Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Solat – Sesi 6 – Bab Tentang Menjaga Sembahyang-Sembahyang
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Solat – Sesi 6 – Bab Tentang Menjaga Sembahyang-Sembahyang

Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Tentang Solat – Sesi 6 – 201105

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadis – Kitab Tentang Solat – Sesi 6 – 201105

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Bab tentang menjaga Sembahyang-sembahyang, Terjemahan Hadits
2- 11:35 : Bab tentang menjaga Sembahyang-sembahyang
3- 12:26 : Sanad Hadits ini ada Abdullah bin As-Sunabihi,dan Abu Muhammad
4- 30:20 : Kalimah Kazaba,
5- 32:55 : Solat witir itu adalah wajib
6- 40:30 : Sebab hadist no 2 ini tidak sahih
7- 58:27 : Jagalah dua waktu Asar dan Subuh

 

 

 

 

بَاب فِي الْمُحَافَظَةِ عَلَى الصَّلَوَاتِ

Bab Tentang Menjaga Waktu-Waktu Sembahyang

425 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حَرْبٍ الْوَاسِطِيُّ حَدَّثَنَا يَزِيدُ يَعْنِي ابْنَ هَارُونَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُطَرِّفٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الصُّنَابِحِيِّ قَالَ زَعَمَ أَبُو مُحَمَّدٍ أَنَّ الْوِتْرَ وَاجِبٌ فَقَالَ عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ كَذَبَ أَبُو مُحَمَّدٍ أَشْهَدُ أَنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ خَمْسُ صَلَوَاتٍ افْتَرَضَهُنَّ اللَّهُ تَعَالَى مَنْ أَحْسَنَ وُضُوءَهُنَّ وَصَلَّاهُنَّ لِوَقْتِهِنَّ وَأَتَمَّ رُكُوعَهُنَّ وَخُشُوعَهُنَّ كَانَ لَهُ عَلَى اللَّهِ عَهْدٌ أَنْ يَغْفِرَ لَهُ وَمَنْ لَمْ يَفْعَلْ فَلَيْسَ لَهُ عَلَى اللَّهِ عَهْدٌ إِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُ وَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ

425 – Muhammad bin Harb Al-Wasithi meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid ya`ni Ibn Harun meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Mutharrif meriwayatkan kepada kami daripada Zaid bin Aslam daripada `Atha’ bin Yasar daripada `Abdillah bin As-Shunabihi[1], katanya: Abu Muhammad mengatakan bahawa witir itu wajib lalu `Ubadah bin As-Shamit berkata: Abu Muhammad tidak tepat, saya bersaksi bahawa sesungguhnya saya telah mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Lima sembahyang telah difardhukan oleh Allah `Azza wa Jalla, sesiapa yang mengelokkan wudhu’nya dan mengerjakannya pada waktunya dengan menyempurnakan ruku` dan khusyu`nya nescaya Allah berjanji untuk mengampuninya manakala sesiapa yang tidak melakukan demikian, Allah tidak berjanji untuknya samada Dia akan mengampuninya atau menyeksanya.”

426 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْخُزَاعِيُّ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ عَنْ الْقَاسِمِ بْنِ غَنَّامٍ عَنْ بَعْضِ أُمَّهَاتِهِ عَنْ أُمِّ فَرْوَةَ قَالَتْ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ الصَّلَاةُ فِي أَوَّلِ وَقْتِهَا

قَالَ الْخُزَاعِيُّ فِي حَدِيثِهِ عَنْ عَمَّةٍ لَهُ يُقَالُ لَهَا أُمُّ فَرْوَةَ قَدْ بَايَعَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ

426 – Muhammad bin `Abdillah Al-Khuza`i dan `Abdullah bin Maslamah meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: `Abdullah bin `Umar meriwayatkan kepada kami daripada Al-Qasim bin Ghannam daripada salah seorang ibu-ibunya daripada Ummu Farwah, beliau berkata: Rasulullah s.a.w telah ditanya: “Apakah amalan yang paling afdhal”? Baginda menjawab: “Sembahyang pada awal waktunya.”

Al-Khuza`i di dalam haditsnya berkata (Al-Ghannam meriwayatkan) daripada ibu saudaranya (ya`ni bukan daripada salah seorang ibu-ibunya) yang dikenali sebagai Ummu Farwah. Beliau pernah berbai`ah kepada Nabi s.a.w bahawa baginda pernah ditanya

427 – حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَوْنٍ أَخْبَرَنَا خَالِدٌ عَنْ دَاوُدَ بْنِ أَبِي هِنْدٍ عَنْ أَبِي حَرْبِ بْنِ أَبِي الْأَسْوَدِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ فَضَالَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَانَ فِيمَا عَلَّمَنِي وَحَافِظْ عَلَى الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ قَالَ قُلْتُ إِنَّ هَذِهِ سَاعَاتٌ لِي فِيهَا أَشْغَالٌ فَمُرْنِي بِأَمْرٍ جَامِعٍ إِذَا أَنَا فَعَلْتُهُ أَجْزَأَ عَنِّي فَقَالَ حَافِظْ عَلَى الْعَصْرَيْنِ وَمَا كَانَتْ مِنْ لُغَتِنَا فَقُلْتُ وَمَا الْعَصْرَانِ فَقَالَ صَلَاةُ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَصَلَاةُ قَبْلَ غُرُوبِهَا

427 – `Amr bin `Aun meriwayatkan kepada kami, katanya: Khalid meriwayatkan kepada kami daripada Daud bin Abu Hind daripada Abi Harb bin Abu Al-Aswad daripada `Abdillah bin Fadhalah daripada ayahnnya, katanya: Rasulullah s.a.w telah mengajar saya, di antara (perkara) yang diajarkan oleh baginda kepadaku ialah “Dan jagalah sembahyang lima waktu sebaik-baiknya.” Perawi (Fadhalah) berkata: Sesungguhnya ini ialah masa-masa yang saya sibuk, oleh itu suruhlah saya dengan satu perintah yang mencakupi kesemuanya yang mana apabila saya mengerjakannya sudah memadai kepada saya. Lantas baginda bersabda: “Jagalah Al-`Ashrain (dua `Ashar) ya`ni dua sembahyang yang berada di dua tepian (sembahyang yang dikerjakan di hujung siang dan dihujung malam) iaitu `Ashar dan Shubuh. Al-`Ashrain itu bukan bahasa kami, kerana itu saya bertanya apakah Al`Ashrain (dua `Asar) itu? Baginda menjawab: “Iaitu sembahyang sebelum matahari terbit dan sembahyang sebelum matahari terbenam (Shubuh dan `Ashar).”

428 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ أَبِي خَالِدٍ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ عُمَارَةَ بْنِ رُؤَيْبَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَأَلَهُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْبَصْرَةِ فَقَالَ أَخْبِرْنِي مَا سَمِعْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَلِجُ النَّارَ رَجُلٌ صَلَّى قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ أَنْ تَغْرُبَ قَالَ أَنْتَ سَمِعْتَهُ مِنْهُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ قَالَ نَعَمْ كُلُّ ذَلِكَ يَقُولُ سَمِعَتْهُ أُذُنَايَ وَوَعَاهُ قَلْبِي فَقَالَ الرَّجُلُ وَأَنَا سَمِعْتُهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ذَلِكَ

428 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya meriwayatkan kepada kami daripada Isma`il bin Abi Khalid, katanya: Abu Bakr bin `Umarah bin Ru’aibah meriwayatkan kepada kami daripada ayahnya, katanya: Ada seorang lelaki dari penduduk Bashrah bertanya beliau (`Umarah) katanya: Ceritakan padaku apa yang telah engkau dengar daripada Rasulillah s.a.w? Beliau menjawab: Saya telah mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Seseorang yang bersembahyang sebelum matahari terbit dan sebelum matahari terbenam tidak akan masuk ke dalam neraka.” Orang itu bertanya: “Adakah engkau telah mendengarnya daripada baginda s.a.w”, tiga kali beliau bertanya. `Umarah menjawab: “Ya” (perawi) berkata pada setiap kalinya dua telingaku telah mendengarnya dan hatiku telah mengingatinya. Orang itupun berkata: “Saya juga mendengar baginda bersabda begitu.”

[1] Sebetulnya ialah `Abdullah as-Shunabihi seperti yang terdapat di dalam cetakan yang disyarah oleh Maulana Fakhrul Hasan Al-Gangguhi.

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Bab tentang menjaga Sembahyang-sembahyang, Terjemahan Hadits
2- 11:35 : Bab tentang menjaga Sembahyang-sembahyang
3- 12:26 : Sanad Hadits ini ada Abdullah bin As-Sunabihi,dan Abu Muhammad
4- 30:20 : Kalimah Kazaba,
5- 32:55 : Solat witir itu adalah wajib
6- 40:30 : Sebab hadist no 2 ini tidak sahih
7- 58:27 : Jagalah dua waktu Asar dan Subuh

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *