخِّرُونَ الصَّلَاةَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَمَا تَأْمُرُنِي قَالَ صَلِّ الصَّلَاةَ لِوَقْتِهَا فَإِنْ أَدْرَكْتَهَا مَعَهُمْ فَصَلِّه فَإِنَّهَا لَكَ نَافِلَةٌ

429 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad bin Zaid meriwayatkan kepada kami daripada `Imran iaitu Al-Jauni daripada `Abdillah bin Ash-Shamit daripada Abi Dzar, katanya: Rasulullah s.a.w telah bertanya kepadaku: “Wahai Aba Dzar, bagaimana engkau (apa yang akan engkau buat sekiranya berlaku begini) apabila pemerintah-pemerintahmu mematikan sembahyang atau baginda bersabda melewatkan sembahyang?” saya menjawab: “Kalau begitu, apakah yang engkau perintahkan daku?” baginda bersabda: “Bersembahyanglah pada waktunya, setelah itu jikalau engkau sempat dengan sembahyang bersama mereka maka kerjakanlah kerana ia menjadi sunat kepadamu.”

430 حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِبْرَاهِيمَ دُحَيْمٌ الدِّمَشْقِيُّ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ حَدَّثَنَا الْأَوْزَاعِيُّ حَدَّثَنِي حَسَّانُ يَعْنِي ابْنَ عَطِيَّةَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ سَابِطٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ الْأَوْدِيِّ قَالَ قَدِمَ عَلَيْنَا مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ الْيَمَنَ رَسُول رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْنَا قَالَ فَسَمِعْتُ تَكْبِيرَهُ مَعَ الْفَجْرِ رَجُلٌ أَجَشُّ الصَّوْتِ قَالَ فَأُلْقِيَتْ عَلَيْهِ مَحَبَّتِي فَمَا فَارَقْتُهُ حَتَّى دَفَنْتُهُ بِالشَّامِ مَيِّتًا ثُمَّ نَظَرْتُ إِلَى أَفْقَهِ النَّاسِ بَعْدَهُ فَأَتَيْتُ ابْنَ مَسْعُودٍ فَلَزِمْتُهُ حَتَّى مَاتَ فَقَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَيْفَ بِكُمْ إِذَا أَتَتْ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يُصَلُّونَ الصَّلَاةَ لِغَيْرِ مِيقَاتِهَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ صَلِّ الصَّلَاةَ لِمِيقَاتِهَا وَاجْعَلْ صَلَاتَكَ مَعَهُمْ سُبْحَةً

430 – `Abdur Rahman bin Ibrahim iaitu Duhaim Ad-Dimasyqi meriwayatkan kepada kami katanya Al-Walid meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Auza`i meriwayatkan kepada kami, katanya: Hassan ya`ni Ibn `Athiyyah meriwayatkan kepada saya daripada `Abdir Rahman bin Sabith daripada `Amr bin Maimun Al-Audi, katanya: Mu`adz bin Jabal telah datang kepada kami di Yaman sebagai utusan Rusulillah s.a.w kepada kami, beliau (`Amr bin Maimun) berkata: “Maka saya mendengar takbirnya ketika fajar, seorang yang kuat suaranya,” beliau (`Amr) berkata: “Lalu timbul rasa kasih dalam hatiku kepadanya dan aku tidak meninggalkannya sehingga aku mengebumikannya (ketika beliau mati) di Syam. Kemudian saya memerhatikan orang yang paling mendalam `ilmunya sesudahnya, lalu saya pun pergi menemui Ibn Mas`ud dan terus bersama beliau sehingga (beliau) mati.” Ibn Mas`ud berkata: Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: “Bagaimana kamu jika pemimpin-pemimpin kamu tidak mengerjakan solat pada waktunya?” saya menjawab: “Jika begitu, apakah yang engkau perintahkan aku jika keadaan itu sempat denganku wahai Rasulallah” baginda bersabda: “Solatlah pada waktunya dan jadikan (anggaplah) solatmu bersama mereka sebagai solat sunat.”

431 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ قُدَامَةَ بْنِ أَعْيَنَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ هِلَالِ بْنِ يَسَافٍ عَنْ أَبِي الْمُثَنَّى عَنْ ابْنِ أُخْتِ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سُلَيْمَانَ الْأَنْبَارِيُّ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ سُفْيَانَ الْمَعْنَى عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ هِلَالِ بْنِ يَسَافٍ عَنْ أَبِي الْمُثَنَّى الْحِمْصِيِّ عَنْ أَبِي أُبَيٍّ ابْنِ امْرَأَةِ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّهَا سَتَكُونُ عَلَيْكُمْ بَعْدِي أُمَرَاءُ تَشْغَلُهُمْ أَشْيَاءُ عَنْ الصَّلَاةِ لِوَقْتِهَا حَتَّى يَذْهَبَ وَقْتُهَا فَصَلُّوا الصَّلَاةَ لِوَقْتِهَا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أُصَلِّي مَعَهُمْ قَالَ نَعَمْ إِنْ شِئْتَ وَقَالَ سُفْيَانُ إِنْ أَدْرَكْتُهَا مَعَهُمْ أُصَلِّي مَعَهُمْ قَالَ نَعَمْ إِنْ شِئْتَ

431 – Muhammad bin Qudamah bin A`yan meriwayatkan kepada kami, katanya: Jarir meriwayatkan kepada kami daripada Manshur daripada Hilal bin Yasaf daripada Abi Al-Mutsanna daripada anak saudara kepada`Ubadah bin Ash-Shamit daripada `Ubadah bin Ash-Shamit ح Muhammad bin Sulaiman Al-Anbari meriwayatkan kepada kami katanya Waki` meriwayatkan kepada kami daripada Sufyan sama dari segi ma`nanya dengan riwayat Jarir daripada Manshur tadi daripada Hilal bin Yasaf daripada Abi Al-Mutsanna Al-Himshi daripada Abi Ubai iaitu anak  kepada isteri `Ubadah bin Ash-Shamit daripada `Ubadah bin Ash-Shamit, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesudahmu nanti akan ada beberapa orang pemimpin yang mana banyak perkara menyibukkan mereka untuk bersembahyang pada waktunya sehingga berlalu waktunya maka bersembahyanglah kalian pada waktunya” kemudian seseorang berkata: “Wahai Rasulallah s.a.w, adakah saya perlu/boleh bersembahyang bersama mereka?” baginda menjawab: “Ya jika engkau mahu” Sufyan berkata: “Jika saya sempat bersembahyang bersama mereka, bolehkah saya bersembahyang bersama mereka?” Baginda menjawab: “Ya boleh, sekiranya engkau mahu.”

432 – حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ الطَّيَالِسِيُّ حَدَّثَنَا أَبُو هَاشِمٍ يَعْنِي الزَّعْفَرَانِيَّ حَدَّثَنِي صَالِحُ بْنُ عُبَيْدٍ عَنْ قَبِيصَةَ بْنِ وَقَّاصٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ مِنْ بَعْدِي يُؤَخِّرُونَ الصَّلَاةَ فَهِيَ لَكُمْ وَهِيَ عَلَيْهِمْ فَصَلُّوا مَعَهُمْ مَا صَلَّوْا الْقِبْلَةَ

432 – Abu Al-Walid Ath-Thayalisi meriwayatkan kepada kami katanya Abu Hasyim iaitu Az-Za`farani meriwayatkan kepada kami, katanya: Shalih bin `Ubaid meriwayatkan kepada saya daripada Qabishah bin Waqqash, katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Akan ada sesudahku nanti pemimpin-pemimpin kamu yang mana mereka melewatkan sembahyang, sembahyang itu tetap mendatangkan keuntungan kepada kamu dan membawa kerugian kepada mereka, bersembahyanglah bersama mereka selagi mereka menghadap qiblat.”

 

 

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *